Menu Sihat Kacang Almond Untuk Ibu Hamil.
Assalammualaikum dan hai.
Pengenalan
Almond sangat di kenali di dalam masakan jika ibu merupakan seorang bakery. Harganya yang sedikit mahal, sesuailah dengan khasiatnta yang ternyata besar. Almond kaya dengan zat besi , yang mana bagus untuk ibu hamil bagi menambahkan kandungan zat besi untuk pembesaran bayi.
Selain itu, pengambilan almond pada kehamilan ternyata juga mempunyai kebaikan lain , antaranya ialah :
- Merangsang perkembangan otak bayi
Ibu mengandung yang rajin makan almond, di mana ia mampu merangsang pertumbuhan otak bayi dengan aktif. Ini di sebabkan almond mempunyai kandungan protein yang tinggi bagi membantu pertumbuhan perkembangan otak bayi.
- Kurangkan gdm (kencing manis)
Gdm merupakan benda yang paling leceh ketika ibu sedang mengandung. Manakan tidak, jika anda tersangkut gdm, jadual harian anda akan penuh dengan slot doktor dan terpaksa on diet , bagi mengawal kadar gula di dalam darah. Ibu mengandung boleh jadikan almond sebagai alternatif bagi mengawal bacaan kencing manis.
- Kurangkan tahap kolesterol
Penulis pasti, pasti ada di antara anda, bukan setakat sangkut kencing manis, bakan juga kolesterol. Jadi, anda boleh jadikan snek almond sebagai makanan anda untuk kawal kolesterol semasa mengandung.
Baca juga : Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi
Almong selain di makan macam itu sahaja, tahukah anda ia boleh di jadikan Menu Sihat Kacang Almond Untuk Ibu Hamil.
Jadi di dalam artikel ini, akan di kongsikan apa yang boleh kita lakukan dengannya selain di jadikan sebagai menu untuk cookies di dalam masakan.
Almond bila kita olah, maka ia akan menjadi makanan sihat bagi ibu mengandung. Jom kita lihat beberapa jenis menu berdasarkan kacang almond.
Menu Sihat Kacang Almond Untuk Ibu Hamil.
- Smooties kacang almond
Tahukah anda, smooties boleh di jadikan sebagai menu anda . Di mana , anda boleh gunakan susu segar kambing , blend denga kacang almond. Ia akan menjadikan smooties paling hebat dan sedap yang baik untuk anda minum. Jika anda mengalami masalah kencing manis @ gdm / diet on control semasa hamil, anda boleh gunakan susu low fat. Ia bukan setakat mengenyangkan anda, bahkan mampu memberi tenaga dan kalsium yang hebat untuk pertumbuhan janin di dalam kandungan.
- Mentega Kacang Almond
Selain di jadikan smooties, anda boleh jadikan kacang almond sebagai mentega kacang almond, Mudah sahaja untuk membuatnya, iaitu almond di bakar, kemudian di blend dan di campurkan di dalam oat. Kemudian, anda boleh sapu di roti wholemeal untuk di jadikan mentega.
Walaupun ianya homemade, tetapi menyihatkan.
- Yogurt Almond
Jika anda mual-mual dan sering mengalami keputihan semasa mengandung, penulis sarankan anda cuba reepi yogurt almond. Cara yang mudah, iaitu, almond di sangai, kemudian di blend halus.
Selepas itu, anda boleh ambil yogurt low fat dan campurkan dengan serbuk kacang almond. Ianya bukan sahaja sihat, bahkan ibu yang mengandung boleh mengurangkan rasa mual.
Kesimpulan
Sekian, beberapa Menu Sihat Kacang Almond Untuk Ibu Hamil untuk perkongsian .
Leave a Reply