• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Ikan Patin Masak Tempoyak Asli.

by shazylin
January 10, 2022Filed under:
  • resepi

Ikan Patin Masak Tempoyak.

Assalammualaikum dan hai.

Jika anda baca entri resepi sebelum ini, penulis ada kongsikan resepi Asam Pedas Ikan Patin Melaka Style dan Ikan Patin Goreng Berlada, maka entri resepi pada kali ini pula ada ikan patin masak tempoyak.

Kebetulan ada lagi lebihan 4 ketul ikan tersebt di dalam peti ais,  dan terjumpa isi tempoyak, maka terus terfikir apa kata kita masak pula menggunakan bahan tempoyak.

Ikan patin terkenal dengan masakan patin masak tempoyak di kalangan orang pahang , bahkan orang yang di luar pahang juga.

Artikel sebelum ini ada di sebutkan khasiat kenapa ramai sangat suka makan ikan ini walaupun ia mempunyai lemak. Di sini di gariskan semula apa khasiatnya.

 

Khasiatnya adalah seperti berikut :

 

  • Mencegah penyakit Kardiovaskular. 

Salah satu khasiat penting kenapa ramai suka makan ikan patin ialah dapat mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana kandungan kemak pada ikan patin tinggi dengan asam oleat yang bagus untuk mencegah penyakit jantung.

  • Turunkan Kolesterol Jahat.

 Kandungan asam oleat yang tinggi di dalam ikan ni mampu melawan kolesterol jahat.

  • Bagus Tumbesaran Janin.

Manfaat ikan patin bukan hanya pada orang dewasa, bahkan juga amat bermanfaat untuk ibu hamil. Ini kerana ia bagus untuk tumbesaran janin.

 

 

Ikan sungai ini, untuk memasak anda perlu membasuhnya dengan menggunakan limau nipis atau air asam jawa, bagi menghilangkan bau hanyirnya. Inshaallah, nanti ikan akan sentiasa segar.

 

Di dalam entri ini, seperti biasa akan di kongsi bahan-bahan, cara penyediaan serta cara memasaknya sehingga siap.

Jom kita lihat dahulu bahan-bahannya seperti berikut :

  • 4 ketul isi ikan patin
  • 3 senduk isi tempoyak
  • 1 ikat daun kesum
  • segenggam cili api
  • 1 inci kunyit hidup, jika tiada kunyit hidup guna kunyit serbuk
  • garam
  • ajinomoto
  • air.
  • asam keping

 

Cara awalan penyediaannya :

Pertama, depfrozed kan dulu ikan tersebut. Kemudian basuh dan toskan airnya.

Kedua, blend halus

  • segenggam cili api
  • 1 inci kunyit hidup, jika tiada kunyit hidup guna kunyit serbuk

Ketiga, cuci daun kesum dan toskan airnya.

 

Cara-Cara Masak Ikan Patin Masak Tempoyak Asli.

Ambil kuali,bukak api perlahan dan  renehkan bahan kisar tadi bersama dengan 3 senduk isi tempoyak dan 1 keping asam keping.

Kemudian, tambah air sedikit dan masukkan ikan bersama bahan tadi. Tutup dengan penutup, supaya bahan semua meresap ke dalam ikan. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.

Ketiga, tambahkan air jika bahan terlalu pekat. Kemudian masukkan daun kesum. Perasakan dengan garam dan ajinomoto.

Apabila telah sempurna semua, boleh tutupkan api dan di makan dengan nasi yang panas.

 

Selamat mencuba untuk resepi kali ini.

Post navigation

Previous Post Survey Boleh Buat Duit Dan Dipercayai.
Next Post Cara Guna Pregnancy Test.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com