• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Trek Joging Hutan Rekreasi Sungai Udang.

by shazylin
May 23, 2022Filed under:
  • Review

 Trek Joging Hutan Rekreasi Sungai Udang.

Assalammualaikum dan hai.

Hujung minggu adalah masa paling sesuai orang kata untuk ”me time” bersama keluarga tercinta.

Jadi perancangan penulis pada hujung minggu adalah menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti sihat bersama suami di Hutan Rekreasi Sungai Udang. Jarak dari rumah penulis ke tempat lebih kurang 30 minit.

Suasana hutan lipur yang permai amatlah sesuai untuk menjalankan aktiviti santai serta berkelah bersama keluarga. Pintu masuk utama untuk ke Hutan Rekreasi Sungai Udang terletak di tepi jalanraya yang menghubungkan Sungai Udang dan Masjid Tanah.

Dengan kedudukannya yang strategik kawasan hutan ini amatlah sesuai dijadikan kawasan rekreasi atau riadah untuk masyarakat tempatan dan juga pelancong luar.

Kali terakhir penulis datang ke sini adalah sebelum Malaysia melaksanakan Lockdown. Kemudian, pada tahun 2022 penulis kembali semula ke sini bersama suami. Memandangkan beliau adalah orang luar Melaka, Jadi penulis tanpa membuang masa membuat perancangan dengannya untuk mengajak beliau ke Trek Hutan Rekreasi.

Sebab sudah alang-alang beliau ada azam untuk menguruskan badan, jadi ke sinilah penulis mengajak.

Pertama kali suami penulis ke sini, beliau ingatkan trek biasa, sekali baru suku jalan, dia kata..mak aii, lain macam, dahla tak bawak air, air tinggal dalam kereta, boleh mati macam nie, naik trek hutan , air tinggal dalam kereta.

 

Untuk pengetahuan kalian, jarak laluan trek ini ialah 1.5km. Nampak macam pendek je kan, tetapi cuba anda datang sini, then berjalan ikut trek, penat dan semput . Sebab apa penulis berkata demikian, ini kerana perjalanan trek tersebut bukan sekadar jalan lurus, tetapi jalan mendaki naik dan turun serta mendaki yang tinggi. Di sini, nasihat penulis, anda perlu memakai kasut yang bersesuaian, supaya tidak jatuh tergelincir. Orang kata, prevent before risk occurs.

Jika anda datang sini, jangan lupa jika anda larat,  buatlah 4 kali pusingan trek yang berjarak 1.5km. Sebab jika anda lengkap 4 pusingan , bermakna anda telah melakukan 10000 kali langkah. Bayangkan 1 hari berapa sudah kalori anda yang terbakar.

Buat kata suami penulis, seminggu kita datang sini, maun kurus kita.haha.

 

Jom Saksikan Keindahan Trek Joging Hutan Rekreasi Sungai Udang.

 

Trek Joging

 

 

 

 

 

 

LOKASI : HUTAN REKREASI SUNGAI UDANG 

 

Jika anda singgah di Melaka sambil bersantai di hutan Rekreasi Sungai Udang, anda boleh juga menginao di chalet Tanjung Bidara. Hal ini kerana, sudah terlalu hampir tempatnya.

Disini penulis kongsikan serba sedikit Chalet Murah Tanjung Bidara

 

 

 

 

 

Tagged:
  • Best Trek Joging Hutan Rekreasi Sungai Udang.
  • Trek Joging Hutan Rekreasi Sungai Udang

Post navigation

Previous Post Telekung Ramadhani HASNURI Collection.
Next Post Tuala HASNURI Hadiah HOT Terkini!

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com