• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Cara Uruskan Uri. Panduan Si Ayah Yang Betul.

by shazylin
January 16, 2023Filed under:
  • tips

Cara Uruskan Uri. Panduan Si Ayah Yang Betul.

 

Assalammualaikum dan hai.

 

Saat isteri kita bersalin, bermulalah tanggungjawab si ayah untuk menguruskan uri. Uri ialah plasenta anak yang keluar selepas bersalin. Ianya perlu di uruskan dengan betul, khususnya bagi umat yang beragama Islam.

Ini kerana, Islam mengajar kita agar kebersihan sentiasa di jaga dengan betul.

Untuk pengetahuan anda, uri merupakan peneman dan ianya merupakan sebahagian dari bayi semasa berada di dalam kandungan. Di sebabkan itu, ia perlu di uruskan dengan cara yang betul.

Jadi. apabila sudah bergelar bapa, saat bayi di lahirkan, maka bermulalah tanggungjawab si ayah untuk belajar bagaimana untuk uruskannya.

 

baca juga : Cara Cepat Bersalin

 

 

Cara Uruskan Uri. Panduan Si Ayah Yang Betul.

 

Terdapat beberapa langkah yang si ayah boleh belajar dan ikut langkah yang betul, agar uri bersih dan di uruskan dengan sebaiknya. Antaranya ialah :

 

Bahan yang di perlukan untuk cuci uri :

  • Uri
  • Air paip
  • Garam
  • Asam jawa
  • limau
  • kain putih
  • plastik

 

Langkah-langkah cuci uri:

  • Mulakan dengan membaca bismillah
  • Ambil air paip. cuci bersih-bersih sehingga darah hilang. Tidak perlu guna sabun atau syampu.
  • Kemudian. anda bilas uri dengan air yang bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik.
  • Kemudian, ambil asam jawa dan cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa pada uri dan cuci dengan bersih bagi hilangkan bau darah hanyir. Ini kerana, jika anda tidak cuci dengan bersih dan masih ada bau hanyir, nanti haiwan akan datang dan makan uri tersebut selepas anda tanam.
  • Perahkan perahan air limau bagi mewangikan uri yang telah di cuci bersih.
  • Kemudian, sediakan kain putih dan letakkan uri di atas kain putih tersebut. Balut dan ikat dengan kemas kain tersebut. Kemudian, masukkan di dalam plastik yang mudah reput.
  • Cari kawasan tanah yang bersih.
  • Gali tanah sedalam yang mungkin, bagi mengelakkan haiwan datang dan uri di makan.
  • Timbus tanah dengan kemas supaya tidak mudah di gali oleh haiwan liar.

 

 

Tagged:
  • Cara Uruskan Uri

Post navigation

Previous Post Menu Sihat Kacang Almond Untuk Ibu Hamil.
Next Post Berat Naik Ketika Hamil. Pengalaman Sendiri.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 ยท Shazylin.com