Berat Naik Ketika Hamil. Pengalaman Sendiri.
Assalammualaikum dan hai.
Hamil merupakan perkara yang paling gembira di nantikan oleh setiap wanita. Namum, di sebalik kegembiraan, pasti ada kesedihan. Ini kerana, walaupun hamil, wanita kena tetap juga jaga kenaikan berat badan ketika mengandung.
Masalah berat naik mendadak dalam masa yang singkat pasti akan mengganggu emosi ibu mengandung. Ini kerana, anda akan kerap berulang alik ke klinik kesihatan untuk pantauan doktor. Kenaikan berat badan ketika hamil adalah sesuatu yang normal tetapi tidak boleh secara mendadak.
Berat Naik Ketika Hamil. Pengalaman Sendiri.
Kesan Berat Badan Naik Mendadak Ketika Hamil
Terdapat banyak kesan, jika ibu mengandung mengalami berat badan yang mendadak dalam masa singkat. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, di mana penulis sendiri mengalami kesan kenaikan mendadak sebanyak 3 kilo dalam masa 2 minggu.
Jadi, doktor telah inform kesan yang sangat kritikal iaitu masalah seperti eklampsia, kematian ibu dan bayi (disebabkan oleh darah tinggi) atau masalah bayi yang obes, atau kematian bayi secara mengejut (disebabkan oleh masalah kencing manis sewaktu hamil). Biasanya doktor akan menasihatkan ibu supaya tidak makan berlebihan sehingga menyebabkan diri ibu dan bayi dalam kandungan menjadi obes.
Antara risiko jika berat ibu bertambah secara mendadak ialah:
- Proses kelahiran yang lama
- Gagal untuk lahir secara normal dan perlu dibedah akhirnya
- Penggunaan alat seperti vakum dan forsep bagi membantu kelahiran di mana bayi dan ibu boleh mengalami kecederaan.
- Selepas kepala bayi keluar, bahu pula boleh tersangkut (shoulder dystocia) di mana otot, tulang dan urat saraf bayi boleh cedera dan kecederaan mungkin kekal! Otak bayi juga boleh mengalami kekurangan oksigen.
- Setelah bayi dilahirkan, uri juga besar jika bayi puan besar. Dalam sesetengah kes, ia sukar dikeluarkan. Selepas uri keluar, rahim pula lambat mengecut dan boleh berlaku masalah tumpah darah.
Kesannya, hasil dari perjumpaan doktor, doktor akan periksa sama ada kaki kita membengkak, leher membengkak dan muka sembam. Ini kerana, ia adalah tanda-tanda ibu akan mengalami sawan ketika bersalin.
Alhamdulillah, penulis tiada tanda seperti itu,. tetapi doktor telah menyarakan penulis untuk pergi ke kelas pemakanan untuk berjumpa pakar pemakanan.
Tujuan jumpa pakar kelas pemakanan ialah pakar akan beri nasihat bagi mengelak berat badan naik secara mendadak adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak, berminyak, banyak gula dan tinggi kandungan kalori.
baca juga : Kacang Untuk Ibu Hamil. Ini Manfaatnya.
Selain itu, memandangkan kandungan penulis nak ke 7 bulan dan di tambah berat yang naik mendadak tetiba, jadi penulis kena ulang alik ke klinik kesihatan, untuk memeriksa tekanan darah tinggi dan kencing kotor.
Tiada diet yang terperinci ketika sedang mengandung, si ibu hanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan memastikan setiap pemakanan yang diambil seimbang dengan portion yang sederhana.
Berminat dengan Telekung Sulam French Lace Dari Hiqmah.?
anda boleh buat pembelian terus di kedai melalui link ini:
Jadi bermulalah perjalanan penulis dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan tidak berminyak. Dalam artikel seterusnya, penulis akan kongsikan menu sohat yang penulis amalkan pada akhir trimester kedua sehingga trimester ketiga.
Leave a Reply