• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Ayam Penyet Simple Style Saya.

by shazylin
April 16, 2022Filed under:
  • resepi

Ayam Penyet Simple Style Saya.

Assalammualaikum dan hai.

Entri ini lambat di kongsi oleh penulis, maklumlah sibuk dengan tempahan kuih raya untuk para pelanggan.

Ikutkan resepi ini di masak pada puasa ke10. Tetapi penulis lambat kongsikan di dalam entri ini.

Idea untuk masak ayam penyet simple ni sebenarnya tidak dirancang. Ikutkan perancangan awal ingin masak menu lain, tetapi tercetus pula resepi lain.

Cuma resepi kali ini, penulis buat mengikut style tersendiri. Jika anda ingin adjust pun boleh. Janji ianya sedap di makan.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat apakah perkongsian mengenai resepi ini. Yang pasti ianya akan nampak sedap, serta membuka selera.

Untuk resepi kali ini, penulis tambah sup sebagai kuah, supaya apabila kita makan, tidaklah terlalu kering.

 

Ayam Penyet Simple Style Saya.

Bahan-bahan penyediaan rebusan ayam

  • 6 ketul isi ayam
  • 3 biji bawang merah
  • sedikit halia
  • sedikit lengkuas
  • sedikit kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • air secukupnya
  • minyak masak
  • kuib ayam
  • garam

 

 Cara penyediaan untuk rebusan ayam

Pertama ialah, tumbuk kasar bahan-bahan berikut;

  • 3 biji bawang merah
  • sedikit halia
  • sedikit lengkuas
  • sedikit kunyit hidup
  • Kedua, 1 batang serai di ketuk.
  • Ketiga, panaskan minyak, masukkan semua bahan yang di tumbuk kasar beserta serai. Tumis sehingga naik bau bersama-sama dengan ayam. Kemudian, tambahkan air, masukkan kiub pati ayam, garam dan biar ayam masak.
  • Apabila ayam sudah masak, tutup api, keluarkan ayam yang di rebus serta tapiskannya. Biarkan sebentar.

 

Cara menggoreng ayam penyet tepung yang telah di rebus

bahan-bahan

  • 1 cawan tepung beras
  • sedikit teh baking powder
  • sedikit jintan manis
  • sedikit jintan putih
  • sedikit lada hitam
  • 1 kuib pati ayam
  • sedikit serbuk kunyit
  • air secukupnya.
  • minyak masak

 

 

Cara gorengan ayam goreng salut tepung

ayam penyet

  • Pertama, tumbuk sehingga halus bahan seperti berikut ;
  • sedikit jintan manis
  • sedikit jintan putih
  • sedikit lada hitam
  • 1 kuib pati ayam
  • Kedua, sediakan mangkuk,, masukkan bahan yang di tumbuk bersama sama dengan teoung beras, serbuk powder, serbuk kunyit, garam dan air. Bancuh sehingga sebati dan pekat. Jangan terlalu cair.
  • Ketiga, masukkan ayam yang telah di rebus dan di toskan airnya.
  • Keempat, panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga garing. Apabila sudah masak, angkat dan ketukkan ayam tersebut.
  • Jika ingin lagi sekali garing, selepas ketuk. Goreng semula supaya ayam tersebut crunhy.
  • Sedia di hidangkan.

 

 

 

Cara gorengan tempe dan tauhu segi empat salut tepung

tempe dan tauhu ayam penyet

bahan-bahan

  • 3 keping tempe
  • 2 keping

Gunakan baki bancuhan tepung ayam goreng adi, kemudian masukkan tempe dan tauhu goreng. Masak sehingga garing.

sedia di hidangkan

 

 

 

boleh juga baca : Resepi Tauhu Begedil Lazat.

 

Bahan penyediaan sup

  • 1 biji lobak
  • 2 biji kentang
  • air rebusan ayam
  • daun sup dan daun bawang

 Cara memasak sup

  • Pertama, 1 biji lobak serta 2 biji kentang di kupas, Cara potongan ikut pada uolls , Nak besar ke, halus ke. Penulis buat potongan seperti potongan untuk masak rendang . Belah 4 je.
  • Kedua, panaskan semula sup hasil renehan ayam tadi. Masukkan lobak dan ubi kentang. Biarkan ia empuk. Selepas itu, boleh taburkan dengan daun bawang dan sup. Selesai.

 

Bahan penyediaan sambal Ayam Penyet Simple

sambal ayam penyet

  • segenggam ikan bilis
  • 3 biji bawang merah
  • 6 ulas cili padi
  • 2 ulas cili merah pedas
  • tomato
  • belacan bakar
  • jus limau
  • gula dan garam.

 

Cara Memasak Sambal Ayam Penyet Simple

Pertama, Panaskan minyak dan Goreng ikan bilis sehingga haring. Angkat dan toskan .

Kedua, goreng bahan-bahan ini sehingga layu ; dan angkat.

  • 3 biji bawang merah
  • 6 ulas cili padi
  • 2 ulas cili merah pedas
  • tomato
  • belacan bakar

Ketiga, blend kesemua bahan dan masuk sedikit minyak gorengan tadi. Kisar sekejap je.

Keempat, tuang ke dalam kuali , masukkan garam, jus perahan limau dan gula. Masak sehingga pecah minyak dan sedia di hidangkan.

 

 

Untuk hidangan ini, anda boleh sediakan ulam ulaman seperti timun, kobis atau pun salad. Makan dengan nasi putih , memang terangkat.

 

Hidangan sayur-sayuran :

sayur ayam penyet

 

Ni la hasilnya  ;

ayam penyet simple

 

Tagged:
  • Ayam Penyet

Post navigation

Previous Post Port Carseat Murah Selepas Mohon Subsidi.
Next Post Cara Buka Akaun ASNB Untuk Si Kecil.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com