• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Portal Banjir Terkini Seluruh Malaysia.

by shazylin
January 2, 2022Filed under:
  • info

Portal Banjir Terkini Seluruh Malaysia.

 

Assalammualaikum dan hai.

Entri info hari ini berkaitan satu rujukan  buat anda semua untuk kepentingan bersama.

Banjir merupakan satu bencana alam yang tidak dapat di kawal oleh kita. Segala kemusnahan dan wujudnya banjir di sebabkan oleh tangan-tangan manusia yang lalai dan mempunyai kepentingan diri sendiri.

Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan itu di naiki air atau di tengelami terus.

Jika anda ikuti isu semasa sekarang, Malaysia pada tahun 2021-2022 kerap berlaku banjir dan anda lihat bagaimana survivenya mangsa – mangsa banjir ketika mereka melihat rumah mereka di tengelami air , semua aset musnah dalam sekelip mata.

Banjir sememangnya berlaku di sebabkan apabila hujan lebat yang berterusan tanpa henti, sehingga air melimoah ke jalan raya. Tetapi tahukah anda bagaiman ia boleh berlaku?

 

 

banjir boleh berlaku

Bagaimana banjir boleh berlaku?

Ada beberapa punca yang dapat di kenalpasti antaranya adalah seperti :

Hujan yang berterusan

Hujan yang berterusan serta lebat tanpa henti menyebabkan air di dalam paras sungai serta longkang meningkat dengan cepatnya. Ini menyebabkan air melimpah sehingga ke jalan raya dan mengakibatkan banjir.

Sistem pembinaan di mana longkang tertutup

Kita lihat kes terbaru iaitu di taman sri muda, bagaimana kawasan tersebut musnah dalam sekelip mata. Banyak  rumah mewah, kereta mewah habis di tawan oleh air lumpur banjir.  Hal ini kerana, projek pembinaan EKVE menyebabkan longkang tertutup, sekali gus mengganggu sistem saliran di kawasan itu. Pada masa sama, air sungai langit serta kerosakan pada empangan air tidak berfungsi, menyebabkan air melimpah ruah ke kawasan taman tersebut tanpa sebarang amaran.

Baca sini : EKVE Faktor Banjir Besar Taman Sri Nanding.

 

Hutan di tarah sesuka hati.

Hutan memainkan peranan penting di dalam mengawal air di permukaan bumi. Kebanyakan banjir besar yang melanda di Malaysia ini adalah di sebabkan banyaknya hutan telah di tarah sesuka hati. Buktinya banjir yang terbaru, di mana rumah penduduk di penuhi timbunan kayu.

Jika tiada hutan atau apa-apa tumbuhan untuk menadah air, air hujan akan terus jatuh ke darat dan ini boleh mempercepatkan kebanjiran.
Banjir yang teruk boleh dianggap sebagai sejenis malapetaka kerana ia boleh menyebabkan banyak kemusnahan harta dan juga merbahaya kepada pelbagai hidupan termasuk manusia

Boleh baca sini : Laman rumah dipenuhi timbunan kayu, pokok besar tumbang akibat banjir

 

 

tips sepanjang musim banjir.

 

Berikut adalah beberapa tip keselamatan yang boleh diamalkan sepanjang musim banjir.

JANGAN SENTUH WAYAR ATAU TALIAN ELEKTRIK

  • Walaupun ramai orang tidak menyedarinya, wayar ini kebanyakannya masih hidup dan boleh membawa maut jika disentuh.
  • Sekiranya anda melihat wayar ini dalam lopak air selepas hujan, jauhi daripadanya sejauh mungkin kerana ia berkemungkinan boleh menyebabkan anda terkena renjatan elektrik.
  • Elakkan meletak kenderaan anda di bawah talian elektrik atau di sebelah tiang utiliti semasa musim tengkujuh.

