• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Doa Untuk Berbuka Puasa Ramadan.

by shazylin
March 24, 2022Filed under:
  • info

Doa Untuk Berbuka Puasa Ramadan.

Assalammualaikum dan hai.

Bulan puasa yang bakal singgah sudah tidak lama lagi. Bagaimana persiapan anda untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini?

Sudah bersedia untu lapar dan dahaga.

Puasa merupakan salah satu dari rukun islam yang wajib di taati dan di turuti.

Selain niat puasa, Doa Untuk Berbuka Puasa wajib kita ketahui sebelum kita menjamu makanan setelah masuk waktu berbuka.

 

Antara amalan yang perlu kita utamakan semasa berbuka ialah :

  • Sebelum berbuka puasa, ambil sedikit masa untuk berdoa. Ia bukan sahaja perkara sunat tetapi juga pada waktu ini merupakan waktu mustajab untuk berdoa.
  • Menyegerakan waktu untuk berbuka segera. Selain ia merupakan amalan sunat, kita dapat pahala apabila menyegerakan berbuka mengikut waktu yang telah di tetapkan.

 

Sebelum berbuka puasa kita perlu membaca Doa Buka Puasa. Ia merupakan salah satu amalan sunat yang kita lakukan sewaktu berbuka puasa.

Doa Untuk Berbuka Puasa Ramadan.

Untuk doa berbuka puasa, terdapat dua doa iaitu jika kita berbuka puasa bersendirian atau berbuka puasa secara beramai-ramai.

 

baca juga : Menu Buka Puasa Nasi Goreng Kambing.

 

Doa berbuka puasa bersendirian adalah seperti berikut :

Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

 

Doa berbuka puasa beramai-ramai adalah seperti berikut :

Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

 

Perkara yang membatalkan puasa ada tujuh perkara:

1) Makan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak.
2) Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.
3) Muntah dengan sengaja.
4) Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
5) Melancap. Yakni mengeluarkan air mani.
6) Datang darah haid atau nifas.
7) Gila dan murtad.

 

Tagged:
  • Doa Untuk Berbuka Puasa.

Post navigation

Previous Post Kenali Pendatang baharu, Siti Hariesa.
Next Post Jadual Imsak & Berbuka Puasa 2022 Ikut Negeri.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com