Guna Apps MAE Je Keluar Duit ATM.
Assalammualaikum dan hai.
Teknologi yang semakin berkembang pada detik dan masa pada ketika ini, turut tidak melepaskan peluang kepada MAYBANK untuk turut sama selangkah besar ke hadapan dengan melaksanakan strategi Cucuk Duit Tanpa Kad ATM Maybank.
MAYBANK telah memperkenalkan ATM Cash-out pada aplikasi MAE. Dengan hanya beberapa ketikan, anda kini boleh mengeluarkan wang dengan cara tanpa sentuh dari ATM Maybank, tanpa kad ATM anda dan perlu menyentuh ATM.
Pada artiklel yang lepas, ada penulis kongsikan Cucuk Duit Tanpa Kad ATM Maybank.
Di dalam artikel tersebut ada menceritakan bagaimana Apps MAE boleh di gunakan untuk kita keluar duit di mesin ATM maybank tanpa kita perlu membawa kad debit kita. Terdapat beberapa langkah yang perlu pengguna Maybank lakukan bagi menjayakan transaksi keluar duit tanpa perlu atm debit kad.
Ini link nya (Cucuk Duit Tanpa Kad ATM Maybank) untuk korang follow rapat-rapat stepnya sehingga berjaya. Yang pastinya ia mudah dan tidak susah mana pun.
Seterusnya, dalam artikel ini akan menceritakan apabila korang sudah berjaya aktifkan ATM Cash-out dalam masa 24 jam, jadi bagaimana langkah seterusnya Guna Apps MAE Je Keluar Duit ATM.
Untuk kemudahan ini, di sini penulis lampirkan setakat ini, senarai Mesin ATM Maybank Boleh Guna Apps MAE.
simple je.
Guna Apps MAE Je Keluar Duit ATM.
Langkah pertama, korang kena pergi ke mesin ATM Maybank. Kemudian, sesudah sampai, korang buka apps MAE.
Selepas itu, kalau korang perasaan , ada QR Code Scanner, selepas anda on apps MAE.
Korang tekan QR Code Scanner tersebut.
Gambar seperti di bawah;
Langkah 2:
Anda scan QR Code dekat paparan skrin ATM Maybank tersebut.
Gambaran seprti di bawah ye:
Langkah 3:
Selepas itu, akan keluar paparan suruh authrorize scan jari anda. Jadi, anda lakukan nya.
Paparan seperti berikut:
Langkah 4:
Masukkan jumlah yang anda inginkan untu tujuan pengeluaran. Kemudian, tekan tanda right.
Langkah 5:
Selepas selesai, anda pilih anda ingin keluarkan duit sama ada guna akaun MAE atau akaun saving. Akan keluar paparan seperti berikut:
Langkah 6:
Kemdian, tunggu pengeluaran duit dari mesin di proses. Apabila selesai, anda boleh ambil duit anda di ATM.
Mudah kan?
Selepas pengeluaran selesai, anda ada pilihan sama ada ingin simpan resit atau tidak. Akan keluar penyata pengeluaran di telefon bimbit anda.
Paparan seperti berikut:
Leave a Reply