Cara Guna Pregnancy Test.
Assalammualaikum dan hai.
Entri tips pada hari ini berkenaan dengan pregnancy test.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mengimpikan untuk memperoleh cahaya mata. Ikatan cinta dan kasih sayang di antara pasangan akan di kuatkan lagi dengan kehadiran cahaya mata di dalam sesebuah keluarga.
Tidak ada satu pun pasangan yang bernikah menafikan untuk memperoleh zuriat. Rezeki setiap orang semuanya telah di tetapkan oleh Sang PenciptaNya. Ada yang bernikah, terus memperoleh zuriat dan ada juga yang bertahun-tahun menunggu dengan sabarnya.
boleh baca juga : Rezeki Zuriat. Doa Untuk Cepat Hamil.
Di dalam entri ini juga akan di kongsikan juga tips peroleh zuriat atau ingin cepat hamil. Tips ini boleh di amalkan bersama-sama pasangan anda.
Antara tips tersebut ialah:
1.Hindari minuman yang berkaffein.
Untuk membolehkan kita mendapatkan zuriat, perkara paling penting ialah melibatkan pemakanan kita. Oleh itu, pasangan perlulah menghindari atau mengurangkan minuman berkaffein tinggi kerana ia akan mengurangkan kesuburan anda.
2.Kurangkan berat badan.
Untuk memudahkan diri hamil, pasangan hendaklah memastikan diri sentiasa sihat, tiada sebarang penyakit seperti obesiti. Jika isteri anda adalah obesiti, peluang untuk bayi melekat di dalam perut adalah tipis. Jadi cara atasinya ialah anda serta pasangan mesti saling menyokong antara satu sama lain untuk melakukan senaman gaya sihat bagi memastikan diri anda mudah hamil.
3. Jangan stress
Stress juga memainkan peranan penting emosi seseorang perempuan yang bergelar isteri. Jika anda mempunyai esmosi yang tidak stabil, memikirkan perkara-perkara negatif, maka peluang untuk hamil sangatlah susah, kerana tips untuk hamil adalah belajar untuk mengawal emosi. Cara untuk atasi stress ialah sentiasa berbincang dengan pasangan anda, jika terdapat masalah dan jangan di pendam seorang diri.
4. Ketahui waktu subur
Kenali waktu subur anda. Salah percaturan waktu subur menyebabkan anda sukar untuk hamil. Para wanita hendaklah mengetahui bila waktu yang sesuai untuk bersama, supaya apabila telah besama, mudah untuk telur di senyawakan.
Bagi wanita yang kitaran haidnya teratur, waktu subur adalah bermula pada hari ke7 period sehingga hari ke16 period.. Jadi untuk wanita yang kitaran hidnya tidak normal, anda perlu tahu sendiri waktu subur. Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui waktu subur , salah satunya membeli test kit ovolution di farmasi.
5.Amalkan suppliment
Anda dengan pasangan boleh juga membuat alternatif lain seperti mengambil suppliment antaranya acid folik. Selain itu, boleh juga mengamalkan suppliment herba seperti kurma dhuha, royal v dari Edaran Jamu Ratu Malaya. Yang penting kita ada usaha untuk cepat hamil dan dapat menutup mulut makcik-makcik yang menyebabkan kita down.
6. Sentiasa berdoa.
Selain berusaha dengan pelbagai cara, perkara paling penting adalah segala usaha kita hendaklah di sandarkan pada Allah swt. Kita hendaklah sentiasa berdoa dan memohon kepadanya, kerana Allah adalah pencipta dan mengetahui segalanya.
7. Sentiasa berbuat baik dengan orang sekeliling.
Untuk memperoleh rezeki cepat hamil, sillaturrahim dengan orang sekeliling hendaklah di jaga dengan sebaiknya. Contohnya hubungan kita dengan mertua kita, hubungan kita dengan keluarga kandung serta dengan sahabat handai. Dengan menjaga sillaturrahim juga merupakan salah satu magnet rezeki kita ke arah sesuatu kebaikan yang tiada hijabnya.
Jenis Pregnancy Test
Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis Urine Pregnancy Test antaranya seperti pregnancy test pen , pregnancy test kit. Anda hanya perlu beli di farmasi dan melakukannya sendiri di rumah. Tempoh yang terbaik untuk menguji air kencing anda adalah seawal pagi sebelum subuh.
Cara Guna Pregnancy Test.
Pengesanan awal kehamilan diperlukanuntuk memastikan seseorang wanita tersebut hamil . Jadi untuk mengetahui anda benar-benar hamil atau tidak adalah dengan menggunakan alat ujian kehamilan atau lebih dikenali sebagai UPT (Urine Pregnancy Test).
UPT (Urine Pregnancy Test) ialah alat yang di gunakan iaitu dengan menguji air kencing anda selepas anda banguna dari tidur , sebelum anda minum air atau memasukkan sesuatu makanan di dalam badan anda.
Ia boleh dikesan dalam air kencing (urine) anda daripada kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku.
Pastikan jika anda membeli online di platform , kena pastikan tarikh tidak luput lagi.
pregnancy test pen:
Untuk menggunakan yang jenis ini, perlu sediakan bekas untuk tadah air kencing anda.
letakkan hujung mudah serap alat menghala ke bawah dalam aliran air kencing anda selama 5 saat sahaja. pada hujung alat kehamilan pregnancy test pen. Celupkan hujung mudah serap itu menghala ke bawah dalam air kencing selama 20 saat sahaja.
Keputusan akan muncul serta merta.
Jika keputusan ada dua garis , maka anda mengandung.
pregnancy test kit
Untuk menggunakan yang jenis ini, perlu sediakan bekas untuk tadah air kencing anda.
Sedutkan urine anda menggunakan penitis yang di sediakan di dalam pregnancy test kit.
Titiskan 2-3 titik air kencing anda pada atas bahagian takungan urine pada stick alat kehamilan pregnancy test kit
Keputusan akan muncul serta merta.
Jika keputusan ada dua garis , maka anda mengandung.
Kesimpulan
Apabila anda telah memastikan terdapat dua line pada pregnancy test, anda perlu serta merta pergi berjumpa dengan doktor bagi membuat pengesahan dan seterusnya untuk membuat buku warna pink.
Bagi yang belum ada rezeki, penulis doakan anda di murahkan rezeki zuriat dan tahniah pada wanita yang bakal bergelar ibu apabila telah melakukan ujian pregnancy test.
Leave a Reply