Telekung Ramadhani HASNURI Collection.
Assalammualaikum dan hai,
Artikel review pada kali ini adalah berkaitan dengan telekung. Bila sebut mengenai telekung, akan terlintas pada kita pelbagai jenama dari pengeluar telekung. Pada kali ini, penulis akan review artikel mengenai salah satu lagi telekung terbaru dari HASNURI COLLECTION, iaitu Telekung Ramadhani.
Walaupun musim Ramadhan telah berlalu, anmum permintaan untuk telekung tidak pernah putus. Ada je permintaan. Justeri , demi menyahut permintaan yang tinggi, pihak HASNURI telah melancarkan satu lagi telekung dewasa, yang pastinya ia berbeza dari yang sebelum ini dan tersangat lawa. Pasti mata-mata yang memandang tidak akan pernah melepaskan peluang untuk membelinya.
Sebelum penulis lanjutkan mengenainya, jom kita lihat dulu tips pemilihan telekung yang betul.
1.On Point Bahagian Muka.
Pemilihan kain solat terutama bahagian atas sangat penting buat muslimah. On point bermaksud telekung tersebut mestilah di jahit kemas terutama pada bahagian dahi. Bahagian dahi dijahit dua lapisan supaya anak anak rambut tidak mudah terkeluar dan paling penting selamat dna selesa. Apabila di jahit kemas, , maka mudah dan selesalah kain tersebut untuk stretch mengikut muka kita.
Pentingnya jahitan kemas serta on point supaya anak rambut muslimah susah hendak keluar apabila menyarungkan telekung tersebut . Jika anak rambut terkeluar, maka batallah solat kita dan terpaksa bersolat semula.
Selain itu, muslimah tidak perlu bergaduh sakan masa bersolat , anak tudung hilang serta rambut terkeluar. Telekung yang baik apabila bahagian muka ada getah. Pelapik dagu material getah dan paling penting ianya fix dengan saiz muka tanpa perlu pakai serkup.
2. Tidak Berbau Apabila Dibasahi Peluh.
Selain pemilihan telekung yang cantik, Muslimah juga mesti mengambil kira faktor kain tersebut apabila bersolat di ruangan yang panas serta kekurangan kipas. Ini kerana, kain yang elok dan selesa itu penting untuk pakaian muslimah untuk bersolat. lagi pula cuaca panas tidak menentu sekarang.
Ada hari panas teramat dan kebetulan bersolat di tempat yang panas, serta pakai pula telekung kain material panas. Maun berpeluh berjimbah. Justeru itu, material yang bagus penting bagi mengelakkan telekung kita berbau ketika kita bersolat.
Kain yang tidak berkualiti akan cepat berbau menyebabkan kita tidak dapat fokus solat kerana terhidu baunya yang menyengat
3. Material Selesa Serta Kain Sejuk, Sedap Dipakai.
Kualiti kain yang selesa juga memainkan peranan penting si pemakai apabila ingin bersolat. Ini kerana, kain yang selesa, terletak elok di muka, tidak singkat sangat di titikberatkan. Bayangkan anda beli kain murah untuk solat? sekali sarung, spoil mood untuk solat.
Jadi, sebagai muslimah yang sentiasa menjaga adab ketika solat, jangan berkira nak dapatkan telekung yang selesa dan material selesa serta kain sejuk. Yang untungnya kita, bila semuanya selesa , maka secara tidak langsung kita akan nampak cantik dan kemas. Bila lagi teringin nak cantik cantik ketemu Allah. Inilah masanya!.
Artikel sebelum ini ada penulis kongsikan pelbagai koleksi telekung Hasnuri. Kejap ye, penulis share kembali link untuk perhatian anda semua.
Telekung Nekma Pilihan Masa Kini.
Telekung Ibunda Hasnuri Cantik.
Telekung Jannah Kanak-Kanak Hasnuri
Kenapa Telekung Ramadhani HASNURI Collection Menjadi Pilihan ??
Telekung Ramadhani HASNURI Collection merupakan koleksi khas premium Hasnuri dengan rekaan telekung moden minimal tampil cantik dan selesa disamping dapat mengerjakan ibadah solat dengan sempurna.
Keistimewaan Telekung Ramadhani HASNURI ??
Antara keistimewaan yang ada pada Telekung Ramadhani HASNURI cantik ini ialah :
- Material: High Quality Cotton (Tak jarang + Selesa), Cotton Lycra material at the chin area
- Saiz : Free Size
- Kategori warna: Sweet, pastel and bold
- Design telekung: Rekaan telekung terkini dengan ciri face design sesuai dengan semua bentuk muka dan dilengkapi dengan bercorak bunga yang cantik
- Design kain: Rekaan kain potongan lurus dengan pinggang fully getah Istimewa
- Eksklusif tagging HASNURI pada bawah telekung
- Rekaan face design yang sesuai dengan semua bentuk muka
- Rekaan kait bercorak yang mewah inspirasi bunga yang dijahit dengan kemas dan cantik pada bawah telekung
- Lapisan bawah dagu yang lembut dan selesa
- Rekaan bergetah pada dahi terletak kemas tanpa perlu memakai inner scarf
- Tali ikat belakang dengan rekaan ‘signature bell’ pada hujung tali
- Pakaian ibadah yang tidak jarang dan selesa dipakai sepanjang melaksanakan ibadah
Gambar-Gambar Koleksi Telekung Ramadhani HASNURI.
Di sini penulis lampirkan beberapa warna telekung ini bagi merambangkan mata anda semua. Yang pasti ianya unik, simple, serta mempunyai seni sulaman yang halus dan akan membuat anda sebagai muslimah jatuh hati dengan koleksi terbaru dari HASNURI ini.
Apa tunggu lagi? Jom dapatkan dan rasai sendiri pengalaman memilik Telekung Ramadhani HASNURI Cantik.!.
Hubungi Agen Sah Telekung Ibunda Hasnuri Cantik. Di Jamin 100% Puashati.
Sis Lynn |Telekung Ramadhani HASNURI..!
Leave a Reply