Survey Boleh Buat Duit Dan Dipercayai!.
Assalammualaikum dan hai.
Topik yang menarik hari ini bagaimana anda boleh menjana income hanya dengan meluangkan masa tak sampai berjam dengan menjawab survey , kemudian anda di bayar menggunakan mata wang usd . Menarik bukan?!.
Betul ke boleh buat duit dengan hanya menjawab survey? Bukan scammer ke? Common gaiss, pada zaman yang serba maju ini, kita boleh mendapatkan duit hanya dengan menjawab survey, yang penting pastikan ia bayaran yang terus berbayar terus ke akaun paypall kita.
Yang menariknya anda tidak perlu membayar sesen pun, tetapi mereka yang akan bayar kepada kita seandainya kita memenuhi kriteria yang mereka tetapkan.
Nak tahu lebih lanjut? teruskan membaca.
Ini kerana, penulis akan kongsikan 3 port Survey Dipercayai!.
Ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang berjaya meraih pendapatan sampingan hanya dengan menjawab survey sahaja!.
Bayangkan sehari anda dapat 4usd dollar, sehari 4usd x rm4.08 = sehari rm16.32 terus masuk ke akaun paypall anda. Jika anda benar-benar serius, sebenarnya boleh menjadi sumber pendapatan tambahan anda di internet. Sikit-sikit lama-lama jadi bukti, yang menarik anda dibayar dalam duit USD iaitu 4 kali ganda dalam nilai duit Ringgit Malaysia. Lumayan bukan?
So gambar screenshots dibawah ini merupakan bukti pembayaran yang saya terima daripada salah satu website kaji selidik yang saya sertai.
Best kan tengok yang penulis share sendiri duit usd masuk. Apa yang menarik tentang survey online ini?
Buat income geli-geli
Salah satu point penting, ialah kita boleh buat pendapatan tepi dengan menjawab survey yang di sediakan. Anda hanya perlukan telefon bimbit atau laptop sahaja untuk menjawabnya.
Sebenarnya terdapat banyak syarikat yang membuat survey di seluruh dunia yang boleh anda sertai untuk mendapatkan bayaran. Ganjaran pulangan sangat menarik dan kebanyakannya berupa ganjaran tunai, baucar hadiah & Kupon sebagai ganjaran kepada anda jika anda berjaya melengkapkan kaji selidik mereka.
So dalam artikle pada kali ini saya ingin berkongsi kepada anda semua, 3 tempat terbaik buat duit dengan survey online. Cara buat duit dengan jawab survey yang perlu anda ketahui…
3 Tempat Survey Boleh Buat Duit Dan Dipercayai.
YouGov Survey.
Antara rewards di dalam YouGov Survey adalah CASH REWARD (5,000 point =RM70.00) , CHARITY CARD (5,000 POINT) dan MOBILE CREDIT (5,000 point = RM 60 Mobile Credit Top Up).

OpinionAPP
OpinionAPP ditawarkan secara percuma untuk meninjau panel yang merupakan sebahagian daripada rangkaian panel Cint.
Jika anda adalah ahli dalam satu atau lebih daripada panel ini, anda kemudiannya boleh menggunakan OpinionAPP. Jika anda belum lagi menjadi sebahagian daripada panel dengan juga rakan kongsi Cint, anda perlu mendaftar dengan satu panel sebelum anda boleh menggunakan OpinionAPP.
Sebaik sahaja anda telah memilih panel yang anda ingin sertai, hanya pilih “Daftar/Sertai”. (Sila pastikan anda memilih negara tempat tinggal yang sesuai jika diminta).
Ikuti langkah yang diberikan untuk menyediakan akaun anda. Anda perlu memberikan beberapa maklumat asas dan memilih kata laluan. Tidak lama selepas itu, anda akan dihantar e-mel pengesahan. Ikuti pautan yang dihantar melalui e-mel dan anda akan dapat mula mengambil tinjauan!
Anda akan ditanya soalan yang boleh anda jawab dengan satu klik mudah.
Antara rewards di dalam OpinionAPP adalah PAYPALL (6.25 USD), VISA (10.00 USD) DAN CODES (10.00USD).
Di bawah antara berapa banyak usd yang telah penulis redeem terus masuk ke akaun paypall.
Jika anda berminat, boleh klik link ni https://www.opinionapp.mobi/
Surveytime
Selepas mendaftar ke Surveytime, anda akan menjawab beberapa soalan untuk membantu pihak syarikat membuat profil anda dan pihak surveytime akan menawarkan tinjauan yang sesuai dengan minat anda. Kemudian, anda boleh mula mengambil tinjauan dan memperoleh $1 untuk setiap satu yang anda selesaikan dengan jayanya.
Di manakah saya boleh menebus ganjaran $1 saya?
Anda boleh memilih setiap ganjaran tersebut hendak di masukkan ke akaun mana seperti Amazon atau Paypal.
Setiap ganjaran yang di bayar, akan di beri notifikasi oleh pihak surveytime.
Jika anda tidak berjaya melengkapkan tinjauan, anda akan ditawarkan tinjauan lain yang tersedia yang mungkin menarik minat anda, tetapi anda tidak akan mendapat ganjaran untuk tinjauan yang anda tidak dapat selesaikan
Apabila anda telah berjaya menyelesaikan tinjauan, anda akan ditanya bagaimana anda ingin menerima ganjaran anda. Pilih daripada pilihan yang tersedia dan terima ganjaran anda serta-merta (dalam beberapa minit atau beberapa jam).
Contoh notifikasi adalah seperti berikut :

jemputan menjawab survey

reward surveytime

bayaran dari survey time
Jika anda berminat, boleh klik link : https://surveytime.io/login
Kesimpulan :
Dalam ekonomi yang tidak menetu ini, penulis sarankan gunalah segala peluang yang ada untuk menjana pendapatan sampingan. Hidup ini kena rajin untuk mencari duit. Tanpa duit, mesti anda akan stress. Jadi, pendapat pengguna seperti anda sekarang sangat penting dan banyak syarikat tinjauan dalam talian yang lain menawarkan wang tunai untuk anda. Hanya jawab kaji selidik online pun boleh dapat duit. So, ambillah peluang ini sekarang untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjawab survey.
Leave a Reply