• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Resepi Tauhu Begedil Lazat.

by shazylin
April 12, 2022Filed under:
  • resepi

Resepi Tauhu Begedil Lazat.

Assalammualaikum dan hai.

Entri resepi kali ini merupakan salah satu makanan yang sering juga di cari serta menjadi buruan orang ramai tidak kira masa.

Penulis share resepi ini, kerana tetiba ada permintaan dari encik suami. Beliau ada bertanya , sebelum sahur. Ada lagi tak begedil frozen dalam peti ais?

Selalunya, penulis hanya beli sahaja begedil frozen, tetapi dah alang-alang bulan puasa, jadi sis merajinkan diri untuk membuat sendiri je melalui air tangan isteri.

 

 

Sebelum penulis berkongsi mengenai resepi ini, apa kata kita hayati dulu kebaikan bangun sahur di bulan Ramadhan yang mulia ini.

 

 

#1 -Membezakan Puasa Islam Dan Yahudi

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksud: “Perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dan puasa ahli kitab terletak pada makan sahur.” (Hadis Riwayat Muslim)

 

 

#2 – Ada Keberkatan

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَ

Maksud: “Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW menganjurkan untuk bersahur kerana banyak keberkatan yang boleh kita rebut. Antaranya ialah, ia dapat membantu kita untuk menguatkan diri semasa berpuasa. Dengan bersahur, ia dapat memberi kita tenaga dan boleh menjadikan hari kita produktif.

 

baca juga : Daging Salai Homemade Masak Gulai Cili Api.

 

#3– Para Malaikat Berselawat

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

Maksud: “Allah dan para Malaikat berselawat ke atas orang-orang yang bersahur.” (Hadis Riwayat Ibnu Umar)

Menurut sebuah riwayat, para malaikat akan berselawat ke atas golongan yang menggagahkan diri untuk bersahur. Hal ini kerana, dalam sahur terdapat banyak berkatnya.

 

Seperti biasa, penulis akan senaraikan bahan-bahan masakan, serta cara masakan.

Resepi Tauhu Begedil Lazat.

bahan-bahanya ialah :

  • 1 bungkus tauhu kering-ada 22 biji
  • 4 biji ubi kentang
  • daun sup-bersihkan
  • daun bawang-bersihkan
  • 1/2 bungkus bawang goreng
  • 1 biji cili merah-bersihkan
  • 1 biji bawang holland-bersihkan
  • 3 keping daging burger ramly
  • 1 sudu lada hitam-di kisar halus
  • 1 sudu serbuk lada sulah
  • garam
  • ajinomoto
  • minyak masak untuk tumis

 

Cara Awalan Penyediaan Resepi Tauhu Begedil Lazat.

Pertama : 22 biji tauhu kering di gunting empat di atas  dan keluarkan isi tauhu tersebut, letak di dalam bekas.

Kedua : 4 biji ubi kentang, di kupas , di cuci kemudian rebus kentang tersebut sehingga empuk. Apabila sudah emouk, masukkan ke dalam bekas.

 

Ketiga : Sementara tunggu kentang empuk, cincang halus bahan-bahan seperti berikut dan masukkan di dalam bekas isi tauhu kering tersebut. Bahannya ialah;

  • daun sup
  • daun bawang
  • 1/2 bungkus bawang goreng
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji bawang holland
  • 3 keping daging burger ramly

Gambar seperti di bawah ;

Penyediaan Resepi Tauhu Begedil Lazat.

cincang halus bahan-bahan seperti berikut dan masukkan di dalam bekas isi tauhu kering tersebut

 

 

 

Cara Memasak Resepi Tauhu Begedil Lazat.

Pertama : Panaskan minyak masak, dan tumis semua bahan yang telah di cincang tadi sehingga naik bau bersama-sama dengan isi tauhu kering yang telah di keluarkan pada awal permulaan tadi. Kemudian, Letak garam, ajinomoto, lada sulah dan lada hitam. Apabila airnya sudah kering, anda boleh angkat dan masukkan ke dalam bekas yang mengandungi ubi kentang yang telah empuk.

 

 

Kedua : Lenyekkan kesemua bahan tadi sehingga lumat dan masukkan 1 genggam bawang goreng yang telah di hancurkan. Gaul semuanya sehingga sebati dan siap.

Gambar seperti di bawah;

Penyediaan Resepi Tauhu Begedil Lazat.

Lenyekkan kesemua bahan tadi sehingga lumat dan masukkan 1 genggam bawang goreng yang telah di hancurkan. Gaul semuanya sehingga sebati dan siap.

 

 

Ketiga : Masukkan inti yang telah siap tadi didalam tauhu kering dan gambar sepeti berikut;

Cara Memasak Resepi Tauhu Begedil Lazat.

 

Siap untuk di goreng!.

 

Tagged:
  • Resepi Tauhu Begedil Lazat.

Post navigation

Previous Post Cara Bayar Zakat Fitrah Guna MAE.
Next Post Port Carseat Murah Selepas Mohon Subsidi.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com