 

ELAKKAN BERJALAN DALAM AIR

  • Cuba elak melalui lopak air atas jalan. Ia mungkin kelihatan bersih tetapi ia mengandungi pelbagai bakteria, yang boleh membawa penyakit, virus dan jangkitan kulat.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai pilihan lain, pastikan anda sentiasa membasuh kaki anda dengan sabun dan air bersih.
  • Selain itu, jangan memakai stokin basah atau kasut basah kerana kemungkinan besar ia mengandungi pelbagai jenis kuman.

 

BERHATI-HATI DENGAN NYAMUK

  • Nyamuk bertelur dalam lopak air bertakung, sekali gus menjadikan monsun sebagai musim pembiakan untuk serangga ini.
  • Aliran air akan ‘mencipta’ kawasan-kawasan baharu yang berlopak tenang dan ini sangat ideal bagi nyamuk bertelur.
  • Sewaktu tidur, digalakkan memakai baju lengan panjang dan gunakan ubat untuk menghindar kehadiran nyamuk.
  • Sebagai langka tambahan, pasang pelindung nyamuk pada tingkap dan gunakan kelambu

 

MEMANDU DENGAN BERHATI-HATI

  • Elak memandu laju dan mengekori kereta di hadapan anda dengan rapat.
  • Elakkan membuat sebarang pusingan mengejut juga.
  • Berhati-hati dengan penunggang motosikal semasa hujan.

 

CABUT PLAG PERALATAN ELEKTRONIK

  • Cabut plag peralatan elektronik semasa hujan lebat.
  • ini penting terutamanya bagi kawasan yang dinaiki air. Maka, segera matikan dan cabut semua peranti sedemikian sebelum air memasuki rumah anda.

 

SEDIAKAN PAYUNG DAN BAJU HUJAN

  • Tabiat ini bukan sahaja menghalang anda daripada jatuh sakit tetapi juga membantu anda melindungi barangan berharga seperti telefon bimbit dan dompet.
  • Dinasihatkan untuk meletakkan barang-barang anda dalam kantung plastik kecil semasa musim hujan.

 

SEDIAKAN KIT KECEMASAN
Berikut ialah senarai semak item yang mesti ada dalam kit kecemasan anda:

  • Air bersih
  • Krim penghalau nyamuk
  • Termometer
  • Bandage dan kapas
  • Ubat-ubatan
  • Bahan makanan yang tidak mudah rosak
  • Lampu kecemasan dan bateri
  • Set pakaian dan stokin tambahan

 

 

Portal Banjir Terkini Seluruh Malaysia.

Terkini, jika ada bencana banjir , kerajaan Malaysia telah menggariskan beberapa rujukan yang boleh di percayai iaitu dari JABATAN KERJA RAYA (JKR) , JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) DAN METEOROLOGI MALAYSIA (MET).

Rakyat malaysia mesti merujuk kepada PORTAL BANJIR TERKINI , iaitu agensi ini jika berkaitan dengan banjir serta laluan yang alternatif.

 

Semakan Info Banjir di JPS:

KLIK SINI :https://publicinfobanjir.water.gov.my/?lang=en

KLIK SINI : PAGE FACEBOOK

KLIK SINI :PAGE TWITTER

 

Semakan Info JALAN TUTUP/ALTERNATIF BANJIR”

KLIK SINI : http://bencanaalam.jkr.gov.my/index.php

 

SEMAKAN PUSAT KAWALAN BENCANA

KLIK SINI : https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/informasi-bencana

 

 

Tagged:
  • http://bencanaalam.jkr.gov.my/index.php
  • https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/informasi-bencana
  • https://publicinfobanjir.water.gov.my/?lang=en
  • https://twitter.com/JPS_InfoBanjir
  • https://web.facebook.com/publicinfobanjir/about/?ref=page_internal
  • Info Banjir
  • Portal Banjir Terkini

Post navigation

Previous Post Ayam Sambal Simple Dan Sedap.
Next Post Telur Mata Goreng Cili Api.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com