Maggi Pes Perisa Udang Giveaway.
Assalammualaikum dan hai.
Entri slot review serta akan di selitkan juga resepi. Ini kerana penulis ada menerima giveaway dari Maggi.
Sejak kebelakangan ini, penulis banyak menerima giveaway, dan salah satunya adalah Maggi Pes Perisa Udang.
Bila sebut pasal Maggi, siapa yang tidak pernah dengar dan tidak kenal, wahima kanak-kanak juga mengenalinya.
Maggi menggunakan trademark Makanan di rumah lebih sedap dan enak dengan produk MAGGI®! menawarkan pelbagai jenis makanan berbentuk mee segera yang wajib ada di setiapa rumah di Malaysia ini.
Baru-baru ini, Maggi memperkenalkan citarasa warga tempatan Malaysia iaitu Mi Udang Utara & Mi Tom Yam Kaw.
Pada slot ini, penulis hanya akan review satu perisa dahulu dan pada slot seterusnya akan di review perisa gievaway yang kedua pula.
Anda boleh melihat pelbagai jenis produk yang di tawarkan oleh Maggi antaranya seperti mi, pasta, perisa, sos dan juga perencah. Anda boleh lawati di website Maggi iaitu https://www.maggi.my/
Di dalam laman web tersebut, anda juga boleh melihat pelbagai perkongsian masakan menggunakan jenama Maggi. Dan yang pasti, tidak akan jemu untuk mencuba segala resepi.
Sebelum penulis berkongsi resepi nya, jom kita lihat kandungan bahan-bahannya.
Untuk pengetahuan semua, Maggi Pes Perisa Udang diperbuat dengan bahan-bahan terbaik dan rempah ratus seperti rasa udang SEBENAR, pes cili SEGAR, daun limau purut, serai, limau purut, dimasak dalam bentuk PASTE.
Jadi, bila ia berbentuk paste, maka membolehkan seseorang merasai kuahnya yang pekat, KAYA dan ASLI, disertai dengan mi kenyal yang diperbuat daripada 100% Gandum Australia dan lengkap dengan GARNISH untuk tekstur dan rasa mulut yang lebih baik.
Anda wajib cuba taw , jika anda betul-betul peminat setia Maggi.
Jom penulis kongsikan resepinya menggunakan giveaway yang di beri oleh Maggie ini.
boleh baca juga resepi lain : Telur Mata Goreng Cili Api.
Resepi Maggi Pes Perisa Udang.
Di dalam entri ini, seperti biasa akan di kongsi bahan-bahan, cara penyediaan serta cara memasaknya sehingga siap.
Penulis bila bab maggi ini, lebih suka jika segala bahan di tumis dan di masak. Baru terasa AUUMM! ketika menjamahnya.
Jom kita lihat dahulu bahan-bahannya seperti berikut :
- 1 paket maggi Pes Perisa Udang.
- 1 paket bawang goreng (ini memang dapat ye).
- 1 ketul ayam goreng
- 1 ketul sosej goreng
- 2 biji bawang merah
- 4 biji cili api
- 1/4 sudu lada hitam
- kobis
- 2 sudu minyak masak.
- 1/2 cawan air panas.
Cara awalan penyediaannya :
Pertama, tumbuk bahan-bahan berikut sehingga halus , bahan-bahan adalah seperti berikut :
- 2 biji bawang merah
- 4 biji cili api
- 1/4 sudu lada hitam
Apabila bahan telah selesai tumbuk, masukkan pes maggi dan gaulkan bersama bahan yang telah di tumbuk. Ketepikan.
Kedua, bahan-bahan seperti
- 1 ketul ayam goreng
- 1 ketul sosej goreng
Di potong halus dan ketepikan.
Ketiga, sayur kobis di potong halus, basuh dan toskan.
Cara-Cara Masak:
Pertama, panaskan kuali 2 sudu minyak masak. Tumiskan bahan yang telah di tumbuk tadi sehingga naik bau.
Kedua, masukkan 1/2 cawan air panas, mee maggi , sayur kobis yang telah di potong serta isi ayam dan sosej yang telah di potong tadi dan juga bawang goreng.
Ketiga, masak sehingga mee maggi masak selama 2 minit, terbalik balikkan sehingga semuanya sebati dan lembut.
Keempat, apabila sudah masak, sedia untuk di angkat serta di hidangkan.
Kesimpulan
Penulis dapat je giveaway ini, terus masak untuk makan petang. Di makan bersama juga dengan keropok lekor bertemankan air kelapa yang sejuk pada tekak pada musim yang panas sekarang ini.
Selamat mencuba .
Jangan lupa kongsikan bersama.
Leave a Reply