Ikan Patin Goreng Berlada Simple.
Assalammualaikum dan hai.
Entri resepi pada kali ini ialah berkenaan dengan ikan patin.
Jika anda baca entri resepi sebelum ini, penulis ada kongsikan resepi Asam Pedas Ikan Patin Melaka Style.
Boleh baca di sini : Asam Pedas Ikan Patin Melaka Style.
Ikan patin terkenal dengan masakan patin masak tempoyak di kalangan orang pahang , bahkan orang yang di luar pahang juga.
Terlintas untuk memasak menu ikan patin, kebetulan pergi pasar pagi dan ternampak orang jual ikan patin fresh, jadi tanpa membuang masa, terus grab seekor dan menyuruh orang pasar siang sekali ikan tersebut.
Sampai di rumah, memandang ikan telah di siang semasa di pasar, jadi tugas penulis hanya perlu mencuci ikan tersebut dengan bersih dan bilas dengan air limau. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau hanyir dan isi ikan lagi fresh.
Sebelum perkongsian resepi ini, jom ketahui khasiat ikan patin.
Antara khasiat ikan patin adalah :
Mencegah penyakit Kardiovaskular. Salah satu khasiat penting kenapa ramai suka makan ikan patin ialah dapat mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana kandungan kemak pada ikan patin tinggi dengan asam oleat yang bagus untuk mencegah penyakit jantung.
Turunkan Kolesterol Jahat. Kandungan asam oleat yang tinggi di dalam ikan ni mampu melawan kolesterol jahat.
Bagus Tumbesaran Janin. Manfaat ikan patin bukan hanya pada orang dewasa, bahkan juga amat bermanfaat untuk ibu hamil. Ini kerana ia bagus untuk tumbesaran janin.
Jom kita lihat dahulu bahan-bahannya seperti berikut :
Bahan-bahannya:
- 5 ketul isi ikan patin
- 2 biji limau purut
- kunyit serbuk
- 8 biji cili merah
- 8 biji cili api-jika ingin pedas letak banyak-banyak ye
- 4 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih’
- 1/2 inci halia
- 1 biji tomato
- 3 sudu cili kisar
- 1 inci belacan
- 3 sudu air asam jawa
- garam
- ajinomoto
- minyak masak
- Hirisan daun bawang dan sup
Cara awalan penyediaannya :
Pertama, Ikan patin di cuci bersih. Di bilas dengan air asam limau, kemudian toskan airnya.
Kedua, semua bahan di bawah ini di blend halus
- 8 biji cili merah
- 8 biji cili api
- 4 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih’
- 1/2 inci halia
- 1 biji tomato
- 1 inci belacan
Cara-cara masak Ikan Patin Goreng Berlada Simple.
Pertama, panaskan minyak didalam kuali. Sambil itu, lumurkan isi ikan patin yang telah di toskan airnya dengan garam dan kunyit. Apabila minyak sudah panas, goreng ikan patin sehingga garing, kemudian toskan minyak.
Kedua, guna minyak goreng ikan tadi, masukkan bahan yang telah di blend halus seperti di bawah.
- 8 biji cili merah
- 8 biji cili api
- 4 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih’
- 1/2 inci halia
- 1 biji tomato
- 1 inci belacan
Masukkan juga 3 sudu cili kering, Tumis sehingga pecah minyak supaya lada masak sepenuhnya.
Apabila telah pecah minyak, masukkan 3 sudu air asam jawa, sedikit garam dan ajiinomoto. Rasakan .
Apabila sudah secukup rasa, masukkan hirisan daun bawang sup. Matikan api, masukkan ikan patin yang garing tadi , kemudian kacau dan terus hidangkan.
Masakan Ikan Patin Goreng Berlada Simple ini penulis combinekan dengan masakan sayur taugeh campur kobis beserta nasi panas untuk hidangan tengah ari bersama tersayang.
Sekian, entri masakan kali ini
Semoga segala perkongsian bermanfaat untuk semua yang mengunjungi blog ini.
Leave a Reply