Teh Daun Sanna Baik Untuk Perut.
Assalammualaikum dan hai.
Entri Review pada slot kali ini berkaitan dengan daun sanna.
Tahukah anda apa itu daun sanna?
Daun sanna adalah pokok yang di kenaloi juga sebagai Daun gelenggang , di mana ketinggian pokok ini adalah setinngi 1-1.5metr sahaja. Amat popular untuk ubati masalah perut jika susah hendak membuang. Senang cerita ianya bagus untuk ubati sembelit.
Sejak akhir ini, popular marketing mengenai daun sanna.
Daun ini di katakan mempunyai banyak khasiat terutama jika seseorang ingin kuruskan badan serta dapat atasi masalah dalaman seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Apakah itu daun sanna? Bagaimana ia di hasilkan?
Daun sanna adalah tanaman herba asli yang hanya terdapat di kawasan tropika sahaja. Amat popular di gunakan untuk merawat sembelit dan di gunakan sebagai detoks di dalam badan.
Ia di hasilkan daripada proses pengeringan.
Dikeringkan, dan kemudian di jadikan sebagai daun teh.
Fungsi Teh Daun Sanna.
Teh daun sanna di gunakan dalam sebagai minuman untuk detoks, jadi apabila di sebut mengeneai detoks, maka ianya tidak sesuai di amalkan oleh wanita yang mengandung.
Atasi Sembelit
Khasiat teh sanna lebih kepada merawat masalah sembelit. Selain itu juga,kajian mendapati bahan yang terdapat pada teh sanna ini mempunyai kesan julap yang sangat kuat.
Detok Untuk Badan.
Ianya juag merupakan detok untuk badan, di mana mampu menurunkan berat badan anda dengan cepat. Ini kerana teh sanna adalah merupakan detoxification yang dapat membersihkan usus dan secara tidak langsung dapat menurunkan berat badan. Anda consume dan minum air suam yang banyak, di mana dia akan menyekat selera makan anda untuk makan selalu.
Bersihkan kotoran usus.
Segala penyakit di dalam perut semuanya berpunca dari usus. Di katakan , jika mengamalkan dengan betul , maka ia akan mencuci kotoran usus dan melancarkan perjalanan untuk membuang air besar dengan mudah. Bila usus kita sihat, secara automatik badan kita akan terhindar dari segala penyakit yang memudaratkan.
Kesan Sampingan
Meminum dengan kerapa amat tidak di galakkan , kerana ia akan mengubah fungsi usus yang normal. Selain itu, jika anda baru pertama kali mencuba, di sarankan agar mengambil 1 hari sehari dengan kuantiti yang sedikit. Ini kerana, anda akan mengalami cirit birit.
Dari sudut positifnya, bila anda mengamalkan , badan akan akan menjadi ringan, kerana telah berlaku proses detokfikasi selepas pembuangan. Maka, berpada- padalah ketika mengambil sebarang herba.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Subrun itu panas, jangan kamu gunakan sebagai pencuci perut,tapi pakailah Sanna dan Sanut kerana itu adalah ubat segala penyakit kecuali mati”- (HR TARMIZI).
Di dalam website pejabat Mufti Wilayah persekutuan ada di bicarakan mengenai daun sanna ini. Ianya berkaitan dengan status hadis mengenai kelebihan daun sanna.
Terdapat pelbagai jalur riwayat hadis berkenaan kelebihan daun Sanna dan sanut. Antara hadis tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn majah daripada Ibn Ummi Haram:
Maksudnya: “Hendaklah kamu melazimi daun Sanna dan madu sesungguhnya pada keduanya itu kesembuhan dari segala jenis penyakit kecuali sam”, lalu Baginda ditanya: “Apakah makna sam”? Baginda S.A.W. bersabda: “Sam itu ialah kematian”.
(Riwayat Ibn Majah: 3584)
Hadis ini dinilai sahih berdasarkan jalur riwayat Ibn Abi Asim seperti yang disebutkan oleh al-Mizzi dalam Tuhfah al-Asyraf di samping terdapat pelbagai riwayat yang menyokong berkenaan kelebihan daun Sanna. Al-Suyuti juga dalam al-Jami’ al-Saghir menilai hadis ini sebagai sahih.
Riwayat al-Tirmizi, Imam al-Tirmizi meriwayatkan bahawa Asma’ binti Umais ditanya oleh Rasulullah S.A.W.:
“Dengan apa kamu melegakan perutmu?” lalu Asma’ menjawab: “Dengan Syubrum”. Baginda bersabda: “Syubrum itu suatu yang bersifat sangat panas”
kata Asma’: “kemudian aku menyucikan perutku dengan daun Sanna.”
Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: Jika ada suatu ubat yang boleh menyembuhkan dari kematian sudah tentu ia adalah daun Sanna. (Riwayat al-Tirmizi: 2007)
Kesimpulan:
Teh Senna tidak berkesan untuk semua orang yang mencubanya. Jika anda tidak melihat perbezaan dalam najis anda selepas mengambil jumlah yang disyorkan, jangan tambahkan pengambilan anda. Ini boleh mengakibatkan kesan yang tidak diingini. Apa-apa pun, jika ingin mengambil atau mencuba, hendaklah kita merujuk dulu kepada pakar kesihatan yang lebih arif dari kita.
Sekian, perkongsian review pada kali ini mengenai produk yang sering di viralkan dan menjadi trending pada ketika ini, iaitu teh daun sanna,
Leave a Reply