• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Laksa Utara Style Saya Simple.

by shazylin
May 19, 2022May 19, 2022Filed under:
  • resepi

Laksa Utara Style Saya Simple.

 

Assalammualaikum dan hai.

 

Apabila kita sebut mengenai laksa, pasti akan tercetus di dalam kepala, laksa style apa aku nak masak untuk keluarga ni?

Sama seperti penulis.

Idea nak memasak laksa utara ini tercetus, apabila hari hujan dan buntu nak masak apa yang patut. Akhirnya, penulis buka peti dan teringat ada beli ikan kembung. Ha, apa lagi terus penulis beritahu mak , hari ini kita makan laksa je la, mudah .

Takdelah boring, asyik makan nasi je memanjang.

Almaklumlah masib mood berhari raya, jadi kita makan laksa.

Laksa punya style tersendiri. Janji sedap.

Jadi sebelum penulis kongsikan resepi, seperti biasa, penulis akan share info berguan untuk uools. Sambil membaca resepi, boleh tambah ilmu yang lain.

 

Tempe Goreng Berlada Crunchy.

 

Hari ini penulis ingin kongsi mengenai khasiat asam keping. Memandangkan dalam laksa pun ada kita letakkan asam keping, jadi tahukah anda, asam keping mempunyai khasiat tersendiri untuk kita.

Mengurangkan berat badan.

Resepi asam keping untuk kurus ialah ;

  • 3 keping asam keping
  • 1 batang serai
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 1 inci halia
  • 3 sudu madu
  • 1 sudu halba
  • 1 biji lemon di hiris nipis

 

Caranya ialah, kita rebus kesemuanya di dalam periuk sehingga menggelekak. Kemudian, tapiskan. Minum 1 cawan pagi dan malam. Amalkan setiap hari. Inshaallah.

 

Merawat masalah cacing di dalam perut.

Rendam asam keping dan minum setiap hari. Asam keping di katakan mempunyai bahan yang sangat bagus untuk melawan cacing di dalam perut anda.

 

Seperti biasa, penulis akan senaraikan bahan-bahan masakan, serta cara masakan.

Resepi Laksa Utara Style Saya Simple.

Laksa Utara Style Saya Simple.

  • 1 paket laksa
  • 3 keping asam keping
  • 4 ekor ikan kembung
  • belacan
  • daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu cili kering
  • garam
  • ajonomoto

Bahan sampingan :

  • 4 biji telur
  • 1 biji timun
  • 1 biji salad kecil
  • 8 biji cili api
  • 3 biji bawang merah.

 

Cara Awalan Penyediaan Resepi Laksa Utara Style Saya Simple.

  • Pertama, 4 ekor ikan kembung di rebus sehingga masak. Letakkan sekali 3 keping asam keping . Setelah masak ketepikan ikan tersebut, supaya sejuk.

Apabila sudah sejuk, blend ikan tersebut bersama air rebusan. Tapis ye dan buat sehingga habis. Masukkan air tapisan tersebut ke dalam periuk yang ingin di masak kuahnya.

 

  • Kedua, 4 biji telur di rebus sehingga masak. Kupas kulit dan letakkan di dalam bekas.

Laksa Utara Style Saya Simple.

 

 

  • Ketiga, Laksa di rebus sehingga masak, dan toskan airnya.

 

 

 

  • Keempat, blend hancur 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, belacan berserta cili kering. Kemudian , masukkan kedalam periuk yang mengandungi kuah isi ikan tersebut.

 

 

  • Kelima, potong kecil kesemua bahan ini, dan letakkan di dalam satu bekas. Antara bahannya ialah ;
  • 1 biji timun
  • 1 biji salad kecil
  • 8 biji cili api
  • 3 biji bawang merah.

 

Cara Memasak Laksa Utara Simple.

Pertama, buka api dapur gas, kemudian, periuk yang mengandungi bahan-bahan untuk kuah tadi di masak . Jangan lupa masukkan daun kesum dan bunga kantan sekali. Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam serta ajinomoto.

Apabila sudah masak, boleh di hidangkan.

Simple kan? Begitulah laksa style saya. Mudah dan tak sakit kepala.

 

 

 

Tagged:
  • khasiat asam keping
  • Laksa Utara
  • Laksa Utara Simple
  • Laksa Utara Style Saya Simple.
  • Resepi asam keping untuk kurus

Post navigation

Previous Post Sambal Ayam Cili Hijau Berapi.
Next Post Telekung Ramadhani HASNURI Collection.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 ยท Shazylin.com