• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Cara Pakai Telekung Dengan Betul.

by shazylin
December 19, 2021Filed under:
  • tips

Cara Pakai Telekung yang betul.

 

Assalammualaikum dan hai.

Telekung merupakan pakaian solat setiap wanita. Pada zaman yang serba mewah ini kita dapat lihat pemakaian telekung untuk bersolat dalam pelbagai material, warna dan sulaman.

Tujuan kita bertelekung ketika bersolat adalah untuk menutup aurat, selain menambahkan keselesaan serta kusyuk ketika kita menghadap sang Pencipta Yang Maha Esa.

Bila di sebut mengenai aurat, tahukah anda, terdapat cara pakai telekung yang betul tanpa kita sedari selama ini,  kita abaikan , asalkan selesai bersolat.

Ini kerana, solat yang sempurna adalah di jaga tatatertibnya agar kita tidak solat dengan sia-sia.

 

Boleh baca : Telekung Cantik Idaman Hati Muslimah.

 

Terdapat 2 faktor utama perlu di titik beratkan ketika memakai telekung.

 

1. DAHI

Ketika kita memakai telekung, perkara pertama di titikberatkan adalah rambut pada dahi. Pastikan anak rambut tidak tersengaja keluar ketika anda sarung telekung.

Perkara kedua adalah, pastikan telekung anda tidak berlapik dengan dahi. Ini kerana seandainya ketika anda sujud , kain telekung berlapik dengan dahi, maka solat anda tidak sah.

Jika telekung anda besar dan longgar, anda mesti mencari cara bagaimana hendak atasinya.

Jadi bagaimana hendak selesaikan ?

Pastikan telekung anda betul-betul on point dan selesa. On point di sini adalah :

Pemilihan kain solat terutama bahagian atas sangat penting buat muslimah. On point bermaksud telekung tersebut mestilah di jahit kemas terutama pada bahagian dahi.  Bahagian dahi dijahit dua lapisan supaya anak anak rambut tidak mudah terkeluar dan paling penting selamat dna selesa. Apabila di jahit kemas, , maka mudah dan selesalah kain tersebut untuk stretch mengikut muka kita.

Pentingnya jahitan kemas serta on point supaya anak rambut muslimah susah hendak keluar apabila menyarungkan telekung tersebut . Jika anak rambut terkeluar, maka batallah solat kita dan terpaksa bersolat semula.

 

2.BAWAH DAGU

Ada segelintir muslimah, telekung pakai memang cantik . Bahagian dahi kemas, tetapi bila sampai bahagian bawah dagu, pemakaian telekung seperti memakai tudung biasa, di mana dagu terdedah seperti gambar di bawah :

aurat dagu

 

Aurat dagu perlu di tutup ketika bertelekung seperti di bawah :

aurat dagu

 

Jadi jika telekung anda besar di permukaan muka, seeoloknya pin atau tukar sahaja yang baru untuk keselesaan dan sah solatnya jika bersolat. Sia-sia lah rajin solat wahai muslimah, jika 2 perkara ini anda tidak titik beratkan.

 

Tagged:
  • Cara Pakai Telekung

Post navigation

Previous Post Tips Pilih Telekung Sesuai.
Next Post Koleksi TOP Baju Nikah 2022.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com