Senarai Bantuan Banjir Terkini 2022.
Assalammualaikum dan hai.
Artikel info kali ini berkaitan dengan Senarai Bantuan banjir yang akan di berikan oleh kerajaan kepada mangsa banjir yang terlibat.
Sejak kebelakangan ini, dapat kita perhatikan bencana banjir yang begitu teruk melanda di setiap negeri, sehingga ada yang terkorban nyawa semasa ingin menyelamatkan diri .
Tidak lupa juga , kemusnahan yang di hadapi setiap penduduk yang mengalami bencana tersebut sehingga harta benda mengalami kerosakan total lost anpa boleh di ambil dan di perbaiki.
Justeru itu, Perdana Mneteri Malaysia telah membuka mata bagi memberi bantuan banjir kepada mangsa mangsa yang terlibat.
Di dalam ucapannya, kerajaan Malaysia berusaha sehabis baik bagi membantu keluarga yang terjejas teruk di sebabkan bencana tersebut.
baca juga: Portal Banjir Terkini Seluruh Malaysia.
Berikut Senarai Bantuan Yang Diberikan Oleh Pihak Kerajaan Kepada Mangsa Banjir.
Bantuan Wang Ihsan RM1000.00
Setiap ketua isi rumah yang yang mengalami banjir , kerajaan telah bersetuju memberi wang ilsan RM1, OOO.00 , di mana akan memanfaatkan seramai 45,000 ketua isi rumah.
Permohonan ini boleh di buat dengan menghubungi Pejabat Daerah dan PPS masing-masing.
Antara syarat-syarat untuk memohon wang ihsan ini ialah :
- Diberikan kepada ketua isi rumah warganegara malaysia sahaja.
- Pegawai daerah mesti sahkan permohonan tersebut.
- Bantuan hanya dapat sekali sahaja . Sekiranya apda bencana yang lepas telah lulus permohonanm dan berlaku lagi sekali banjir, maka permohonan kedua tidak dapat di pertimbangkan lagi.
Baucer Tunai RM500.00
Kerajaan Malaysia juga memberikan baucer tunai RM500 kepada setiap mangsa banjir untuk membeli peralatan barangan elektrik yang rosak akibat bencana banjir. Pembelian boleh dibuat di premis atau di platform e-dagang yang diiktiraf oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Setiap ketua isi rumah yang layak boleh memohon dan mendapatkan baucar bernilai RM500 semasa membuat pembelian di premis terpilih atau melalui platform online seperti Lazada, Shopee dan PGMall.
Program ini akan dilaksanakan bermula 7 Januari 2022.
UPAH TUNDA KENDERAAN DI KECUALIKAN DAN DISKAUN ALAT GANTI KENDERAAN.
Berita baik bagi pemilik kenderaan yang mengalami musibah banjir, di mana syarikat kenderaan telah menawarkan upah tunda kenderaan secara percuma untuk di baiki. Selain itu, PERODUA DAN PROTON berbesar hati untuk memberikan diskaun 50% untuk alat ganti kenderaan, manakala bagi syarikat kereta lain pula, mereka telah sepakat bersetuju untuk memberikan diskaun 25% bagi alat ganti kenderaan di pusat yang berdaftar.
BAUCER TUNAI RM1,000 UNTUK PEMBAIKAN KERETA.
Baucar RM1,000 untuk pembaikan atau pembelian bagi menggantikan kenderaan peribadi rosak total antara inisiatif diberikan kerajaan kepada mangsa banjir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif diperkenalkan itu dapat meringankan beban mangsa banjir yang mengalami kerosakan kenderaan peribadi mereka.
RM5,000 TUNAI UNTUK PEMBAIKAN RUMAH.
Kerajaan Malaysia juag memberikan bantuan tunai RM5, 000 untuk kerja -kerja pembaikan rumah yang mengalamki kerosakan yang tidak serius.
KERAJAAN SENDIRI AKAN BAIK PULIH RUMAH BANJIR TIDAK BOLEH DUDUKI BERMULA RM15, 000 SEHINGGA RM56, 000.00
Bagi rumah yang telah musnah total lost , kerajaan sendiri akan membaik pulih rumah tersebut yang bermula kos pembaikan RM15,000 sehingga RM56,000.00
BANTUAN WANG TUNAI RM2,500.00
Semoga kesemua inisiatif di atas dapat membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat banjir. Sama-sama kita berusaha dan berdoa agar impak bencana banjir ini dapat ditangani dengan segera agar kita boleh menumpukan usaha kepada pemulihan dan pertumbuhan ekonomi pada tahun hadapan.
Leave a Reply