Cara Usir Lipas Guna HOYHOY Trap A Roach.
Assalammualaikum dan hai.
Entri kali ini adalah berkaitan dengan lipas. Lipas merupakan serangga yang di geruni walaupun ia kecil, tetapi mendatangkan ketakutan apabila ia terbang merata.
Mana taknya, dengan baunya yang busuk amat meloyakan orang. Sering kali orang berkata, jika rumah tersebut ada lipas atau di dalam kenderaan ada lipas, maknanya orang etrsebut kurang menjaga kebersihan. Yelah, lipas suka tempat yang kotor , senang untuk mereka menjadikan tempat tersebut sebagai port rumah bagi aktiviti bertelur serta mengawan.!.
Bayangkan anda tengah berkemas ataupun tengah bersantai sambil menonton drama, tetiba ada satu makhluk ni terbang kat anda? Maun histeria di buatnya.
Tahukah anda, makhluk yang bergelar lipas ini mempunyai satu tabiat iaitu meninggalkan najisnya ketika sedang makan. Jadi jika kita suka mendedahkan makanan, dan tidak perasan makanan tersebut sudah di datangi lipas, maka anda akan berisiko untuk memperoleh penyakit secara percuma sahaja, antaranya seprti badan akan jadi gatal-gatal akibat alahan, keracunan makanan atau paling teruk akan terkena cirit birit.
Port Persinggahan Lipas!.
Antara port yang suka menjadi tempat persinggahan atau penginapan lipas adalah seperti bawah katil anda, di celah-celah kain, di bawah seat karpet kereta, bawah peti, bawah almari dan juga tempat-tempat yang sejuk dan lembab.
Tanda Lipas Wujud Di Sekeliling Kita!.
Terdapat pelbagai tanda, lipas sebenarnya wujud di sekeliling tanpa kita sedari. Yelah, lipas sudah lama merancang, kita sahaja yang lalai untuk mengesannya terlebih awal. Jom kita lihat apa tanda-tandanya adalah seperti berikut :
Banyak najis lipas.
Nak tahu , mana kita akan jumpa najis lipas ni? Cuba anda selongkar almari gerobok anda, cuba lihat ada ternampak atau tidak butiran kecil berbau busuk, kalau ada, ha itu butiran najis lipas . Awas jika ada, anda mungkin akan di serang dengan anak-anak lipas juga.
Telur lipas
Tanda lain wujud lipas di dalam kawasan kita ialah anda akan jumpa telur lipas. Mudah je untuk tahu jika lipas tersebut hendak bertelur, anda hanya perhatikan jika lipas tersebut asyik terbang merata, maka mereka ingin bertelur. Awas, telur lipas mampu membiakkan berpuluh puluh ekor anak lipas apabila menetas.
Cara Traditional Usir Lipas
Terdapat beberapa cara alami dan traditional untuk usir lipas yang sering kita lakukan apabila berhadapan dengan musuh lipas, antaranya seperti :
Ubat gegat
Ubat gegat merupakan satu alternatif utama yang berada di dalam fikiran kita apabila ternampaknya lipas. Zaman sekarang pelbagai jenis ubat gegat di jual dengan pelbagai warna dan bau yang sama. Cara yang mudah, anda beli ubat gegat , kemudian campakkan di celah-celah katil, almari, tandas dan sebagainya. Kelemahan ubat gegat ialah, apabila anda gunakan , pastikan ianya tersorok, sebab jika anda mempunyai anak kecil, bahaya menggunakannya.
Chemical Air Sabun Serangga Seperti Serai Wangi.
Alternatif kedua ialah menggunakan air serai wangi. Anda tuangkan ke dalam bekas mop, kemudian mop . Bau yang semerbak serai wangi bukan sahaja dapat hindari lipas, malah semut puntidak berani jejak ke lantai rumah anda.
Daun Pandan.
Jika anda ada tanam poko daun pandan, maka anda boleh gunakan juga sebagai alternatif usir lipas. Caranya ialah potong daun pandan tersebut dan letakkan di setiap sudut kawasan dalam rumah anda. Bau pandan juga di katakan mampu menghindari bau hapak.
Kulit kayu Manis + Bunga Cengkih Dan Limau Purut.
Anda ambil limau purut, belahkan kemudian tanam kulit kayu manis dan bunga cengkih di dalam limau purut yang sudah di potong. Kemudian anda letak di setiap sudut . Bau aroma gabunganKulit kayu Manis + Bunga Cengkih Dan Limau Purut bukan hanya boleh elakkan lipas, malah lalat pun sanggup u turn ke tempat lain.
Cara Moden Usir Lipas
Pada zaman yang serba canggih dan moden ini, anda tidak perlu pening kepala untuk memikirkan cara untuk usir lipas. Ini kerana , dengan menggunakan cara moden ini, bukan sahaja anda dapat usir lipas bahkan lips hendak bersarang dan bertelur pun tidak sempat!.
Apa caranya?.
Gunalah HOYHOY Trap A Roach!.
HOYHOY Trap A Roach’ ialah perangkap umpan lipas yang boleh dipercayai yang datang dalam bentuk “rumah” lipas.
Menggunakan teknologi kawalan perosak Jepun yang berkuasa yang dipatenkan dan terbukti berkesan sejak 1973, di mana bukan sahaja lipas akan terperangkap , malah cicak juga tidak ketinggalan.
Cara Gunakan HOYHOY Trap A Roach
- Pertama ialah tanggalkan kertas perang
- Kedua ialah koyak dan keluarkan umpan penarik dari lapisan pertama bungkusan
- Ketiga ialah letak umpan penarik pada rumah yang di sediakan. Umpan penarik adalah dari bahan makanan yang di gemari oleh lipas dan cicak.
- Keempat ialah lipatkan sisi kotak dan kuncikan kedua sisi.
Jika anda membeli hoyhoy trap a roach, di bungkusan tersebut ada di sediakan juga cara penggunaanya. Ketahanan perangkap ini adalah sebulan, dan dalam tempoh sebulan anda akan melihat sendiri berapa banyak lipas yang anda telah berjaya perangkap!.
Kelebihan HOYHOY Trap A Roach
Mudah.
HOYHOY Trap A Roach ini sangat mudah di simpan di mana apabila anda ingin gunakannya. ini kerana anda bebas untuk meletakkan di bawah peti sejuk ke, bawah katil, bawah almari atau di gantungkan pada dinding di rumah anda.
Ia adalah produk yang berkesan. Jika anda tidak percaya, anda boleh cuba mencarinya serta uji sendiri tahap keberkesannya bagaimana!.
satu set mengandungi 5 perangkap rumah lipas.
Tiada Bahan Kimia Beracun.
HOYHOY Trap A Roach ini bebas dari bahan kimia beracun dan paling penting ia mesra alam serta langsung tidak berbau.
Walaupun ia bebas dari segala bahan kimia, anda kena pastikan ia jauh dari kanak-kanak . Ini kerana di perumah perangkap lipas ini, di datangi dengan gam pelekat yang kuat.
Kesimpulan
Paling utama adalah menjaga kebersihan rumah agar lipas atau serangga lain tidak menjadikan rumah anda sebagai sarang pembiakan.
Pastikan rumah berada dalam keadaan bersih kerana lipas akan datang ‘menyerang’ tempat tersembunyi dan kotor serta mempunyai makanan.
Leave a Reply