Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Untuk Anak Anda.
Assalammualaikum dan hai.
Kebelakangan ini, ramai ibu bapa terutama di kamoung buntu, di mana hendak menyimpan duit yang anak mereka dapat semasa berhari raya.
Di sini saya kongsikan salah satu alternatif simpanan, selain dari menyimpan di ASNB, anda juga boleh membuka akaun SSPN-i Plus Untuk Anak Anda.
Terdapat banyak kebaikan apabila anda membukanya, antaranya ialah;
- Patuh syariah.
- Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000.00 setahun.
- Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
- Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
- Tiada pemeriksaan kesihatan.
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
- Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
- Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
- Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
- Layak memohon pinjaman PTPTN.
- Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
- Simpanan dijamin kerajaan.
apa itu SSPN-i Plus
SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.
SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
5 langkah yang sangat mudah untuk membuka akaun SSPN-i Plus secara online. Jom buka sekarang!
klik website untuk info lebih lanjut www.sspniplus.com.my
1️⃣ langkah pertama masukkan no ic anda dan anak anda.
▶️ pilih pakej SSPN-i Plus pilihan anda,
▶️ ada pakej RM30, 50, 100, 200, 300, 500.
2️⃣ lengkapkan butiran diri anda dan anak anda.
3️⃣ pilih sama ada mahu lakukan potongan autodebit, direct debit atau potong gaji bagi potongan berkala.
4️⃣ lakukan deposit pembayaran pembukaan akaun.
5️⃣ selesai urusan simpan resit dan salinan pembukaan akaun.
🟣bagi pembukaan akaun memerlukan deposit sebanyak 2 bulan mengikut pakej.
🟣autodebit bank yang diterima: maybank, rhb, bank islam dan bsn.
🟣jika tidak mempunyai 4 jenis bank di atas, anda pilih direct debit.
Segala urusan pendaftaran hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit. Mudah dan selamat.
Klik di pautan pantas di bawah jika ingin buka terus akaun SSPN-i Plus:
https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspnipl…/Register.aspx…
jika anda teringin untuk membuka akaun asnb, anda boleh klik di pautan ini bagi rujukan anda.
Leave a Reply