• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Kek Batik Senang. 5 Bahan Je. Terus Jadi!

by shazylin
July 18, 2022Filed under:
  • resepi

Kek Batik Senang. 5 Bahan Je. Terus Jadi!

 

Assalammualaikum dan hai.

 

Hujung minggu yang bosan, menyebabkan ibu penulis teringin untuk memakan kek batik. Almaklumlah,lama juga dia minta untuk buatkan, tetapi penulis tiada pengalaman untuk menghasilkannya.

 

Selalunya  resepi ini, adik perempuan penulis yang bongsu rajin buat. Selepas semuanya kahwin, tiada masa.

 

Jadi, penulis pun whatsapp adik perempuan yang bongsu, minta senarai bahan-bahannya. Keesokkan harinya, kami penulis plan dengan ibu untuk membuatnya.

Jadi, tak silap penulis lepas tengah ari, ibu penulis ajak pergi ke pekan untuk membeli bahan-bahan untuk membuat resepi kek tersebut.

Confident masih belum ada untuk membuatnya, sehingga adik bongsu perempuan ajak untuk datang ke rumahnya. Tetapi , memandangkan sekarang musim panas yang melampau, penulis ambil keputusan untuk belajar buat sendiri je, kita cuba dan alahmdulillah, menjadi!.

Di dalam entri ini, akan di kongsikan resepinya.

Seperti biasa, akan penulis kongsikan bahan-bahannya.

 

Kek Batik Senang. 5 Bahan Je. Terus Jadi!

 

 

Kek Batik Senang. 5 Bahan Je. Terus Jadi!

 

 

Antara bahan-bahannya ialah:

  • 1 bungkus biskut marie original
  • 1 tin susu pekat
  • 400 gram milo peket kecil
  • 250 gram butter cup
  • 2 sudu teh serbuk koko

 

Jom kita lihat bagaimana 5 bahan ini , apabila di satukan , akan menjadi kek batik yang kebabom!.

 

Cara-cara untuk memasak Kek Batik Senang. 5 Bahan Je. Terus Jadi!

 

Pertama, sebungkus biskut marie tu anda ambil sekeping dan patahkan kepada 4 bahagian. Ulang sehingga habis.

Kedua, sediakan kuali, cairkan 250gram butter, guna api yang slow. Kemudian, masukkan 1 tin susu cair , 1 bungkus milo dan dua sudu teh serbuk koko. Kacau sehingga sebati. Jika pekat dan berketul, masukkan 1/4 tin air masak. Guna sukatan tin susu tadi. Hanya 1/4 saja, jangan lebih-lebih , nanti tawar .

Ketiga, kacau sehingga ianya sebati dan betul-betul pekat serta mendidih. Rasakan, jika kurang koko, boleh tambah lagi, jika kurang manis pun, anda boleh tambahkan susu.

Keempat, apabila sudah pekat sedikit, tutup ai]pi dan masukkan biskut marie yang telah dipatahkan, dan gaulkan sehingga sebati.

Kelima, tuang aduan ke dalam bekas, dan biarkan di luar selama 40 minit, sebelum di masukkan ke dalam peti ais. Jika anda ingin taburkan milo, pun boleh, Jika tak nak pun x pe. Terpulang pada cita rasa memasing.

Apabila sudah sejuk, anda boleh potong dan rasa.

 

Lampiran gambar Kek Batik Senang. 5 Bahan Je. Terus Jadi!

Kek Batik Senang. 5 Bahan Je. Terus Jadi!

 

 

 

adunan yang telah siap. di letakkan di dalam bekas dan di tabur dengan milo

 

 

 

sekian, entri untuk resepi kali ini.

selamat mencuba!

 

Kembalikan kesegaran diri anda dengan Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!

 

 

Dapatkan segera di

Tekan Untuk Call

Tekan Untuk Whatsapp

Tagged:
  • cara buat kek batik
  • kek batik
  • kek batik senang
  • kek batik simple
  • resepi kek batik

Post navigation

Previous Post Suppliment Minda Int3tree No.1 Terbaik Untuk Pelajar.
Next Post Daging Salai Balado, Menu Kegemaran Suami.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com