Port Carseat Murah Selepas Mohon Subsidi.
Assalammualaikum dan hai.
Entri info pada kali ini adalah berkenaan dengan salah satu bantuan kerajaan yang di berikan untuk rakyat bagi mengurangkan bebanan isi rumah untuk membeli carseat bagi anak mereka.
Kemalangan melibatkan bayi telah banyak di rekodkan dan hampir semuanya adalah berpunca dari tidak memasang carseat bayi di dalam kereta. Juateru itu, bagi meringakan bebanan, kerajaan telah memperkenalkan Subsidi Carseat Anak.
Program subsidi carseat keselamatan kanak-kanak (MyCRS) Keluarga Malaysia merupakan program subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40. Ia merupakan program subsidi kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanakkanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.
Tempoh pendaftaran dan permohonan adalah bermula pada 1/3/2022-30/9/2022.
Bagaimana Cara Mohon Subsidi Carseat Anak.
Pasti tertanya-tanya bagaimana untuk kita memohonnya bagi yang layak?
Caranya mudah sahaja, iaitu anda hanya perlu layari dan perlu membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Mac sehingga 30 September 2022.
Akan keluar borang permohonan iaitu http://www.mycrs.gov.my/orangawam/application
Port Carseat Murah Selepas Mohon Subsidi.
Keputusan permohonan boleh disemak bermula 1 April 2022 bagi permohonan sebelum 31 Mac 2022. Seterusnya, bagi permohonan selepas 1 April 2022, keputusan permohonan boleh disemak selepas tiga (3) hari bekerja.
Untuk pengetahuan anda, dengan adanya subsidi carseat ini, maka secara tidak langsung akan dapat meringakan beban ketua keluarga kita. Ini kerana, umlah subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah sebanyak potongan 50% atau sehingga maksimum RM150 daripada harga jualan.
Tempoh sah tuntutan subsidi adalah selama dua (2) bulan daripada tarikh permohonan anda berjaya. Walaubagaimanapun, digalakkan membuat pembelian awal kerana subsidi ini atas dasar siapa cepat dia dapat. Ini kerana kuota pembelian subsidi adalah terhad kepada 188,000 penerima. Oleh demikian, pemberian subsidi adalah bergantung kepada tarikh dan masa pembelian, BUKAN pada tarikh pendaftaran.
Jika anda telah memohon dan menyemak status permohonan anda dan telah lulus, maka anda mesti tercari-cari Port Carseat Murah Selepas Mohon Subsidi.
Jadi di sini, penulis lampirkan beberapa port yang mungkin boleh menjadi rujukan anda untuk memiliki carseat untuk anak kalian.
Antara port nya adalah seperti berikut;
Yg dah LULUS tu boleh BELI kt link bwh ni shj:
Port Carseat Murah Selepas Mohon Subsidi.
- Carseat 50% Newborn https://shope.ee/7pDEIHMScz
- Carseat 50 % 0-7 years old https://shope.ee/1VJWXI0deq
- 50% 0-12 years old https://shope.ee/6zeT5UUCcC
- Carseat 50% 9-12 years old https://shope.ee/1KzkYDRlAW
Leave a Reply