• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Cara Beli Kad Touch N Go NFC.

by shazylin
May 13, 2022Filed under:
  • info

Cara Beli Kad Touch N Go NFC

 

Apa itu Touch N Go?

Touch N Go ialah kad pintar nilai tanpa sentuh yang pada masa kini di katakan hampir semua rakyat Malaysia miliki untuk melakukan transaksi bukan hanya di lebuh raya bahkan pada penggangkutan awam.

Zaman yang semakin berubah seiring dengan perkembangan teknologi, touch N Go juga turut serta untuk mengupgrade kepada teknologi NFC.

 

Apa itu NFC?

 

“Near Field Communication” ataupun NFC merupakan kaedah menghantar data secara “wireless” dengan menggunakan gelombang radio. Kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf menggunakan NFC untuk menghantar data tambah nilai secara “wireless” daripada terminal pembayaran iaitu pembaca NFC pada telefon bimbit anda yang telah diaktifkan untuk penggunaan.

Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minima dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi.

 

Cara Semak Samaada Telefon Bimbit Anda mempunyai NFC

Sebelum kita beralih dan membeli Kad tersebut, perkara pertama yang perlu lakukan adalah dengan melakukan penyemakan di setting telefon kita , betul atau tidak ada NFC. Ini sangat penting, kerana apabila anda sudah miliku kad teraru tersebut, anda perlu aktifkan dengan NFC, jIKA tiada, maka tersangat rugi . Yelah, benda kita nak dapatkan bukannya dengan percuma, tetapi berbayar.

 

Ikuti langkah berikut untuk semakan:

SEMAKAN NFC BAGI PENGGUNA IPHONE

Untuk pengguna iPhone, anda boleh mengesahkan versi iOS telefon bimbit anda dengan melakukan langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Cari dan pilih aplikasi “Settings”

Langkah 2: Setelah mengaktifkan aplikasi “Settings”, klik “General”

Langkah 3: Kemudian, klik “About” dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera

Langkah 4: Jikalau versi iOS anda belum dikemas kini, tekan “Software Update” di bawah “General” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Klik “Download and Install” untuk kemas kini iOS anda kepada versi terkini

 

SEMAKAN NFC BAGI PENGGUNA ANDROID

Untuk pengguna Android, anda boleh mengesahkan versi iOS telefon bimbit anda dengan melakukan langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Cari dan pilih aplikasi “Settings”

Langkah 2: Setelah mengaktifkan aplikasi “Settings”, klik “About Phone” atau “About Device”

Langkah 3: Kemudian, klik “Android Version” dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera

Langkah 4: Jikalau versi OS anda belum dikemas kini, tekan “Software Update” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Ikuti langkah yang tertera pada skrin telefon anda untuk mengemas kini OS anda kepada versi terkini

 

Bagaimana Cara Beli Kad Touch N Go NFC.

Cara paling mudah untuk memiliki kad bercirikan NFC ini adalah dengan membelinya di aplikasi touch n go e wallet anda yang telah di kemaskini.

Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama aplikasi

Langkah 2: Klik Order Touch ‘n Go Card/ Check status di bahagian bawah skrin. Ini akan membawa anda ke skrin pembelian kad

Langkah 3: Klik Order Now

Langkah 4: Pilih kuantiti pesanan dan klik Buy now

Langkah 5: Masukkan maklumat penghantaran dan selesaikan bayaran untuk pesanan (Nota: Kos penghantaran dikecualikan daripada harga jualan kad bernilai RM10. Kos penghantaran adalah seperti yang terpapar di dalam aplikasi. Penghantaran produk terhad kepada Semenanjung Malaysia sahaja)

 

Selepas selesai, anda hanya perlu menunggu kad sampai ke rumah anda. Mudah kan?

 

Maklumat lanjut

Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila menghubungi kami melalui e-Customer service di sini atau layari Facebook atau Twitter @MyTouchnGo.

Hotline : +603 2714 8888

Facebook : www.facebook.com/MyTouchnGo

Laman web rasmi: https://www.touchngo.com.my/

 

oo ye, jika anda ada perancangan untuk membuka akaun asnb untuk si kecil, anda boleh baca di pautan ini sebagai rujukan anda.

klik sini : Cara Buka Akaun ASNB Untuk Si Kecil.

Tagged:
  • Touch N Go NFC

Post navigation

Previous Post Cara Buka Akaun ASNB Untuk Si Kecil.
Next Post Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Untuk Anak Anda.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com