• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Kebaikan Susu Ibu. Penuh Nutrien!.

by shazylin
January 23, 2023Filed under:
  • info

Kebaikan Susu Ibu. Penuh Nutrien!.

 

Assalamualaikum dan hai.

 

Ibu yang selepas melahirkan, mesti teruja untuk menyusukan anak. Manakan tidak, 9 bulan 10 hari menunggu si kecil untuk keluar dan sudah sampai masanya ia di beri susu sendiri tanpa susu bantuan.

Seperti mana kita ketahui, susu ibu merupakan antara susu yang bagus kerana ia di perkaya dengan nutrien semulajadi berbanding dengan susu formula.

Ia merupakan sumber makanan untuk bayi kita . Bayi yang lahir, amat di sarankan untuk di berikan susu ibu  sehingga berusia 6 bulan pertamanya, tanpa perlu pertambahan kepada tambahan makanan lain kepada bayi tersebut.

 

Oleh itu, untuk memastikan anak kita memndapat nutrien yang sihat melalui susu badan, maka ibu juga perlu menjaga tabiat pemakanan supaya anak kita mendapat nutrien yang betul-betul kualiti.

 

 

Terdapat beberapa panduan yang boleh di jadika guideline kepada ibu, agar susu badan kita sentiasa berkhasiat. Antaranya ialah :

 

  • Sentiasa kekal terhidrat

Ibu perlu sentiasa kekal terhidrat. Ini kerana badan yang sentiasa terhidrat lebih mudah menghasilkan susu . Pastikan anda sentiasa minum apabila berasa dahaga. Pertimbangkan untuk minum air limau kerana ia mempunyai beberapa manfaat melebihi apa yang disediakan oleh air kosong.

 

  • Makan makanan yang tinggi protein

Untuk memastikan susu kita sentiasa ada dan tidak mudah kering, maka ibu amat di galakkan untuk makan makanan yang tinggi protein.  Makanan seperti ayam, ikan, telur, produk tenusu, kekacang dan soya adalah sumber protein yang bagus untuk dimasukkan dalam diet anda.

 

  • Lebihkan makanan yang tinggi kalsium

Selain makanan yang tinggi protein, kalsium juga penting untuk penghasilan susu badan.  Sayur-sayuran berdaun, kekacang dan produk tenusu seperti keju dan yogurt semuanya adalah sumber kalsium semula jadi yang hebat.

 

  • Makan makanan yang kaya dengan zat besi

Makanan yang kaya dengan zat besi juga penting bagi memastikan susu badan ibu sentiasa kela berkhasiat. Maka, antara contoh makanan yang kaya dengan zat besi ialah makanan laut, daging merah, ayam, itik, sayur-sayuran hijau, kekacang, dan buah-buahan kering mempunyai sumber zat besi semula jadi yang sangat baik. Zat besi adalah salah satu nutrien yang dikeluarkan secara semula jadi dalam susu ibu anda, tetapi ini bermakna anda memerlukannya yang cukup ketika menyusukan bayi anda.

 

baca juga : Menu Sihat Kacang Almond Untuk Ibu Hamil.

 

 

Kebaikan Susu Ibu. Penuh Nutrien!.

 

 

Cara banyakkan susu badan secara traditional

 

Kebaikan Susu Ibu. Penuh Nutrien!.

  • Makan kacang tanah

kacang tanah kaya dengan protein, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kacang tanah mempunyai protein yang lebih tinggi daripada kacang soya, daging, dan telur!

Selain itu, kelebihan kacang tanah ini dikatakan mempunyai jumlah amino asid yang tinggi dan ini amatlah bagus terutamanya dalam menambah susu badan buat ibu yang baru melahirkan bayi.

 

 

Kebaikan Susu Ibu. Penuh Nutrien!.

  •  Buah longan

Buah longan di katakan mempunyai khasiat yang tinggi di dalam penghasilan susu badan. Zaman sekarang, kita hanya perlu pergi ke supermarket dan beli yang sudah siap sahaja, kemudian minum.

Jika anda terlebih rajin, anda boleh mencari longan kering. Longan kering amat popular di dalam masyarakat cina, kerana mereka merebuskan longan kering tersebut untuk di berikan kepada anak menantu perempuan mereka yang telah bersalin, kerana ia di percayai akan menghasilkan susu badan yang banya.

 

  • Lobak Putih

Jika anda berpantang di kampung, semasa berurut bidan akan meminta suami anda untuk membeli lobak putih. Hanya masakkan rebus air dan makan bersama dengan nasi.

 

Kebaikan Susu Ibu. Penuh Nutrien!.

  • Kurma

Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, sangatlah digalakkan untuk minum susu kurma atau makan kurma sebagai snek di dalam rutin pemakanan Mama untuk menambah kuantiti susu badan.

 

  • Daun sirih

Daun sirih bukan sahaj baik untuk tuaman bayi anda, tetapi ia baik juga jika anda kekurangan susu badan. Hanya layurkan pada api, bagi panas sedikit , kemudian anda tuam pada buah dada anda setiap hari. Inshaallah , akan ada hasilnya.

 

 

sekian, serba sedikit perkongsian mengenai susu ibu.

Oo ye, jika anda sedang mencari telekung plus size sehingga 6 xl, anda boleh kunjungi telekung hiqmah.

Tagged:
  • kebaikan susu ibu
  • susu ibu

Post navigation

Previous Post Batu Tenggek , Port Santai Minum Petang.
Next Post Ikan Panggang Bila Berat Naik Masa Hamil.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com