Menu Ibu Hamil Jika Berat Mendadak!.
Assalammualaikum dan hai.
Berat yang naik mendadak akan merungsingkan ibu yang mengandung. Hal ini kerana kemahuan untuk makan makin membuak terutamanya selepas muntah dan loya hilang. Kesannya, tanpa di sedari berat naik dengan cepat dan anda akan dapat bebelan dari doktor yang merawat anda.
Dalam artikel yang lepas ada penulis kongsikan sendiri pengalaman penulis mengenai Berat Naik Ketika Hamil.
Di mana Antara risiko jika berat ibu bertambah secara mendadak ialah:
- Proses kelahiran yang lama
- Gagal untuk lahir secara normal dan perlu dibedah akhirnya
- Penggunaan alat seperti vakum dan forsep bagi membantu kelahiran di mana bayi dan ibu boleh mengalami kecederaan.
- Selepas kepala bayi keluar, bahu pula boleh tersangkut (shoulder dystocia) di mana otot, tulang dan urat saraf bayi boleh cedera dan kecederaan mungkin kekal! Otak bayi juga boleh mengalami kekurangan oksigen.
- Setelah bayi dilahirkan, uri juga besar jika bayi puan besar. Dalam sesetengah kes, ia sukar dikeluarkan. Selepas uri keluar, rahim pula lambat mengecut dan boleh berlaku masalah tumpah darah.
Justeru selepas kejadian itu, selesainya je check up di klinik kesihatan, penulis mula mencari menu sihat agar erat sentiasa maintain dan tidak naik terlalu cepat.
Jadi di dalam artikel ini, akan di kongsikan Menu Ibu Hamil Jika Berat Mendadak!.
Menu Ibu Hamil Jika Berat Mendadak ini adalah menu yang tiada minyak langsung di gunakan. Senang cerita menu sihat.
Jom penulis kongsikan menunya :
Ikan Selar Rebus Air Asam
Bahannya ialah :
- 2 ekor ikan selar
- 3 keping asam keping
- air tapis 500 ml
- 2 biji tomato
- 2 ulas cili merah
- 1 ulas ulas besar merah
- 1/2 biji bawang besar
- 1 inci belacan
- air asam jawa secukupnya
- garam
- ajinomoto
Cara Penyediaan Ikan Selar Rebus Air Asam
Pertama, rebuskan ikan bersama dengan asam keping, 500 ml air tapis dan sedikit garam. Masa rebusan dalam 6 minit sahaja.
Kedua, hiris bahan-bahan ini, cuci dan toskan airnya:
- 2 biji tomato
- 2 ulas cili merah
- 1 ulas ulas besar merah
- 1/2 biji bawang besar
Ketiga, belacan di bakar.
Keempat, sediakan mangkuk, satukan semua bahan yang di hiris, bersama dengan belacan bakar, gaulkan. Kemudian, ambil air rebusan ikan dan campurkan dengan air asam jawa. Perasakan dengan perisa.
Kelima, apabila sudah sedap kuahnya, ambil ikan yang telah di rebus tadi, masukkan ke dalam kuah yang telah siap. Ikan dan kuah di gaul sebati dan sedia di hidang.
Lampiran gambar menu untuk di makan:
Leave a Reply