• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Cara Bayar Zakat Fitrah Guna MAE.

by shazylin
April 11, 2022Filed under:
  • info

Cara Bayar Zakat Fitrah Guna MAE.

 

Assalammualaikum dan hai.

Entri hari ini berkenaan dengan pembayaran zakat fitrah. Al maklumlah, sekarang ialah bulan Ramadhan, dan seterusnya adalah bulan Syawal.

Sebelum menjelangnya bulan Syawal , yang di nanti oleh umat Islam, maka Umat Islam perlu membayar zakat fitrah.

Apa itu zakat fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang di fardukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan yang berkemampuan  dengan syarat yang di tetapkan.

Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Setiap negeri mempunyai kadar bayarannya yang tersendiri berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

 

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  1. Waktu Wajib
    Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  2. Waktu Afdal
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat
    Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh
    Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  5. Waktu Haram
    Selepas terbenam matahari satu Syawal.

 

baca juga : Jadual Imsak & Berbuka Puasa 2022 Ikut Negeri.

 

Cara Bayar Zakat Fitrah Guna MAE.

Pada zaman yang serba moden ini, jika anda tidak berkesempatan untuk berjumpa amil yang bertugas, anda boleh melaksanakan pembayaran zakat fitrah hanya di hujung jari sahaja.

Terkini, Maybank telah mempekenalkan MAE , di mana anda boleh membayar zakat Fitrah menggunakan aplikasi MAE Maybank.

Dengan wujudnya aplikasi ini, maka tiada lagi kerumitan untuk mengingati kod pengeluar  bil atau pun mengira jumlah keseluruhan zakat yang betul.

 

Di sini penulis akan kongsikan Cara Bayar Zakat Guna MAE satu persatu.

 

Langkah pertama: Jika anda tiada aplikasi MAE, anda perlu install di telefon bimbit anda.

Seandainya, telah memiliki, anda perlu log in dahulu dan kemudian anda tekan butang pay bills di halaman utama aplikasi MAE.

Langkah kedua : Setelah tekan butang pay bills, anda pilih kepada butang zakat. Tekan butang zakat tersebut. Kemudian, akan keluar paparan zakat body (agensi zakat ) dan zakat type (jenis zakat).

Pilih agaensi mana yang anda inginkan , kemudian pilih jenis zakat yang ingin anda bayar.

Selepas itu, tekan butang continue, kemudian pilih kadar zakat yang kita ingin bayar berserta berapa tanggungan.

Langkah ketiga : Masukkan nombor telefon bimbit  anda.

Langkah keempat: Semak butiran transaksi anda, kemudian baca lafaz niat yang tertera  dan tekan butang pay now untuk membuat pembayaran. Resit akan di paparkan setelah selesai melakukan pembayaran.

 

Senangkan menggunakan aplikasi ? Jadi jika anda masih tiada lagi APPS MAE, anda boleh install Mae hanya, melalui apps di play store anda.

 

 

Tagged:
  • Bayar Zakat Fitrah Guna MAE
  • MAE
  • Zakat Fitrah

Post navigation

Previous Post Jubah Cantik Dari AFRAHLISA.
Next Post Resepi Tauhu Begedil Lazat.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com