Telekung Aisyah Annisaa Elegen.
Assalammualaikum dan hai.
Entri review pada artikel ini adalah merupakan satu telekung khas dari Annisaa HQ.
Telekung merupakan pakaian solat setiap wanita. Pada zaman yang serba mewah ini kita dapat lihat pemakaian telekung untuk bersolat dalam pelbagai material, warna dan sulaman.
Untuk menghadap sang PenciptaNya, kita perlulah sentiasa kemas, cantik dan ikhlas . Barulah selesa dan yakin untuk berdoa sambil meminta segala hajat di hajati.
pada zaman yang semakin moden ini, corak sulam pada telekung sudah menjadi trend pada muslimah pada ketika ini membuat pemilihan pembelian telekung.
BOLEH BACA JUGA : Telekung Annisaa Testimoni Collection.
Kenapa Telekung Aisyah Annisaa Elegen menjadi pilihan utama ??
Untuk pengetahuan uolls, sebelum kemunculan telekung Aisyah, annisaa sendiri telah membawa sulam tersendiri bagi menambat hati para muslimah untuk terus membeli dan menggunakannya, Bayangkan di bawah telekung Annisaa sendiri, ia mempunyai lebih dari 6 jenis sulaman yang cantik seni ukirannya , di samping sulaman yang kemas serta benang sulamannya yang menggunakan benang no.1 serta tidak gatal apabila si pemakai memakainya ketika solat.
Kebanyakan muslimah perlu dan wajib memiliki Telekung Annisaa ini kerana ia merupakan PENYELESAIAN SERIBU MASALAH. Kenapa penulis berkata demikian ? Ini di buktikan apabila Telekung Annisaa ni paling selesa dipakai, Ada getah di dahi, utk mengelakkan anak rambut terkeluar. Rambut hitam dan putih terjagaaa u. Selamat!
1.On Point Bahagian Muka.
On point bermaksud telekung tersebut mestilah di jahit kemas terutama pada bahagian dahi. Apabila di jahit kemas, , maka mudah dan selesalah kain tersebut untuk stretch mengikut muka kita. Pentingnya jahitan kemas serta on point supaya anak rambut muslimah susah hendak keluar apabila menyarungkan telekung tersebut .Telekung yang baik apabila bahagian muka ada getah. Pelapik dagu material getah dan paling penting ianya fix dengan saiz muka tanpa perlu pakai serkup.
BOLEH BACA JUGA : Cara Pakai Telekung Dengan Betul.
2. Tidak Berbau Apabila Dibasahi Peluh.
Selain pemilihan telekung yang cantik, Muslimah juga mesti mengambil kira faktor kain tersebut apabila bersolat di ruangan yang panas serta kekurangan kipas. Ini kerana, kain yang elok dan selesa itu penting untuk pakaian muslimah untuk bersolat. lagi pula cuaca panas tidak menentu sekarang.
Ada hari panas teramat dan kebetulan bersolat di tempat yang panas, serta pakai pula telekung kain material panas. Maun berpeluh berjimbah. Justeru itu, material yang bagus penting bagi mengelakkan telekung kita berbau ketika kita bersolat. Kain yang tidak berkualiti akan cepat berbau menyebabkan kita tidak dapat fokus solat kerana terhidu baunya yang menyengat
3. Material Selesa Serta Kain Sejuk, Sedap Dipakai.
Kualiti kain yang selesa juga memainkan peranan penting si pemakai apabila ingin bersolat. Ini kerana, kain yang selesa, terletak elok di muka, tidak singkat sangat di titikberatkan. Bayangkan anda beli kain murah untuk solat? sekali sarung, spoil mood untuk solat. Jadi, sebagai muslimah yang sentiasa menjaga adab ketika solat, jangan berkira nak dapatkan telekung yang selesa dan material selesa serta kain sejuk. Yang untungnya kita, bila semuanya selesa , maka secara tidak langsung kita akan nampak cantik dan kemas. Bila lagi teringin nak cantik cantik ketemu Allah. Inilah masanya!.
Telekung Aisyah Annisaa Elegen Membawa Konsep Simple Dan Anggun .
Kenapa telekung ini membawa maksud simple dan Anggun yang di persembahkan oleh Annisaa? Bermula tahun 2022, Annisaa telah melaksanakan strategi iaitu membuat pembaharuan terhadap reka bentuk, supaya nampak lebih ekslusif, serta mewah di mata muslimah. Justeru itu, terdapat ciri-ciri istimewa yang di tonjolkan, antaranya ialah :
Keistimewaan Telekung Aisyah Annisaa Elegen.
Sulaman kait
Salah satu keistimewaan telekung Aisyah ialah HQ menggajikan pekerja wanita dari Malaysia untuk membuat sulaman kait pada pada kain telekung. Menarik kan?. Pada keluaran yang lepas, annisaa memperkenalkan sulaman timbul yang sangat lawa, maka untuk kelainan, sulaman kait pula di perkenalkan.
Material Import Luar Negara.
Keistimewaan kedua pada telekung ini ialah menggunakan material import luar negara, di mana menggunakan fabrik cotton 100% berkualiti tinggi, dan yang pastinya ianya kain yang sangat sejuk, tidak jarang serta kain yang anti kedut.
Getah yang besar pada pinggang
Konsep utama dari ANNISAA ialah kesemua telekung free saiz dari atas sehingga ke bahagian kain. Justeru itu, pada keluaran yang terbaru ini, HQ telah menginovasikan pada bahagian pinggang, iaitu menggunakan getah yang besar, jadi mudah dan fleksibal bila di renggangkan. Jadi orang yang plus size juga sesuai menggunakan telekung ini.
Mengekalkan Pelapik dagu menggunakan kain yang viscose, sarung sahaja nampak terletak mengikut bentuk muka. Muka yang berisi pun tiada masalah.
Annisaa masih mengekalkan material viscose pada bahagian dagu supaya si pemakai akan nampak muka lebih runcing apabila memakai telekung.
BOLEH BACA JUGA : Telekung Cantik Idaman Hati Muslimah.
Gambar-Gambar Koleksi Telekung Aisyah
Di sini penulis lampirkan beberapa warna telekung ini bagi merambangkan mata anda semua. Yang pasti ianya unik, simple, serta mempunyai seni sulaman yang halus dan akan membuat anda sebagai muslimah jatuh hati dengan koleksi terbaru dari Annisaa ini.
Telekung Aisyah Annisaa Testimoni Collection.
Beberapa team Annisaa yang terawal bagi review ni
Cantik sangat warna dorang ambik ni , lagi cantik bila si jelita pakai
Alhamdulillah sambutan yang baik Telekung Aisyah Edition separuh dari bilangan habis dijual pada team bila selesai sahaja soft launch tempoh hari, kini hanya berbaki beberapa pasang hangattt dipasaran gaissss
Anda dah dapat? Kalau dh jom la share share sini, kalau belum bawak bertenang.
Apa tunggu lagi? Jom dapatkan dan rasai sendiri pengalaman memilik telekung Aisyah Annisaa!.
Hubungi Agen Sah Telekung Annisaa Pilihan Muslimah Anda Sekarang. Di Jamin 100% Puashati.
Sis Lynn | Agen Sah Telekung Annisaa!
Leave a Reply