• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Ayam Sambal Simple Dan Sedap.

by shazylin
January 1, 2022Filed under:
  • resepi

Ayam Sambal Simple.

Assalammualaikum dan hai. Salam Satu Keluarga Malaysia.

Resepi entri pada hari ini ialah masakan ayam sambal simple. Entri yang lepas ada di kongsi mengenai ayam sambal , tetapi pada entri ini resepi ini di olah sedikit bagi memberi kelainan. Siapa di sini penggemar ayam?

Masakan pada kali ini, akan di tumis dahulu biji ketumbar bagi menaikkan baunya apabila sudah masak.

 

Jom kita lihat apa kebaikan biji ketumbar ini.

kebaikan biji ketumbar

Kebaikan biji ketumbar adalah seperti berikut :

Salah satu manfaat biji ketumbar adalah untuk mengatasi masalah pencernaan termasuk sakit perut, mual, kejang usus, dan perut kembung.

 

Apabila kita menumis biji ketumbar, ia dapat menaikkan bau kesedapan masakan tersebut.

Jom kita lihat bahan-bahan serta cara penyediaannya.

Pada kali ini , penulis matchingkan menu sambal ayam simple dengan sayur taugeh goreng.

Bahan-bahan :

  • 12 ketul ayam
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • kunyit
  • garam
  • ajinomoto
  • asam jawa
  • tomato
  • 2 sudu sos cili
  • 6 senduk cili kering
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • minyak masak
  • biji ketumbar

 

Cara penyediaan awalan:

  • Ayam di basuh bersih, kemudian letakkan kunyit serta garam.
  • Panaskan kuali, goreng ayam tersebut sehingga kekuningan dan separuh masak.
  • toskan ayam apabila sudah masak.

bahan-bahan tumbuk:

  • ambil 4 biji bawang merah, 1/2 inci halia, 2 biji bawang putih , kemudian tumbuk sehingga hancur.
  • tumbuk 1 batang serai separuh hancur

 

bahan hirisan

  • buah tomato di potong empat.
  • 1 biji bawang besar di hiris-untuk di campur pada ayam

Ayam Sambal Simple Dan Sedap.

Cara masak ayam sambal sedap:

  • Panaskan minyak yang telah di goreng ayam tadi. Kemudian tumis biji ketumbar dan  serai sehingga baik bau. Penulis memang akan letak serai, supaya nanti masakan ayam menjadi wangi.
  • Kemudian, masukkan pula bahan-bahan yang telah di tumbuk tadi. Tumis sehingga kekuningan.
  • Masukkan 6 senduk cili kering. Tumis cili kering sehingga garing Jika minyak terkurang, boleh tambahkan minyak ye.
  • Setelah hasil tumisan cili telah masak dan garing, masukkan air asam jawa. Penulis main agak-agak sukatannya. Jika tiada asam jawa, maka boleh letakkan 1 keping asam keping yang kecil.
  • Perasakan dengan garam, ajinomoto dan sedikit sos, apabila sambal telah masak.
  • Letakkan ayam garam yang telah di toskan, letakkan juga 1 biji bawang besar yang telah di hiris beserta 1 biji tomato .Kemudian gaul sehingga rata.
  • Hidangkan apabila anda telah merasakan masakan anda telah sebati secukupnya.

sekian, entri masakan untuk kali ini.

 

Tagged:
  • Ayam Sambal Simple
  • Kebaikan biji ketumbar

Post navigation

Previous Post Bantuan e-WALLET RM150 -eStart.
Next Post Portal Banjir Terkini Seluruh Malaysia.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com