Maggi Pes Perisa Tomyam Kaw Giveaway.
Assalammualaikum dan hai.
Entri review bersama resepi kali ini berkait dengan satu lago giveaway yang di terima oleh penulis iaitu Maggi Pes Perisa Tomyam Kaw .
Kalau anda perasan, pada entri giveaway sebelum ini ada, ada penulis kongsikan Maggi Giveaway berperisa udang. Jadi pada entri ini pula adalah yang berperisa tomyam pula.
BOLEH BACA :Maggi Pes Perisa Udang Giveaway.
Maggi menggunakan trademark Makanan di rumah lebih sedap dan enak dengan produk MAGGI®! menawarkan pelbagai jenis makanan berbentuk mee segera yang wajib ada di setiapa rumah di Malaysia ini.
Anda boleh melihat pelbagai jenis produk yang di tawarkan oleh Maggi antaranya seperti mi, pasta, perisa, sos dan juga perencah. Anda boleh lawati di website Maggi iaitu https://www.maggi.my/
Di dalam laman web tersebut, anda juga boleh melihat pelbagai perkongsian masakan menggunakan jenama Maggi. Dan yang pasti, tidak akan jemu untuk mencuba segala resepi.
Sebelum penulis berkongsi resepi nya, jom kita lihat kandungan bahan-bahannya.
Untuk pengetahuan semua, ia diperbuat dengan bahan-bahan terbaik dan rempah ratus seperti –
-Serai
-Daun Limau Purut
-Cili Merah
-Lada Hitam
-Bawang Putih
-Bawang Merah
Kesemua bahan ini dimasak , di aduk di tukarkan kedalam bentuk PASTE.
Jadi, bila ia berbentuk paste, maka membolehkan seseorang merasai kuahnya yang pekat, KAYA dan ASLI, disertai dengan mi kenyal yang diperbuat daripada 100% Gandum Australia dan lengkap dengan GARNISH untuk tekstur dan rasa mulut yang lebih baik.
Siapa yang peminat tomyam mesti boleh merasai kepekatan dan kaw rasanya apabila mencuba maggi perisa tomyam ini.
Jom penulis kongsikan resepinya menggunakan giveaway yang di beri oleh Maggie ini.
Resepi Maggi Pes Perisa Tomyam Kaw Giveaway.
Di dalam entri ini, seperti biasa akan di kongsi bahan-bahan, cara penyediaan serta cara memasaknya sehingga siap.
Penulis bila bab maggi ini, lebih suka jika segala bahan di tumis dan di masak. Baru terasa AUUMM! ketika menjamahnya.
Jom kita lihat dahulu bahan-bahannya seperti berikut :
- 1 paket maggi giveaway
- 1 paket mini sayur campur (ini memang dapat ye).
- 1 ketul ayam goreng
- 1 ketul sosej goreng
- 2 biji bawang merah
- 4 biji cili api
- 1/4 sudu lada hitam
- kobis
- 2 sudu minyak masak.
- 1 mangkuk air panas.
Cara awalan penyediaannya :
Pertama, tumbuk bahan-bahan berikut sehingga halus , bahan-bahan adalah seperti berikut :
- 2 biji bawang merah
- 4 biji cili api
- 1/4 sudu lada hitam
Apabila bahan telah selesai tumbuk, masukkan pes maggi dan gaulkan bersama bahan yang telah di tumbuk. Ketepikan.
Kedua, bahan-bahan seperti
- 1 ketul ayam goreng
- 1 ketul sosej goreng
Di potong halus dan ketepikan.
Ketiga, sayur kobis di potong halus, basuh dan toskan.
Keempat, celurkan 1 paket maggi bersama air panas, kemudian toskan airnya.
Cara-Cara Masak:
Pertama, panaskan kuali 2 sudu minyak masak. Tumiskan bahan yang telah di tumbuk tadi sehingga naik bau.
Kedua, masukkan 1/2 cawan air panas, mee maggi , sayur kobis yang telah di potong serta isi ayam dan sosej yang telah di potong tadi dan juga 1 paket mini sayur campur
Ketiga, masak sehingga mee maggi masak selama 2 minit, terbalik balikkan sehingga semuanya sebati dan lembut. Kemudian masukkan maggi yang telah di toskan, gaul semula sehingga sebati.
Keempat, apabila sudah masak, sedia untuk di angkat serta di hidangkan.
Selamat mencuba .
Jangan lupa kongsikan bersama.
.
Leave a Reply