• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Tauhu Berlauk Gebu Dan Sedap.

by shazylin
January 20, 2022Filed under:
  • resepi

Tauhu Berlauk Gebu Dan Sedap.

Assalammualaikum dan hai.

Slot entri resepi kali ini berkenaan makanan yang mengenyangkan dan paling penting akan di sukai oleh ramai orang.

Siapa di sini suka makan tauhu? Tauhu yang macam mana korang suka makan? Tauhu goreng  sahaja, atau tauhu yang di olah mengikut kreativiti , di campur dengan pelbagai bahan dan paling penting ia adalah makanan sihat dan mengenyangkan tanpa perlu makan nasi.

Resepi kali ini adalah berkaitan dengan tauhu berlauk gebu. Tetapi sebelum di share mengenai resepi ini, mari kita baca dan renungkan mengenai topik menarik iaitu rezeki.

Rezeki merupakan salah satu pemberian yang di berikan oleh pencipta kepada makhluk yang di kehendakinya. Setiap orang yang lahir di dunia ini, mempunyai rezeki, Rezeki kita ada di langit, dan jangan kita mengeluh.

Di dalam surah az zariyat ayat 22, berbunyi ;

Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan apa yang dijanjikan kepadamu

Ayat ini menerangkan bahawa , jika kita memahami ayat ini, maka tidak pernah kerisauan dalam hatiku lagi terhadap urusan rezeki.

Rezeki kita kat mana? rezeki kita kat langit dah ada dah, dan dia akan turun kepada kita . Allah akan turunkan rezeki itu kepada kita . Rezeki itu akan datang kepada kita ikut kehendak Allah.

Di mana Allah jamin rezeki kita. Kalau kita faham betul-betul ayat az-zariyat ini, Ya Allah nikmat sangat hidup , tak payah susah-susah nak berfikir, nak serabut kepala fikir pasal rezeki.

Percayalah, yakinlah , dalam urusan rezeki , hati kita tak perlu berkeluh kesah .

Berbalik semula kepada entri asal kita, percaya tak jika kita rajin berkongsi makan dengan ahli keluarga kita , maka rezeki kita akan sentiasa mencukupi.

Jom kita terokai resepi Tauhu Berlauk Gebu Dan Sedap. Kita beli bahan-bahan, masak dan kongsi dengan orang sekeliling.

Dalam entri ini seperti biasa penulis akan lanjutkan mengenai bahan-bahan, cara awalan penyediaan dan cara memasak dari awal sehingga jadi.

Resepi kali ini , penulis sediakan bagi 8 orang makan.

Bahan-bahan Tauhu Berlauk Gebu.

  • 6 keping tauhu putih segi empat
  • 5 bungkus tauhu telur berbungkus
  • 2 ketul pati kiub ayam
  • 3 ketul isi dada ayam
  • 2 biji lobak
  • 2 biji bawang holland
  • 1 ikat daun sup
  • serbuk lada sulah
  • serbuk lada hitam
  • air secukupnya

 

 

 

Boleh baca juga : Asam Pedas Ikan Patin Melaka Style.

boleh kunjungi juga untuk isu semasa di buletin dunia.

 

 

 

Cara Awalan Penyediaan

Pertama, blend bahan – bahan di bawah ini sehingga halus ye. Blend sehingga sebati dan hancur. Bahan-bahannya adalah seperti ini:

  • 6 keping tauhu putih segi empat
  • 5 bungkus tauhu telur berbungkus
  • 2 ketul pati kiub ayam
  • 3 ketul isi dada ayam

Selepas siap blend, masukkan bahan tersebut di dalam bekas bekas.

 

Kedua, potong halus-halus bahan ini. Sudah potong, basuh, toskan air dengan segera. Antara bahan yang perlu di potong halus ialah :

  • 2 biji lobak
  • 2 biji bawang holland
  • 1 ikat daun sup

 

Ketiga, bahan yang telah di blend tadi, di campurkan sekali dengan bahan yang telah di potong halus. Kacau sehingga rata, dan masukkan secukupnya serbuk lada sulah dan lada hitam. Lagi banyak lada sulah dan lada hitam, lagi sedap ye.

 

Keempat, masukkan ke dalam cubik untuk siap sedia di kukus.

 

 

Cara memasak:

 

Tauhu Berlauk Gebu Dan Sedap.

Pertama, isi tempat kukus dengan air, panaskan tempat kukus dan tunggu sehingga air mengelegak.

 

 

Tauhu Berlauk Gebu Dan Sedap.

Kedua, masukkan cubik yang berisi tauhu tadi, kukus sehingga ia keras. Tips nak kukus, pastikan korang tutup cubik tersebut dengan kain untuk mengelakkan air kukusan masuk ke dalam tauhu tersebut. Kalau tidak, selepas masak, korang kena keluarkan air tersebut.

Cuba cucuk dengan lidi, untuk tahu sama ada sudah keras atau belum.

 

Tauhu Berlauk Gebu Dan Sedap.

Ketiga, keadaan tauhu berlauk selepas keluar di cubik kukus dan di sejukkan , sebelum di potong untuk di goreng.

Bagi acara untuk menggoreng, anda perlu sediakan 1 biji telur, sedikit tepung jagung. Kocak telur semupa sebati dengan tepung jagung.

Kemudian panaskan minyak di dalam kuali. Celup tauhu yang telah di potong tadi kedalam telur dan goreng sehingga masak.

Maka, hasilnya adalah seperti berikut. Taraa.. SIAP!.

Penulis mnggunakan kicap pedas mahsuri sebagai pencecah. Senang, mudah dan cepat.

 

hasilnya

 

Lebihan yang belum di goreng, penulis frozen kan , mudah untuk di goreng bila-bila masa.

Penulis lebih suka membuat sendiri, berbanding beli dngan orang, buka tak nak support tapi bila buat sendiri , hati kita akan puas dan akan dapat dalam kuantiti yang banyak.

Bila kita kongsi rezeki dengan orang lain, terutama rezeki makanan, insyaallah rezeki kita mudah .

Sekian, entri resepi kali ini.

Semoga mendapat pahala dengan berkongsinya

sekian.

 

 

 

Tagged:
  • Tauhu Berlauk Gebu

Post navigation

Previous Post Cara Doa Minta Rezeki Lancar.
Next Post Susu Pisang Farm Fresh Giveaway.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com