Ikan Talapia Stim Simple Dan Sedap.
Siapa di sini suka masakan yang stim serta yang fresh?
Anda boleh mencuba resepi yang akan di kongsikan oleh penulis. Ia menu yang sihat dan bebas kolesterol di samping isi ikan akan menjadi fresh apabila sudah masak.
Selalunya , masakan ini orang akan guna ikan siakap. tetapi untuk kali ini, penulis menggunakan ikan talapia.
Rasa yang sedap dan ianya tidak berminyak.
Siapa yang ingin menu sihat dan bebas dari kolesterol, anda boleh mencuba resepi ini.
Memandangkan keadaan penulis yang sedang sarat, jadi menu ini menjadi pilihan encik suami untuk penulis makan. Al maklumlah untuk menjaga kesihatan diri serta kandungan yang semakin membesar.
Tanpa membuang masa, penulis akan share resepi ini untuk anda.
Ikan Talapia Stim Simple Dan Sedap.
Bahan-bahannya ialah :
- 1 ekor ikan talapia.
- 1 biji bawang besar merah
- 1 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 batang bunga kantan
- 4 biji cili besar merah
- 2 biji cili merah pedas
- 1 batang serai
- kunyit serbuk
- 1 biji limau nipis
- garam dan ajinomoto
Cara awalan penyediaan:
Ikan talapia di bersihkan.
Kedua, potong kecil bahan ini, kemudian blendkan sehingga hancur : Bahan ini perlu hancur kerana ,ia perlu di masak sebelum di lumurkan pada badan ikan.
- 1 biji bawang besar merah
- 1 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 batang bunga kantan
- 4 biji cili besar merah
- 2 biji cili merah pedas
- 1 batang serai
- serbuk kunyit
baca juga : Menu Ibu Hamil
Cara memasaknya :
Masukkan bahan yang telah diblend tadi kedalam kuali, kemudian masakkan sehingga ianya pecah minyak. Ia tak perlu letak minyak untuk masak kan pes ini ye.
Kemudian, masukkan garam dan serbuk perisa dan perah dengan air asam limau nipis.
Seterusnya, salutkan ikan dengan pes yang telah di masak dan kukus sehingga masak.
Masa kukus anggaran dalam 1 jam. Dan anda boleh menjamahnya dengan nasi putih atau makan begitu sahaja .
Lampiran gambar Ikan Talapia Stim Simple Dan Sedap.
Leave a Reply