Tempe Goreng Berlada Crunchy.
Sebenarnya resepi ini sudah lama penulis ingin kongsikan , tetapi masih belum ada kesempatan. Jadi, tanpa membuang masa, penulis kongsikan resepi Tempe Goreng Berlada Crunchy.
Menu ini penulis dapat dan peroleh pada bulan puasa. Al maklumlah, bila bulan puasa, otak jemmed dan buntu, sebab tiada idea untu memasak bagi insan tersayang bagi menu juadah berbuka.
Apa-apa pun, bagi menu ini, anda juga boleh jadiakan bukan hanya untuk makan dengan nasi, bahkan boleh di ratah begitu sahaja sambil menonton televisyen.
Sebelum itu, jom penulis kongsikan kebaikan jika kita bersedekah. Bagaiman sedekah itu merupakan salah satu magnet penarik rezeki untuk kita?
Dalam Islam sendiri , menyeru kita sebagai umatnya supaya rajin bersedekah. Sedekah mana yang sebenarnya betul-betul ikhlas dari kita?
Mudah je jawapannya. Nak tahu sedekah mana yang betul-betul ikhlas dari kita ialah, di mana kita sanggup menyerahkan wang kita , di saat kita tidak mempunyai wang lain.
Contoh situasi : Dalam wallet kita hany ada rm10 sahaja, Itu lah untuk kita pakai untuk makan dan minum. Pada ,masa sama datang si polan , minta tolong dengan baju compang camping dekat kita. MaSA itu, dalam beg duit hany ada RM10 saja, kita terfikir nak beri atau tidak perlu. Jika di beri, apa kita nak makan, Jika tidak di beri , kesian pula pada si peminta sedekah.
Akhir kalam, kita redha dan percaya, di setiap rezeki kita, ada terselit rezeki orang lain. Dengan konsep tawakal dan berserah segalaNya, Kita beri RM10 kepada orang yang memerlukan tadi. Dan pada masa sama, kita berdoa, Ya allah, permudahkan rezeki hambamu ini Ya Allah.
Mana tahu, dengan pemberian kita di saat kita pun di uji , Allah gantikan dengan lebih baik?.,
Seperti biasa, penulis akan senaraikan bahan-bahan masakan, serta cara masakan.
Resepi Tempe Goreng Berlada Crunchy.
bahan-bahannya ialah :
- 5 keping tempe
- 10 ulas cili kering
- tepung jagung
- sos cili
- sos tiram
- gula secubit
- bawang putih 3 ulas.
- minyak masak
Cara Awalan Penyediaan Resepi Tempe Goreng Berlada Crunchy.
- Pertama, tempe di potong dan di cuci serta toskan airnya.
- Kedua, 3 ulas bawnag putih di ketuk kasar.
- Ketiga, 10 tangkai cili kering di potong kasar , kemudian rendam dengan air panas selama 10 minit. Selepas itu toskan airnya.
Cara Memasak ResepiTempe Goreng Berlada Crunchy.
- Pertama, panas minyak masak.
- Kedua, tempe yang telah di toskan, di gauk dengan tepung jagung. Kemudian, goreng sehingga keemasan.
- Ketiga, keluarkan minyak gorengan tadi, kemudian masukkan 3 ulas bawang putih yang telah di ketuk kasar. Kacau sehingga naik bau. Kemudian, masukkan potongan cili kering , goreng sehingga berubah warna.
- Keempat, masukkan sos cili dan sos tiram. Agak2 je. Kemudian, masukkan tempe yang telah goreng. Gaul sehingga rata dan letakkan secubit gula.
- Siap untuk di hidangkan.
oo ye, jika anda teringin untuk membuat taahu begedil sendiri, anda boleh rujuk pada link yang penulis kongsikan.
Leave a Reply