Pengalaman Bersalin Emergency Czer Anak Pertama.
Assalammualaikum dan hai.
Blog ini telah lama di tinggalkan admin, gara-gara pregnancy dan seterusnya bersalin dan berpantang.
Di dalam artikel ini, penulis akan kongsikan perjalanan pengalaman bersalin emergency czer, khususnya khas untuk ibu yang mengandung buat kali pertama.
Nak di ceritakan, sepanjang mengandung, penulis memang ada pembawakan kencing manis (gdm) setelah di test minum air gula oleh klinik kesihatan.
baca sini : GDM Masa Hamil. Pengalaman Ibu GDM.
Disebakan penulis ada kencing manis semasa mengandung, jadi masuk je trimester kedua sehingga trimester ketiga, selalunya ibu yang mengandung akan di refer di 0&g . Begitu juga dengan penulis.
Semasa trimester kedua, segala scan , bacaan air ketuban baby cantik, tetapi masuk je trimester ketiga, masa tu kandungan penulis berusia 37 minggu 2 hari, doktor yang scan perut penulis bagi tahu, bacaan tak cantik.
Dua orang doktor scan perut penulis, Mereka menggunakan doppler. Penulis lupa nama salah seorang doktor tersebut. Doktor yang kedua, nama dia doktor wafiy, dia scan menggunakan alat doppler. Dia bagi tahu, alamak puan, bersabar ye, sebab saya cek guna doppler, salah satu bacaan jadi reverse.
Kemudian , doktor wafiy bagitahu, doppler ini berfungsi untuk cek 3 bacaan di dalam kandungan iaitu ;
- cek tekanan pada tali pusat baby
- cek tekanan pada salur darah otak baby
- cek tekanan darah pada salur rahim ibu
Menurut doktor wafiy, bacaan doppler jadi reverse , di mana uri tak boleh nak supply makanan dan oksigen pada baby penulis. Jadi doktor ambil keputusan untuk tahan penulis terus. Ini kerana, jika lambat, takut bayi akan meninggal di dalam perut.
Bermulalah journey penulis dengan tak ready nak bersalin, terus di daftarkan ke PAC kamar bersalin. Merasalah pelbagai pengalaman dan pakai baju pink untuk pertama kali.
5 jam penulis di PAC, sebelum di masukkan ke wad. Tak silap. lepas asar baru dapat katil tapi sekejap je, sebab selepas cek bacaan CTG, penulis di minta terus masuk ke bilik bersalin.
Pengalaman Bersalin Emergency Czer Anak Pertama.
Penulis di masukkan ke bilik bersalin lewat petang. Masa tu baru tahu, sejuk nak mati bilik tu, Stay sorang-sprang dalam bilik tu, tak di benarkan minum walaupun seteguk air. Jadi di situ, bermula la saat dan detik penulis yang akan penulis kongsikan buat bakal-bakal ibu.

bilik bersalin.
Lepas je penulis di tempatkan di dalam kamar bersalin, penulis di pasang wayar lilit di perut untuk cek bacaan ctg baby. Bacaan ini untuk tengok kadar degupan jantung baby sama ada cantik atau tidak. Penulis kena lilit wayar ini sehingga subuh.
Tepat jam 7 malam, doktor datang. Beliau kata, penulis akan di kenakan induce dua kali iaitu selang 6 jam. Induce pertama, pada jam 9.00 malam, bersama dengan lilitan wayar di perut. Masa tu, belum rasa sakit apa-apa lagi dan bacaan ctg pun cantik.

mesin cek ctg baby
Menjelang jam 3 pagi, penulis di kenakan induce kali kedua. Induce kedua , ya rabbi, terasa badan penulis bergetar getar, dengan sakit kontraksi. Masa sakit tu, wayar ctg masih juga di lilit di perut. Sambil sakit , penulis layan wasap suami beserta wasap dari group family. Lepas subuh, doktor cek bukaan, bukaan walaupun sudah dua induce, masih lagi 2 cm dan bacaan ctg mula tak cantik. Jadi doktor buat keputusan agar penulis perlu lalui czer untuk bersalin.
Jadi lepas subuh, dalam 6 lebih, penulis di masukkan ke bilik pembedahan.
Pengalaman Bersalin Czer
Untuk orang yang pertama kali czer seperti penulis, itulah saat yang paling ngeri, Dan pada masa itu, penulis hanya redha dan jika perlu pilih salah satu, penulis akan pilih anak di lahirkan dengan selamat. Tetapi jika dua dua selamat, anak akan di jaga dengan baik dengan penuh amanah seperti yang di anugerahkan oleh Allah swt.
Semasa di bilik OT, doktor pakar bedah tanya, patient ini kenapa? then nurse jawab emergency czer sebab ctg baby drop. Doktor bedah kata, perut tak nampak, macam mana nak bedah?.. penulis dengar je. Penulis di beri bius separuh badan iaitu (spinal anaesthesia), iaitu bius dari pusat sehingga ke lutut. Manakala bahagian atas, kita akan sedar dan dapat rasa apa yang doktor ini buat pada badan kita. Penulis kena lower section emergency czer untuk keluarkan baby dari dalam perut. Maka dengarlah suara baby, halus je. Masa itu, dah bersyukur sangat sangat.
Yang masih lagi penulis ingat sampai sekarang, perut rasa macam kena jahit dengan mesin jahit. Terasa perut bergegar macam kena mesin jahit, pastu dengar bunyi stepler bagai. Bila bayi dah berjaya keluarr, bayi di pakaikan dengan kain hijau dan dapatlah penulis tengok anak. Sempat doktor perempuan kata, comel je anak awak, puan dapat anak lelaki, berat 2.05kg. Masa operation 20 minit je. laju kan doktor buat keje.haha.
Selepas itu, penulis di bawa keluar ke bilik pemantauan selepas siap operasi czer. Badan penulis shaking, tak tahu la kenapa, sebab pertama kali kan, maybe kesan dari ubat bius rasanya sekali dengan keadaan di dalam bilik operation yang sejuk nak mati.
Pengalaman Bersalin : Masuk Wad Lepas Bersalin
Selepas selesai segalanya, penulis di tempatkan ke wad selepas bersalin. Penulis perlu baring selama 6 jam sebelum boleh bangun, agar luka czer tidak terbuka semula dan baby ada bersama dengan penulis.
Tepat jam 1.00 tengah ari, suami penulis datang untuk melawat dan azankan bayi. Jam 2 petang baru penulis di benarkan bangun dan belajar untuk duduk secara perlahan-lahan.
Pada waktu petang, penulis di ajar oleh nurse untuk cara berjalan selepas czer. Al maklum pertama kali kan. Kira rezeki sebab dapat nurse yang baik semasa berada di hospital.
Untuk makluman, bayi penulis merupakan bayi pramatang, ini kerana walaupun bersalin 37 minggu, tetapi berat tidak mengikut seperti minggu, Jadi, dapatlah gelaran bayi pramatang. Anak penulis di masukkan ke dalam nursery sehari selepas bersalin, kerana bacaan jaundis tinggi. Maka penulis stay di wad selamat 4 hari, di mana 3 hari tanpa baby di sisi.
Maka, bermulalah berpantang dengan bayi pramatang. Bila sebut bayi pramatang, banyak dugaannya. Akan penulis share pada artikel seterusnya nanti.
Demikian, pengalaman Pengalaman Bersalin Emergency Czer Anak Pertama.
Leave a Reply