Ikan Panggang Bila Berat Naik Masa Hamil.
Assalamualaikum dan hai.
Hamil merupakan perkara paling gembira buat bakal ibu. Namun begitu, bakal ibu perlu sentiasa memantau kesihatan berat badan.
Ini kerana, setiap timbangan berat ibu, hanya perlu naik hanya beberapa kilo sahaja supaya tidak melebihi berat yang telah tertulis pada buku pink anda.
Jadi, bmi ketika hamil, amat di titik beratkan supaya kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan sentiasa terjaga.
Hal ini kerana, jika bacaan berat anda naik mendadak, ia akan merisikokan diri anda serta bayi, kerana akan terdapat banyak komplikasi sementara menunggu masa bersalin nanti.
Berdasarkan pengalaman penulis, berat badan yang berlebihan ketika hamil boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat di samping akan merisikokan diri anda cepat lelah, letih, emosi tidak stabil serta paling tidak best, anda akan kerap berjumpa dengan nurse selang sehari, untuk memastikan kadar bacaan darah tinggi anda tidak tinggi.
Selain itu, nurse ada juga berpesan pada penulis, seandainya berat badan yang berlebihan, akan menyebabkan baby besar, dan risiko untuk bersalin normal amatlah nipis, kerana baby yang besar, menyebabkan bayi sukar di keluarkan secara bersalin normal, kerana takut bahu bayi tersangkut dan menyebabkan berlaku kecacatan pada bayi. Maka, bersalin secara ceazer (pembedahan) lah satu-satunya cara untuk memastikan bayi anda tidak mengalami sebarang komplikasi.
Jadi, anda ingin bersalin normal atau ceazer?
Justeru, dalam artikel yang lepas ada penulis kongsikan satu menu untuk ibu hamil jika berat mendadak, iaitu menu Ikan Selar Rebus Air Asam.
Dalam artikel ini, akan di kongsikan menu kedua untuk ibu menjaga berat badan ketika hamil, iaitu Ikan Panggang Bila Berat Naik Masa Hamil.
Ikan panggang bukan sahaja boleh di amalkan ketika hamil, bahkan anda boleh amalkan ketika berpantang juga. Ini kerana, ianya bebas dari sebarang minyak.
Untuk pengetahuan semua, ia menu yang mudah di buat. Jom kita lihat resepinya bagaimana.
Menu ini adalah untuk makan seorang sahaja.
Bahan-bahannya ialah :
- 2 ekor ikan selar
- sedikit garam
- kunyit
Alat pembakar:
- kayu arang
- tempat pembakar
Kuah pencicah :
- 1 biji bawang besar
- 4 biji cili api
- 1 biji limau nipis
- kicap manis
Cara awalan penyediaan:
Ikan selar di bersihkan, kemudian di gaul dengan kunyit serta garam.
Kedua, panaskan tempat pembakar, dan masak ikan selar sehingga masak.
Ketiga, cara penyediaan kuah pencicah pula ialah:
- Bahan-bahan seperti bawang besar dan cili api di hiris.
- Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk.
- Potong sebiji limau nipis, dan perah airnya. Kacau dan letakkan kicap manis. siap
Mudahkan? Anda boleh jadikan sayur bayam masak air sebagai portion sayur untuk di makan bersama menu ini. jadi, tidaklah anda terasa tercekik.
Jika anda ingin hadiahkan telekung yang exclusive serta untuk sahabat atau orang kesayangan yang plus size, anda boleh mencari agen telekung hiqmah
Atau anda boleh beli online terus di
KLIK LINK KEDAI TELEKUNG HIQMAH
Leave a Reply