BKM 2022 : Panduan Permohonan Baru Atau Kemaskini.
Assalammualaikum dan hai.
Bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”, bajet kali ini telah memfokuskan kepada rakyat, di mana Menteri Kewangan kita mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia yang di gantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Mengikut pengumuman semasa bajet 2022 di bentangkan, rakyat malaysia boleh membuat permohonan baru beserta kemaskini maklumat bermula dari 1/1/2022-31/1/2022. Ini tertakluk pada pindaan dari semsa ke semasa.
baca juga : Mohon Dan Semak BKM 2022.
BKM 2022 : Panduan Permohonan Baru Atau Kemaskini.
Mengikut pada data yang lepas, BKM juga akan menggunakan data dari BKC , Jadi anda juga boleh menyemak data BKC dan simpan segala data menggunakan pdf sebagai rujukan pada permohonan BKM.
Pertama kali, anda mesti klik https://bkm.hasil.gov.my/
Selepas itu, akan keluar paparan seperti di bawah :
Klik Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu atau klik Log Masuk BKM bagi melakukan Kemaskini Permohonan – Masukkan No.MyKad serta kata laluan yang telah didaftarkan.
Kata laluan yang di daftarkan adalah sama seperti kata laluan semasa anda memohon BKC pada tahun lepas.
Jika anda terlupa kata laluan yang lepas, anda perlu membuat terlupa kata laluan dan menjawab soalan yang akan di berikan.
Percubaan adalah sebanyak 3 kali sahaja, jika gagal automatik akaun anda akan di sekat dan anda terpaksa turun sendiri ke lembaga hasil bagi melakukan manual permohonan.
2. Setelah Berjaya Log Masuk, paparan menu Kemaskini Permohonan akan dipaparkan.
3. Seterusnya masukkan No. MyKad pemohon diruangan No. MyKad dan klik butang Semak. Kemudian lengkapkan kesemua maklumat pemohon yang bertanda (*) – mandatori. Paparan adalah seperti di bawah :
Kemudian klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap. Pastikan anda upload semua dokumen yang di minta semasa kemaskini, sebelum klik butang teruskan.
Senarai dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan BKM 2022?
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri /
JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam
Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Setelah selesai upload dokumen, paparan ini akan muncul:
Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha. Paparan adalah seperti di bawah :
Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang Perakuan Pemohon berkenaan
Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan.
Tarikh Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ?
Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
CARA PEMBAYARAN BKM 2022
Pembayaran BKM 2022 akan melalui dua kaedah pembayaran iaitu :
Bagi yang mempunyai akaun bank, jika nada lulus makan pembayaran akan terus masuk ke dalam akaun banj yang telah anda daftarkan.
Bagi yang tidak mempunyai nombor akaun bank serta akaun tidak aktif, maka anda boleh pergi ke BSN untuk membuat tuntutan tunai di kaunter BSN.
PENERIMA GKP LAYAK ATAU TIDAK MEMOHON BKM 2022?
Bagi penerima GKP 2021 yang sebelum ini tidak melayakkan anda mendapatkan BPR 2021 DAN BKC 2021, jangan bimbang anda juga boleh memohon BKM 2022. Ini kerana pihak kerajaan akan verifikasikan data anda dari BPR dan BKC bagi melayakkan anda memperoleh juga BKM 2022.
Jika anda adalah pemohon yang baru sahaja hendak memohon, anda di kehendaki membuat permohonan baru. Ini kerana data anda tiada dalam LHDNM.
Leave a Reply