Semak BKM 2022.
Assalammualaikum dan hai.
Entri info pada hari ini berkenaan bajet 2022 yang telah di umumkan oleh Menteri Kewangan kita buat rakyat Malaysia. Ianya adalah peruntukan khas untuk rakyat bagi meringakan beban.
Bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”, bajet kali ini telah memfokuskan kepada rakyat, di mana Menteri Kewangan kita mengumumkan BKM 2022.
Berita baiknya tentang BKM 2022 ini ialah penerima Geran Prihatin Rakyat (GKP) yang sebelum ini gagal mendapatkan kelulusan BKC dan BPR, kerajaan dengan berlapang hati akan mempertimbangkan BKM ini kepada golongan GKP dengan memenuhi syarat-syarat yang akan di tetapkan.
Mohon Dan Semak BKM 2022.
Mengikut pengumuman semasa bajet 2022 di bentangkan, rakyat malaysia boleh membuat permohonan baru beserta kemaskini maklumat bermula dari 1/1/2022-31/1/2022. Ini tertakluk pada pindaan dari semsa ke semasa.
Mengikut pada data yang lepas, BKM juga akan menggunakan data dari BKC , Jadi anda juga boleh menyemak data BKC dan simpan segala data menggunaka pdf sebagai rujukan pada permohonan BKM 2022 nanti.
laman web BKM 2022 ialah https://bkm.hasil.gov.my/
Bagi kategori Isi rumah ialah perkara pertama yang akan di lihat adalah dari segi pendapatan. Pendapatan RM5,000 dan ke bawah adalah layak. Yang menariknya pada BKM kali ini ialah kerajaan memberi bantuan mengikut bilangan anak .
Jumlah bantuan BKM isi rumah adalah bermula dari RM1,000-RM2,000.
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH:
CONTOHNYA :
- Jika pasangan yang sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak serta pendapatan keseluruhan isi rumah ada RM2,500 dan ke bawah maka mereka akan mendapat bantuan RM1, 000.00
- Jika pasangan yang sudah berkahwin dan mempunyai bilangan anak 1-2 orang serta pendapatan keseluruhan isi rumah ada RM2,500 dan ke bawah maka mereka akan mendapat bantuan RM1, 500.00
- Jika pasangan yang sudah berkahwin dan mempunyai bilangan anak melebihi 3 orang serta pendapatan keseluruhan isi rumah ada RM2,500 dan ke bawah maka mereka akan mendapat bantuan RM2, 000.00
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501 -RM5,000 KE BAWAH:
CONTOHNYA :
- Jika pasangan yang sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak serta pendapatan keseluruhan isi rumah adaRM2,501 -RM5,000 dan ke bawah maka mereka akan mendapat bantuan RM400.00
- Jika pasangan yang sudah berkahwin dan mempunyai bilangan anak 1-2 orang serta pendapatan keseluruhan isi rumah ada RM2,501 -RM5,000 dan ke bawah maka mereka akan mendapat bantuan RM600.00
- Jika pasangan yang sudah berkahwin dan mempunyai bilangan anak melebihi 3 orang serta pendapatan keseluruhan isi rumah ada RM2,501 -RM5,000 dan ke bawah maka mereka akan mendapat bantuan RM800.00
Bagi kategori Warga Emas Bujang/ tiada pasangan pula dua perkara di titik beratkan .Perkara pertama yang akan di lihat adalah dari segi pendapatan. Perkara kedua adalah had umur. Pendapatan RM5,000 dan ke bawah adalah layak serta mempunyai had umur 60 tahun dan ke atas.
Jumlah bantuan BKM Warga Emas Bujang/ tiada pasangan adalah RM600.00
Bagi kategori BUJANG ialah perkara pertama yang akan di lihat adalah dari segi pendapatan. Pendapatan RM2,500 dan ke bawah adalah layak.
Jumlah bantuan BKM Warga Emas Bujang/ tiada pasangan adalah RM350.00
BANTUAN TAMBAHAN Bantuan Keluarga Malaysia 2022.
Menteri kewangan juga telah mengumumkan sesuatu yang istimewa iaitu bantuan tambahan bagi ibu atau bapa tunggal/warga emas/bujang yang layak mengikut syarat yang telah di tetapkan.
Tambahan RM500 kepada ibu/ bapa tunggal yang tinggak bersama dengan isi rumah atau tambahan lagi RM300 bagi warga emas/bujang yang berumur 60 tahun ke atas bagi syarat yang telah di tetapkan.
BERITA BAIK PENERIMA GKP , ANDA JUGA AKAN LAYAK JIKA:
Berita baiknya tentang BKM 2022 ini ialah penerima Geran Prihatin Rakyat (GKP) yang sebelum ini gagal mendapatkan kelulusan BKC dan BPR, kerajaan dengan berlapang hati akan mempertimbangkan BKM ini kepada golongan GKP dengan memenuhi syarat-syarat yang akan di tetapkan.
Leave a Reply