• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Tauhu Sumbat Sayur So Yummy!.

by shazylin
January 26, 2023Filed under:
  • resepi

Tauhu Sumbat Sayur So Yummy!.

 

Assalammmualaikum

 

Musim hujan yang tidak menentu sekarang, mengundang perut berkeroncong memikirkan apa menu yang ingin di makan.

Hari hari mengadap nasi pun jemu, jadi terjadilah menu tanpa nasi. Walaupun tanpa nasi, namum ia mengenyangkan kita sebenarnya.

Ini kerana, menu kali ini adalah berasakan tauhu.

Bagaimana boleh terlintas ?

Ia datang dari ketenangan fikiran.

Maka, terhasillah menu ini.

Jom kita lihat resepinya bagaimana.

Untuk pengetahuan anda, semua bahan, penulis bershopping di mydin. Yelah, dah alang-alang teman suami untuk derma darah di satu loksi, maka barang basah untuk persiapan menu ini pun beli hanya di satu tempat sahaja.

 

Tauhu Sumbat Sayur So Yummy!.

Antara senarai bahan-bahannya ialah :

  • 7 keping tauhu putih

bahan sayur-sayuran untuk di sumbat di dalam tauhu:

  •  1 biji lobak
  • 1 biji timun
  • segenggam taugeh

 

bahan untuk kuah cili:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 2 biji cili api merah
  • gula kabung/melaka
  • air
  • 1 biji asam limau
  • garam
  • serbuk perisa

 

baca juga : Ikan Talapia Stim

 

Cara awalan penyediaan:

Pertama, tauhu putih di bersihkan dan di toskan airnya. Tauhu di belah dua.

Kedua, bahan-bahan sayur seperti timun dan lobak di cuci dan di potong halus-halus, Taugeh pun di cuci bersih. Satukan lobak dan taugeh di dalam satu  bekas.

Ketiga, bahan untuk kuah cili seperti berikut di blend:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 2 biji cili api merah

 

Cara memasaknya:

Pertama, panaskan minyak di dalam kuali dan goreng tauhu tersebut sehingga kekuningan. Kemudian angkat. Selepas itu, belah bahagian tengah tauhu untuk di isi sayur.

Kedua, sediakan satu periuk kecil, masukkan air dan celurkan sayur taugeh dan lobak. Selepas itu, toskan airnya dan satukan dengan timun. Gaul dengan rata.

Ketiga, sediakan periuk kecil, untuk penyediaan kuah. Di mana, masakkan bahan kuah cili yang telah di blend tadi. Satukan juga bahan ini:

  • gula kabung/melaka
  • air
  • 1 biji asam limau
  • garam
  • serbuk perisa

Selepas mendidih dan pekat, boleh angkat dan sejukkan.

Keempat, isikan sayur di dalam tauhu dan anda boleh cicah dengan kuah yang telah masak tadi.

 

Lampiran Gambar

 

Tauhu Sumbat Sayur So Yummy!.

tauhu yang telah siap di goreng

 

Tauhu Sumbat Sayur So Yummy!.

hasil sayur yang di satukan setelah di celur

 

kuah cili yang telah siap masak

 

Tauhu Sumbat Sayur So Yummy!.

tauhu yang telah di isi dengan sayur

 

hasil akhir tauhu sumbat sayur

 

Sekian, entri kali ini. Jika anda teringin untuk mencari telekung olus size, anda boleh mencari di telekung hiqmah.

Tagged:
  • Tauhu Sumbat
  • Tauhu Sumbat Sayur

Post navigation

Previous Post Ikan Talapia Stim Simple Dan Sedap.
Next Post Pengalaman Bersalin Emergency Czer.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com