• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Cara Buka Akaun ASNB Untuk Si Kecil.

by shazylin
May 13, 2022Filed under:
  • info

Cara Buka Akaun ASNB Untuk Si Kecil.

Musim perayaan Hari Raya Aidilfotri yang meriah walaupun terkejut, tetap masyuk buat anak-anak kita. Apatah tidak, yang kecil pasti menerima banyak sampul raya dari saudara handal apabila menziarah.

Pati ibu bapa pening, di mana harus simpan wang yang di terima oleh anak kita.

Tahukah anda, asnb juga menggalakkkan simpanan untuk si kecil. Selain menyimpan, si kecil juga akan menerima dividen setiap tahun. Untung kan?

Artikle tentang Cara Buka Akaun ASNB Untuk Si Kecil di kongsikan, apabila penulis pergi sendiri ke pejabat pos, kebetulan masa hendak pos parcel ke langkawi, ada seorang pelanggan bertanya kepada juru kaunter berkenaan dengan pembukaan akaun asnb untuk si kecil. Rupanya mudah sahaja prosudernya.

 

Bagi anda yang ingin melabur untuk anak anda yang berumur kurang daripada 18 tahun, anda perlu membuka Akaun Remaja/Bijak. Cara untuk mendaftar akaun Remaja/Bijak :

  1. Pertama ialah, anda perlu dapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) di mana-mana cawangan ASNB ataupun ejen ASNB yang sah. Isi borang tersebut, kemudian buat salinan (fotostat).
  2. Kedua , Sertakan kad pengenalan pemohon yang juga adalah anak anda. Sekiranya anak anda belum mempunyai kad pengenalan, bawa sijil kelahirannya. Dokumen ini perlu disertakan Salinan.
  3. Sertakan juga kad pengenalan anda sebagai Penjaga Berdaftar. Buat salinan untuk kad pengenalan anda.
    Sertakan wang tunai untuk pelaburan permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  4. Ambil nombor giliran, kemudian apabila giliran anda tiba, serahkan borang, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon (anak anda) serta salinan kad pengenalan anda.
  5. Lakukan deposit wang tunai pada akaun, dan proses pembukaan akaun ASB untuk anak anda selesai.

Anda juga boleh mendapatkan borang ini secara online di laman web http://www.asnb.com.my/asnbv2_3services.php#pendaftaran.

 

Selain berdaftar di pejabat pos, anda juga boleh mendaftarkan akaun anda di cawangan bank yang telah di lantik oleh ASNB sendiri sebagai agen yang sah.

 

Prosesnya masih sama seperti di pejabat pos.

Selain itu, setelah anda berjaya telah mendaftar, anda juga boleh mendepositkan wang simpanan anda pada masa akan datang hanya dengan menggunakan kaedah online sahaja, Di mana hanya melalui pemindahan.

 

Jika anda ingin ketahui Cara Daftar Portal ASNB Online, pada artikel yang lepas, ada juga penulis kongsikan.

Disini penulis share semula link nya.

Cara Daftar Portal ASNB Online.

Tagged:
  • Cara Buka Akaun ASNB Untuk Si Kecil.

Post navigation

Previous Post Ayam Penyet Simple Style Saya.
Next Post Cara Beli Kad Touch N Go NFC.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan โ€“ Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan โ€“ Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 ยท Shazylin.com