Bayi Pramatang Jaundis-Pengalaman Penulis.
Assalammualaikum dan hai.
Artikel yang lepas ada perkongsian mengenai pengalaman pertama penulis peroleh zuriat melalui emergency czer.
Maka, di dalam artikel ini akan di kongsi pengalaman sebenar penulis bagaimana menjaga bayi pramatang jaundis.
Ada penulis kongsikan, bayi penulis lahir pada 37 minggu 3 hari, di mana beratnya hanyalah 2.05kg. Di sebabkan ianya kurang berat bawah 2.50 kg dan lahir awal di sebabkan bacaan doppler tidak cantik, maka bermulalah journey penulis menjaga anak amanah illahi ini dengan penuh tanggungjawab.
Sehari selepas di lahirkan , baby penulis di masukkan kedalam nursery setelah doktor kanak-kanak buat pemeriksaan jaundis. Di mana jaundis nya dalam 170 bacaan, hampir ke 200.

anak dah kena angkut, bawa ke nursery
Apabila di masukkan nursery , hati ibu mana yang tidak menangis apabila masa melawat anak di nursey, anak di tutupkan mata dan di letakkan di bawah 2 lampu biru. Anak menangis kerana hanya di pakaikan pampers, tangan di ambil darah dan mata di tutup bagi lindungi mata dari sinaran cahaya biru tersebut.
Baby penulis stay di nursery selama 5 hari. Maka, setiap hari penulis akan berulang alik ke wad nursery bersama suami tercinta. Nasib dapat suami yang sabar, yang sanggup bawa penulis hari hari menggunakan kerusi roda, dan tolak sehingga sampai ke bilik nursery untuk menziarah anak kami yang tercinta.
Hari -hari penulis bertanyakan perkembangan anak kepada doktor yang merawat, kerana hati memberontak ingin bawa anak terus discharge dari wad nursery.
Akhirnya doa di kabulkan, dan genap hari kelima, anak penulis di benarkan discharge setelah bacaan kuningnya menurun setelah doktor on kan ubat antibiotik.
Bayi Pramatang Jaundis-Pengalaman Penulis.
Berpantang di rumah
Setelah bayi di benarkan discharge, maka bermula journey untuk berpantang bersama anak di rumah.
Sehari selepas anak keluar dari nursery, nurse klinik kesihatan telah wasap penulis agar bawa bayi ke klinik berdekatan untuk cek semula bacaan kuning. Menurutnya, bacaan akan naik semula walaupun anak telah discharge.
Memang masin mulut nurse tersebut. Penulis telah bawa anak ke klinik, dan bacaannya ialah 9.90. Keesokkannya penulis bawa anak ke klinik kesihatan untuk ujian ambil darah, dan keputusannya semakin rancak, iaitu bacaan mendadak naik kepada 12.50 pula. Masa tu kepala penulis sudah pening dan buntu.
Setelah di panggil doktor untuk pemeriksaan, doktor cek buku kelahiran anak, kemudian beliau kata jaundis ni akan turun dan naik, terutama jika anak kita lahir dengan berat badan bawah 2.50 dan tengok pada darah ibu juga. Untuk makluman, darah penulis ada jenis A positif, sepatutnya tiada masalah doktor kata, tapi di sebabkan anak lahir bawah 2.50kg, dan berat hanya 2.05kg maka jaundis akan lambat turun. Doktor bagi masa 21 hari, sebelum ujian berkala yang lain perlu di laksanakan.
Anak prolonged jaundis
Genap 21 hari, bacaan anak penulis masih belum mencapai bacaan 5.0, maka anak penulis di kehendaki mengambil sampel darah untuk buat semakan, apakah punca jaundis masih berpanjangan.
Bayangkan anak dah la kecil, pastu kena ambik sampel darah di tangan dan darah di tapak kaki. Korang rasa tak, macam mana sakitnya anak dengan suara yang menangis seperti di dera.
Sampel darah yang di ambil di pergelangan tangan adalah untuk mengetahui sama ada hati masalah , buah pinggang bermasalah atau ada penyakit tiroid.
Penulis ulang alik ke klinik kesihatan sehingga lah hampir nak abis pantang.
Hasil keputusan darah
Setelah beberapa hari , hampir nak abis pantang , bacaan jaundis baby pun turun kepada 4.7, tetapi bacaan keputusan hasil darah tak cantik,kerana doktor memberitahu bahawa bacaan hati anak nak cecah kepada 500. Normal bacaan hati bayi adalah dalam lingkungan 300. Bacaan hati iaitu ALP tinggi , maka bermulalah lagi setelah selesai jaundis, dapat pula surat refer kepada hospital pakar.
Tips turunkan Jaundis
Pelbagai usaha penulis lakukan untuk pastikan kuning anak turun, yelah, siapa yang sanggup berpantang dengan ulang alik ke klinik dalam keadaan berstokin, berkain batik serta dengan keadaan diri czer kan. Jadi ada beberapa tips penulis dan suami study , dan di jadikan ikhtiar antaranya ialah :
- Kerapkan beri bayi susu selang 2 jam sehari. Sebaiknya beri 100 percent susu badan. Jika tiada susu badan, kena ikhtiar untuk adakan susu juga susu badan, antaranya kena kerap makan nasi serta minum air putih.
- Rajinkan diri pergi beli susu kambing yang di dalam botol kaca dan balik, suruh suami panaskan, kemudian beri ibu minum. Kemudian bayi akan menyusu dan mendapat zat dari hasil yang ibu minum.
- Mandikan dengan daun belimbing buluh.
- Ibu kena berpantang dari segi makanan seperti halia, lada hitam dan kunyit.
Next artikel, penulis kongsikan Bacaan Hati (ALP)Bayi Tinggi-Pengalaman penulis .
Leave a Reply