Sambal Tempe Bilis Kacang Tanah Sedap.
Siapa sini suri rumah tangga? Pasti anda buntu apa menu untuk masakan setiap hari kan?
Begitu juga dengan penulis. Mana tak buntunya, sebab suami penulis bukan jenis yang suka makan lauk hari-hari.
Jadi penulis perah otak, fikir apa aku perlu masak.
Akhirnya dapat idea. Maka Terjadilah resepi Sambal Tempe Bilis Kacang Tanah Sedap.
Memandangkan beliau amat suka tempe serta pelbagai kekacang, akhirnya penulis ambil keputusan untuk memasak resepi ini.
Menu ini penulis gandingkan dengan kangkung goreng belacan serta di hidangkan dengan nasi panas, memang sedap tak terkata.
Jom, tanpa membuang masa, penulis kongsikan resepinya. Anda patut cuba taw, sebab nampak seperti susah, tetapi sebenarnya senang je. Hanya kesabaran yang di perlukan.
Apabila anda ikhlas memasak, mesti masakan menjadi sedap.
Jika anda peminat tempe, anda juga boleh mencuba resepi tempe goreng berlada crunchy.
Seperti biasa, penulis akan senaraikan bahan-bahan masakan, serta cara masakan.
Resepi Sambal Tempe Bilis Kacang Tanah Sedap.
bahan-bahannya ialah;
- 2 keping tempe
- segenggam kacang tanah
- segenggam ikan bilis halus
- tepung jagung
- minyak masak
- bawang merah 4 biji
- bawang besar 1 biji
- bawang putih 3 biji
- 6 tangkai cili besar merah
- 8 tangkai cili padi
- setengah biji tomato
- garam
- ajinomoto
- serbuk lada sulah
- sedikit gula melaka.
Cara Awalan Penyediaan Resepi Sambal Tempe Bilis Kacang Tanah Sedap.
Pertama, 2 keping tempe di potong halus. Tujuan potong halus supaya apabila goreng, ia akan menjadi crunchy. Kemudian, gaul tempe dengan tepung jagung,
Kedua, segenggam ikan bilis di cuci bersih serta di toskan airnya. Kemudian, gaulkan iakn bilis dengan tepung jagung.
Ketiga, blend kasar bahan untuk sambal. Antara bahan untuk sambal ialah ;
- bawang merah 4 biji
- bawang besar 1 biji
- bawang putih 3 biji
- 6 tangkai cili besar merah
- 8 tangkai cili padi
- setengah biji tomato
Cara Memasak Resepi Sambal Tempe Bilis Kacang Tanah Sedap.
Pertama, panaskan sedikit minyak, kemudian kacang tanah di goreng sehingga masak. Kemudian, letak di dalam bekas.
Kedua, letakkan lebih sedikit minyak untuk kita masak tempe dan ikan bilis yang telah di gaul dengan tepung jagung. Goreng asing-asing ye . Apabila sudah masak, toskan serta letak di dalam bekas kacang tanah.
Hasilnya adalah seperti gambar di bawah;
Ketiga, keluarkan lebihan minyak gorengan tadi, kemudian tumis bahan sambal yang telah di blend tadi. Tumis sehingga masak. Masukkan garam, ajinomoto serta sedikit gula melaka. Masak sehingga sambal pekat.
Keempat, tutup api. Kemudian tunggu sambal sedikit sejuk dan gaulkan kesemua bahan yang telah di goreng tadi. Dan sedia untuk di hidangkan.
Leave a Reply