Coretan Kelahiran Anak Pertama.
Assalammualaikum dan hai.
Artikel kali ini berkaitan dengan kelahiran putera sulong penulis yang bernama Addin Ramadhan.
Detik bersejarah si kecil berada di dalam penulis, adalah perkara yang tidak sangkakan. Al maklumlah,penulis lewat untuk mendirikan rumah tangga.
Kewujudan yang tidak sangka, saat malaikat kecil di tiubkan di dalam rahim penulis. Hal ini kerana, penulis dan suami tidak terlalu stress untuk memiliki cahaya mata, tetapi mulut orang sekeliling apakan daya.
Detik mengetahui bahawa ada malaikat kecil di dalam rahim , hanya allah yang mengetahui betapa gembiranya hati kami sekeluarga.
Saat mengandungkannya, alhamdulillah tiada alahan yang teruk dan tiada mengidam benda yang pelik serta memberatkan. Hanya seperti biasa je, cuma banyak ulang alik klinik kesihatan di sebabkan masalah hb yang rendah kerana anemia, sangkut GDM serta berat yang kekadang naik,kekadang turun.
Ubat jangan cakaplah, bertukar tukar gara-gara bacaan hb turun. Sampailah ujian ferritin di jalankan untuk penulis semasa sedang hamil.
Semasa mengandungkan putera kami ni, penulis banyak melangok je,pergi sana pergi sini di samping bekerja naik turun tangga.
Jadi bayi seronok duduk di dalam rahim ibunya sampai lah beliau lahir, memang akan tidur je di dalam kereta. Bila kereta berhenti di trafic light, baby akan menendang nendang di dalam perut,bila kereta dah bergerak, senyap semula. Same situation, apabila sudah lahir, apabila kereta berhenti, akan buka mata saat tidur dan merengek..bila kereta bergerak senyap semula.
Coretan Kelahiran Anak Pertama.
Detik kelahiran putera kami, bertarikh 4.4.2023, jam 7.20 pagi melalui pembedahan.Hal ini kerana, penulis tidak dapat melahirkannya secara normal kerana bukaan hanya 2 cm sahaja selama 9 jam walaupun sudah 2 kali induce. Di tambah pula dengan bacaan jantung baby yang semakin drop.
Si bapa teruja abis dan tak pernah missed melawat penulis sepanjang duduk wad.Begiti juga tidak pernah missed melawat si kecil walaupun duduk nursery. Terima kasih husband , awak banyak habiskan masa dari awal penulis masuk sehingga bersalin serta discharged. Terlalu banyak pengorbanan awak buat untuk penulis serts baby. Walaupun nampak letih, tetap diri gagah pada saat itu. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa awak sebaiknya.
Nama Putera Kelahiran.
Kelahiran putera kami amat di syukuri alhamdulillah oleh kedua belah keluarga kami.
Penulis dan suami sepakat meletakkan nama anak sebagai Addin Ramadhan, memandangkan beliau lahir pada bulan yang mulia. Di harap , apabila dia besar ,menjadi anak yang hebat ,di segani ,mentaati perintah Allah,Rasulnya serta kedua ibubapa.
Alhamdulillah, sejak kelahirannya, ada je rezeki tidak putus untuk keluarga kecik kami. Rezeki sentiasa ada, terutamanya apabila melibatkan perbelanjaan anak sendiri.
Apabila duit sudah di keluarkan, akan ada wasap masuk bertalu talu tanya mengenai servis yang penulis laksanakan. Alhamdulilah, rezeki anak.
Betullah kata kata orang tua, saat anak itu di lahirkan, maka tidak akan putus rezeki untuk kedua ibu bapanya.
Sekarang anak sudah berusia 2 bulan lebih dan sudah menjadi semakin bijak seperti ibu dan bapanya. Penulis doakan supaya anak penulis menjadi anak yang hebat suatu hari nanti.
Sekian coretan dari penulis untuk bacaan anda.
Leave a Reply