Cucuk Duit Tanpa Kad ATM Maybank.
Teknologi yang semakin berkembang pada detik dan masa pada ketika ini, turut tidak melepaskan peluang kepada MAYBANK untuk turut sama selangkah besar ke hadapan dengan melaksanakan strategi Cucuk Duit Tanpa Kad ATM Maybank.
Ini hanya di MAYBANK sahaja. Konsep yang tersangat mudah dan yang pastinya pengguna MAYBANK pasti tersenyum hati. Mana kan tidak, telah ada cara baru untuk keluarkan duit tanpa perlu ada kad ATM. Keluarkan wang dengan cara tanpa sentuh hanya dengan mengimbas kod QR di ATM Maybank menggunakan aplikasi MAE. Ya, tiada kad ATM!
Akhirnya MAYBANK maju selangkah ke hadapan seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini.
Dalam artikel ini, penulis akan kongsikan bagaimana kaedahnya. Nampak menarik bukan?.
MAYBANK telah memperkenalkan ATM Cash-out pada aplikasi MAE. Dengan hanya beberapa ketikan, anda kini boleh mengeluarkan wang dengan cara tanpa sentuh dari ATM Maybank, tanpa kad ATM anda dan perlu menyentuh ATM.
Cucuk Duit Tanpa Kad ATM Maybank.
Jom terokainya dengan lebih mendalam!.
Pertama kali, anda perlu ada MAE Apps. Jika anda tiada aplikasi MAE, anda perlu install di telefon bimbit anda.
Bagi pengguna android klik sini : install MAE
Kemudian masukkan referal code :SBA10095
Bagi pengguna yang sudah ada MAE, ikuti langkah di bawah satu persatu untuk memastikan anda berjaya aktifkan .
Langkah 1:
Buka apps MAE anda, kemudian tekan perkataan Manage.
Langkah 2:
Akan muncul paparan Customise Top Actions. Kemudian, anda search available service, cari ATM Cash-Out. Gantikan salah satu ‘Tindakan Pantas’ dengan ‘ATM Cash-out’ dan simpan perubahan.
Langkah 3:
Kemudian, anda akan di bawa kepada paparan quick action. Gambar seperti di bawah;
Tab perkataan ATM Cash-out, Kemudian, anda akan di minta masukkan kata laluan M2U anda.
Masukkan kata laluan anda.
Langkah 4:
Tab perkataan ATM Cash-out, Kemudian, anda akan di minta masukkan kata laluan M2U anda.
Masukkan kata laluan anda. Selepas itu, anda akan peroleh OTP .Klik tab perkataan Confirm.
Langkah 5:
Selesai OTP, Anda akan dapat menggunakan ATM Cash-out dalam masa 24 jam.
Anda juga boleh membayar zakat juga di apps MAE. Caranya tersangat mudah. Penulis lampirkan guideline.
Cara Bayar Zakat Fitrah Guna MAE.
Leave a Reply