Sijil SPM Hilang.
Sijil persekolahan amatlah penting untuk seseorang pada masa hadapan. Ini kerana, pada zaman sekarang untuk kita memohon sesuatu seperti pekerjaan atau ingin sambung belajar, semuanya perlu certified true copy (CTC). Untuk melakukannya, kita perlukan sijil yang original supaya pengesahan dapat di lakukan oleh pegawai tertinggi.
Apa itu certified true copy (CTC)?
Salinan disahkan benar (CTC) ialah salinan dokumen yang dicop dan ditandatangani sebagai salinan asli yang asli oleh seseorang yang dibenarkan mengambil pengisytiharan.
Dengan adanya CTC, baru sijil original kita di perakui apabila kita ingin memohon sesuatu seperti permohonan memohon pekerjaan.
Sijil SPM adalah penanda aras bahawa anda sudah habis belajar, wahima untuk memohon kerja kilang pun, sijil SPM amat di perlukan. Jika anda tidak membuat file segala sijil pada zaman sekolah anda, sudah tentu ianya berteratur dan merata-rata tempat. Bahkan, pasti akan hilang di saat kita perlukan.
Justeru di dalam artikel ini, akan di kongsikan bagaimana cara untuk mendapat sijil SPM hilang hanya dengan mengklik di hujung hari sahaja, tanpa anda perlu walk in ke Putrajaya seperti biasa.
Dimana, anda hanya perlu melayari carian google lembaga peperiksaan, dan daftar sebagai pengguna baru. Di dalam sistem tersebut, bukan hanya sijil SPM je anda boleh dapatkan, bahkan pelbagai lagi sijil lain jika anda telah hilang. Antaranya ada;ah seperti berikut:
Terdapat beberapa sijil peperiksaan yang boleh dituntut melalui sistem e-Lembaga Peperiksaan ini iaitu:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
- Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
- Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Malaysia Certificate of Education (MCE)
- Penilaian Menengah Rendah (PMR)
- Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
- Lower Certificate of Education (LCE)
Sijil SPM Hilang?. Mohon Je Online. Mudah.
Langkah pertama:
Anda perlu layari PORTAL RASMI e-LEMBAGA PEPERIKSAAN terlebih dahulu. Kemudian, anda perlu daftar sebagai pengguna dahulu. Paparan adalah seperti berikut;
Kemudian baru boleh login menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Langkah Kedua:
Setelah log in, akan keluar paparan seperti berikut. Anda perlu klik bahagian ‘Perkhidmatan’ di sebelah kiri paparan.
Langlah ketiga:
Kemudian, akan keluar paparan salinan keputusan. Anda pilih inginkan salinan keputusan yang mana. Paparan adalah seperti berikut :
Langkah 4:
Klik sijil SPM, sebab yang hilang sijil SPM kan? Kemudian akan keluar paparan masukkan no.kad pengenalan. Selesai masuk no.kad pengenalan dengan betul, maka akan keluar secara details maklumat yang lain juga seperti nama , alamat serta tahun peperiksaan.
Kemudian pilih sama ada sijil peperiksaan tersebut ingin dihantar melalui pos atau mengambil di kaunter Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Apabila selesai membuat pilihan, klik butang ‘Mohon’ untuk membuat permohonan.
Buat bayaran dan hantar permohonan.
Selesai.
Penutup:
Untuk sebarang pertanyaan mengenai sistem e-Lembaga Peperiksaan ini, sila hubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03-8884 3785/3787 atau email ke khidmatbantu.lp@moe.gov.my.
Leave a Reply