Susu Pisang Farm Fresh Giveaway.
Assalammualaikum dan hai.
Entri review hari ini berkaitan dengan giveaway. Kali ini penulis dapat susu pisang Farm Fresh sebagai giveaway. Yeay..satu lagi giveaway, Jadi bila dapat, moh la kita buat review.
Ramai tanya, macam mana penulis rajin sangat peroleh giveaway macam-macam product.
Penulis ada join https://www.hometesterclub.com/
Bagi yang berminat untuk mendapat giveaway, anda boleh sign up hometesterclub di https://www.hometesterclub.com/my/en/account/join produtc
Jika anda selalu dapat giive away dari hometester ini, apabila anda telah menerima product , maka anda perlu buat review, post di web hometester.
Mereka akan beri kita email notification jika ada product yang akan di beri sebagai giveaway.
boleh baca juga : Maggi Pes Perisa Udang Giveaway.
Siapa sini penggemar susu pisang?
Jom kita lihat dulu bagaimana untuk menghasilkan susu pisang .
Bahan-bahan:
- 2 biji pisang
- Susu segar (2 cawan, anggaran 2 orang)
- 4 sudu kecil brown sugar (boleh kurangkan/lebihkan, terpulang)
2 gelas ais – lebihkan kalau suka
Cara-Cara :
pertama , masukkan kesemua bahan-bahannya iaitu :
- 2 biji pisang
- Susu segar (2 cawan, anggaran 2 orang)
- 4 sudu kecil brown sugar (boleh kurangkan/lebihkan, terpulang)
2 gelas ais – lebihkan kalau suka
Blend sehingga hancur, dan siap untuk di minum.
Mudahkan.
Di pasaran sekarang , nak di katakan terdapat banyak lambakan susu pisang dari pelbagai jenama.
Antaranya dari Goodday, Dutchlady, Nilofa, farm fresh dan sebagainya.
Memandangkan penulis mendapat dari farm fresh, jadi penulis akan review sejujur hati penulis mengenai giveaway Farmfresh ini.
Review Susu Pisang Farm Fresh Giveaway.
Farm Fresh merupakan salah satu jenama yang begitu terkenal di Malaysia pada ketika ini. Di Farm Fresh, terdapat pelabagi jenis susu yang di tawarkan untuk peminat setia , dan salah satunya adalah berasaskan pisang.
Penulis memperoleh 4 kotak susu pisang yang siap di baluti dengan bubble dan berkotak.
Pertama kali dapat, penulis simpan di dalam peti ais. Sebab orang kata, kalau nak rasa segar dan sedap,kena sejukkan dahulu.
So, apabila sudah sejuk, penulis ambil 1 kotak, buka dan rasa.
Dia punya rasa, apabila sudah mengalir di tekak,rasa WOW!.
kenapa penulis berkata ia WOW!. Ini kerana ia mempunyai Rasa premium dengan pati pisang yang asli. Kombinasi antara susu dan pisang sangat baik, tidak terasa esen pisang yang terlampau kuat baunya. Susu pisang yang sesuai untuk seisi keluarga tanpa rasa terlalu manis sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
Selain itu, is mempunyai Rasa pisang yang sebenar, sangat sedap. Enak dinikmati disetiap peringkat umur. Rasa yang cukup sempurna tak perlu tambahkan apa2 lagi. Yang penting susu nya lemak berkrim.
Bahan-bahannya mudah kerana ia terdiri daripada susu segar, puri pisang, gula merah dan penstabil sahaja. Warna susu tidak kekuningan dan nampak sihat seperti susu segar biasa. Ia mempunyai rasa berkrim di mana rasa susu segar adalah kuat dan kemanisannya sempurna. Memang menepati citarasa penulis.
Penulis juga ada meminta pandangan ibu penulis, memandangkan dapat percuma 4 kotak , jadi ibu penulis memberi respon yang positif mengenai susu pisang ini.
Antara respond ibu penulis ialah beliau kalau ikutkan bukan penggemar susu yang berperisa. Tapi Farm Fresh Banana Flavored Milk rasa natural dan kurang manis.
Kesimpulan
Susu Pisang Farm Fresh sangat sedap rasanya pisang yg sangat light dan berkrim.. Sangat sesuai untuk semua golongan usia termasuk kanak-kanak kerana ianya kurang manis.. Cubalah sekarang!
Jika anda penggemar susu pisang, maka anda wajib untuk mencuba dari jenama Farm fresh ini, di samping orang kata ianya more valuable dan berbaloi dengan wang yang anda belanjakan.
Jika anda rasakan jenama susu pisang lain terasa pekat dan lebih manis, apa kata anda cuba dari jenama ini, pasti akan jatuh cinta setelah mencuba.
Tq Home Tester Club!
Leave a Reply