Resepi Bakso Ringkas Serta Sedap.
Assalammualaikum dan hai.
Entri masakan pada hari ini ialah mengenai menu bakso.
Resepi ini terkenal pada sebelah Indonesia. Penulis mendapat idea untuk memasak menu ini sebagai makanan tengah hari. ini kerana sudah buntu untuk memasak . Jadinya penulis hidupkan enjin kereta, pergi ke pasar raya untuk mendapatkan bahan-bahan untuk memasak.
Boleh juga baca : Mee Goreng Sedap Resepi Bujang.
Resepi ini semestinya mudah, bahan yang simple dan sudah pasti sedap . Tidak perlu untuk order pada kedai, kerana masak sendiri lagi puas untuk makan.
Seperti biasa di dalam slot entri resepi akan di senaraikan bahan-bahan, cara penyediaan serta bagaimana untuk memasaknya sehingga menjadi.
Selalunya resepi apabila melibatkan bihun bakso, makamelibatkan banyak bahan, tetapi penulis meringkaskan masakannya. Ok jom lihat bahan-bahannya.
Bahan-bahan :
- 1 bungkus bebola daging 500gram-tak kisah jenama apa, janji halal
- 4 ketul isi ayam
- 1 bungkus sup bunjut tulang
- 4 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 kiub ayam
- 2 biji ubi kentang
- 1 ikat daun sup
- 1 ikat daun bawang
- lada sulah
- lada hitam
- 1 paket fish cat
- minyak masak
- 3 liter air masak
- garam
- ajinomoto
- 1 bungkus bihun
- 1 botol sos cili life
- 1 botol sos kicap pedas MAHSURI.
- Kobis putih di hiris halus
Cara Penyediaan Awalan :
- Pertama, bahan-bahan di bawah di tumbuk sehingga lumat
- 4 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 1/2 inci halia
- setengah sudu lada hitam
- Kedua, 2 bahan di bawah ini di potong halus, Selesai, cuci serta toskkan airnya.
- 1 ikat daun sup
- 1 ikat daun bawang
- Ketiga, 2 biji ubi kentang di potong kasar , kemudian di cuci bersih, toskan airnya.
- Keempat, 4 isi ayam di potong kasar juga.
- Kelima, 1 bungkus fish cat di potong dua, kemudian cuci serta toskan airnya. Kemudian ambil 1 bungkus bebola daging di potong 2.
Selesai cara penyediaan, jom lihat cara-cara memasaknya pula.
Cara-cara Memasak:
- Pertama, panaskan minyak di dalam kuali secukupnya. Kemudian masukkan 1 bungkus sup bunjut kesemuanya. Tumis sampai naik bau.
- Kedua, masukkan bahan yang telah di tumbuk lumat tadi. Tumis sehingga kekuningan. Kemudian, masukkan isi ayam yang telah dipotong, 1 bungkus fish cat yang telah di potong , 1 bungkus bebola daging yang telah di potong dua serta ubi kentang yang telah di potong. Tumis kesemuanya sebentar dan masukkan 3 liter air masak. Biarkan mendidih
- Ketiga, masukkan lada sulah,1 kiub ayam, garam, ajinomoto. Biarkan mendidih sehingga masak.
- Keempat, setelah masak, letakkan pula potongan daun sup serta daun bawang. Sedia untuk di hidangkan.
Bihun
- Celurkan bihun, kemudian toskan airnya.
Kuah Kicap
- Kuah kicap pula, penulis hanya menggunakan kuah kicap segera iaitu Kicap Pedas MAHSURI
Kuah Sos
Penulis menggunakan sos cili LIFE.
HASIL MASAKAN:
anda ambil kuah yang sudah di masak, letakkan bihun, letakkan kuah kicap pedas MAHSURI, letakkan sos cili LIFE serta sedikit hirisan sayur kobis. Maka hasilnya seperti di bawah:
Leave a Reply