• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Bojah Ikan Bilis Sedap Dan Sihat.

by shazylin
January 24, 2022Filed under:
  • resepi

Bojah Ikan Bilis Sedap Dan Sihat.

 

Assalammualaikum dan hai.

Entri resepi kali ini , merupakan makanan yang berkhasiat , tetapi jangan bimbang jika makan sekali confirm akan bertambah nasinya.

Bojah sering di kaitkan dengan makanan berpantang oleh seorang wanita yang telah melahirkan anak. Ianya di amalkan selepas 2 minggu berpantang.

Merupakan resepi yang simple , tetapi sedap untuk di jamah makan. Ianya bukan hanya sesuai untuk wanita berpantang, bahkan amat sesuai untuk semua golongan, dan lelaki pun boleh makan tanpa segan silu.

Apabila di sebut bojah, ia bukan sahaja boleh gunakan ikan bilis, malah anda juga boleh menggantikan bilis dengan ayam atau pun daging. Ikut kepada kesesuaian tekak anda sendiri.

Makanan bejah selalunya akan di gandingkan dengan ikan goreng garing atau pun dengan ikan masin. Pasti terasa ummpp.

Bejah amat sesuai di amalkan untuk yang ingin bersdiet kerana ia bagus untuk kesihatan.

 

BOLEH BACA JUGA : Resepi Maggi Pes Perisa Tomyam Kaw Giveaway.

 

Antara manfaat bejah adalah seperti berikut :

Pencernaan

bejah amat terkenal dan berkasiat untuk perut kita. Ini kerana ia mengandungi bahan-bahan yang melawaskan pencernaan kita.

Diet

Bagi yang berdiet, anda boleh mencuba bejah ini. Ini kerana bila anda memakan, anda akan berpeluh. bagaimana dengan makan bejah boleh berpeluh? Salah satu campuran bejah ialah lada hitam. Lada hitam merupakan bahan yang bagus untuk antioksidaan di dalam badan kita. Selain itu, ia boleh membuang angin di dalam badan kita.

Peranakan

Bejah juga bagus untuk peranakan kita. Ini kerana fungsi kunyit hidup tersebut adalah untuk untuk membantu meningkatkan fungsi imunitas tubuh. Selain itu, kunyit dianggap mampu menurunkan risiko terjadinya kerosakan sel di dalam tubuh sekaligus mencegah terjadinya mutasi sel menjadi kanser.

 

Resepi Bojah Ikan Bilis Sedap Dan Sihat.

Resepi Bojah Ikan Bilis Sedap Dan Sihat.

Di dalam entri ini, seperti biasa akan di kongsi bahan-bahan, cara penyediaan serta cara memasaknya sehingga siap.

 

Jom kita lihat dahulu bahan-bahannya seperti berikut :

  • 1 1/2  genggam ikan bilis
  • 8 biji kunyit hidup
  • 5 sudu lada hitam
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 keping asam keping
  • 1/4 cawan air masak
  • 1/2 cawan santan
  • garam
  • ajinomoto
  • minyak masak

 

Cara awalan penyediaannya :

Pertama, tumbuk kesemua bahan ini sehingga hancur :

  • 8 biji kunyit hidup
  • 5 sudu lada hitam
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia

Kemudian masukkan 1 1/2 genggam ikan bilis, tumbuk kasar je.

 

Cara-Cara Masak Bojah Ikan Bilis Sedap Dan Sihat.

Pertama, panaskan minyak masak. Masukkan kesemua bahan yang telah di tumbuk tadi, tumis sehingga naik bau.

Kedua, masukkan bahan seperti berikut :

  • 2 keping asam keping
  • 1/4 cawan air masak
  • 1/2 cawan santan

Kacau sehingga sebati.

Ketiga, masukkan 2 keping asam keping , garam dan ajinomoto. Masakkan sehingga mendidih dna pekat

Siap untuk di hidangkan.

 

Masakan bojah ini elok di makan dengan nasi panas, memang terasa sedap dan anda akan berpeluh selepas itu.

 

selamat berkongsi resepi.

 

Sekian, resepi dari penulis.

 

Tagged:
  • Bojah Ikan Bilis

Post navigation

Previous Post Maggi Pes Perisa Tomyam Kaw Giveaway.
Next Post Telekung Aisyah Annisaa Elegen.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com