Sambal Ayam Cili Hijau Berapi.
Assalammualaikum dan hai.
Selalunya kita dengar apabila melibatkan ayam, hanyalah sambal yang berwarna merah. Tetapi, tahukah anda, bila kita olah atau tukar kepada cili hijau, rasanya woww.
Jadi memandangkan penulis sudah mencuba masaknya, jadi penulis akan kongsi Sambal Ayam Cili Hijau Berapi.
Kenapa sambal hijau? bukan sambal merah atau cili merah? Ini kerana , penulis mahukan kelainan apabila memasak bagi insan tersayang.
Takda lah nanti boring bila makan.
Sebelum penulis kongsikan resepinya, jom kita hayati tips memasak dengan sedap.
Salah satu tips paling penting untuk memastikan air tangan kita sedap ialah dengan sentiasa memulakan sesuatu perkara dengan perkataan Bismillah, selawat serta zikir-zikir pendek.
Kalau nak kacau lauk atau nak rasa lauk gunakanlah tangan kanan. Insya Allah.
Sila amalkan untuk keberkatan dalam keluarga. Insya Allah. Supaya beroleh keluarga dan anak-anak yang soleh dan solehah. Zikir ketika memasak juga adalah penyedap masakan selain membasahkan lidah dengan bacaan doa serta selawat dan istighfar sepanjang proses memasak dan menyediakan makanan. Semoga bermanfaat.
Seperti biasa, penulis akan senaraikan bahan-bahan masakan, serta cara masakan.
Resepi Sambal Ayam Cili Hijau Berapi.
bahan-bahannya ialah ;
- 6 ketul ayam
- 4 ulas cili besar hijau
- 8 biji cili api kampung
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang kecil
- 1/2 inci halia
- 1 batang serai
- 1 biji bawang holland
- minyak masak
- serbuk kunyit
- garam
- ajinomoto
- asam jawa
Cara Awalan Penyediaan Resepi Sambal Ayam Cili Hijau Berapi.
pertama, 6 ketul ayam di basuh bersih , kemudian di gaul dengan kunyit serta garam.
kedua, blendkan bahan-bahan ini secara kasar;
- 4 ulas cili besar hijau
- 8 biji cili api kampung
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang kecil
- 1/2 inci halia
ketiga, satu batang serai di ketuk.
keempat, satu biji bawang holland di hiris halus.
Cara Memasak ;
- Pertama, panas minyak masak.
- Kedua, goreng ayam yang telah di gaul dengan kunyit tadi. Goreng sehingga masak. Apabila sudah masak, toskan minyak.
- Ketiga, keluarkan sedikit minyak hasil dari gorengan tadi. Goreng bawang holland sehingga naik bau.
- Keempat, masukkan hasil bahan yang telah di blend tadi, kemudian masak sehingga sambal hijau pecah minyak.
- Kelima, masukkan sedikit air asam jawa, garam serta perasakan dengan ajinomoto. Apabila telah selesai dan sudah cukup rasa, sambal hijau menjadi pekat, maka gaul ayam goreng tersebut. Dan sedia untuk di hidangkan.
penutup,
jika anda teringin untuk mencari baju kurung premium dan unik, anda boleh singgah di Koleksi Baju Kurung AFRAHLISA.
penulis ada sharekan mengenainya. Koleksi Baju Kurung AFRAHLISA.
Leave a Reply