• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Fesyen Tudung Terkini 2022.

by shazylin
December 21, 2021December 23, 2021Filed under:
  • Review

Fesyen Tudung Terkini 2022.

 

Assalammualaikum dan hai.

Entri artikel pada kali ini mengenai fesyen tudung yang sentiasa berubah mengikut tahun di sebabkan keunikan serta trending.

Tudung merupakan salah satu perkara penting buat wanita pada hari ini.  Ini kerana wanita pada zaman yang serba moden menitikberatkan penampilan yang classy, berstyle serta yang penting trending. Kesemua fesyen tudung pada hari ini, apabila trending di media sosial, maka ribuan wanita akan terikut dengan fesyen yang up to date.

Pada zaman berganti zaman, fesyen tudung sentiasa bertukar mengikut arus permodenan. Dapat di lihat, ada yang berbatu, bercorak, plain , bulat, panjang serta mempunyai pelbagai jenama seperti bawal. kanggaroo, hidayu serta sebagainya.

Dari segi fabric pula ada menggunakan pelbagai material antaranya cotton, como crepe, satin, shiffon, cornskin, voile premium dan sebagainya. Sampaikan terlalu banyak di pasaran material tudung.

Jadi sebenarnya untuk memastikan wanita di luar sana nampak anggun ketika berfesyen tudung, bentuk wajah memainkan peranan penting.

Ini kerana, tidak semua material tudung yang terdapat di pasaran adalah sesuai dengan semua muka.

 

 

 

BENTUK WAJAH BUJUR

BENTUK WAJAH BUJUR

Jika anda wanita memiliki wajah bujur, anda merupakan wanita yang bertuah. Ini kerana anda bebas memilih material serta menggayakan tudung anda dengan mudah sekali tanpa perlu memandang cermin selama berjam-jam.

Bagi wanita jenis kategori muka bujur, anda boleh memakai anak tudung lebih dekat pada dahi bagi memberi ilusi wajah anda tidak terlalu bujur panjang.

Selain itu, boleh mengenakan pemakaian tudung tanpa menggunakan pin serta di lilitkan untuk nampak lebih style.

 

 

BENTUK WAJAH BULAT

 

 

BENTUK WAJAH BULAT

Wanita di dalam kategori wajah bulat adalah yang jenis berpipi tembam dan muka berisi. Gaya yang sesuai untuk anda jika bertudung adalah melonggarkan tudung apabila di pinkan pada leher. Ini kerana , jika anda terlalu pin, akan bertambah bulatlah muka anda.

 

 

 

BENTUK WAJAH PETAK

BENTUK WAJAH PETAK

Bagi wanita di dalam kategori ini pula, ia memiliki jelas tulang rahangnya, Jadi fesyen bertudung bagi wajah yang berpetak ialah pakai anak tudung yang mempunyai lapisan menutup bawah dagu serta sorokkan tulang rahang di muka. Dengan ini, muka akan nampak bujur. Tudung sarung paling sesuai jika anda berwajah petak. Jika ingin berselendang, elakkan terlalu melilit.

Pantang larang berwajah petak adalah mengenakan turban yang memaparkan dahi yang luas.

 

Kenali Material Fesyen Tudung Terkini 2022.

Di sini penulis menyenaraikan beberapa material tudung di pasaran pada masa kini.

 

Fesyen Tudung Terkini 2022.

COTTON

Bila di sebut cotton, maka secara tidak langsung ia adalah material yang sejuk dan punyai gred. Tudung cotton adalah yang paling popular serta mudah di pakai serta di gayakan oleh wanita. Ini kerana cotton adalah bersifat mudah terletak apabila memakainya. Contoh tudung cotton adalah bawal, shawl dan instant shawl.

 

 

 

Fesyen Tudung Terkini 2022

SATIN

Apabila di sebut mengenai satin, ia merupakan material tudung yang amat susah di gayakan kerana licin. Muka chubby amat di larang memakai satin, kerana akan menyerlahkan lagi kebulatan pada muka anda.

 

 

Fesyen Tudung Terkini 2022

CHIFFON

Material chiffon terbahagi kepada dua jenis iaitu silk dan nylon. Tudung berjenama kebanyakkan guna silk chiffon kerana ianya keseluruan adalah kain dari serat kapas, di mana kain yang agak mahal serta merupakan banyak pengeluar menghasilkan tudung.

 

 

 

TUDUNG CORNSKIN

CORNSKIN

Tudung cornskin pula adalah material yang terdiri daripada cotton dan crepe. Kebanyakkan wanita suka tudung cornskin kerana ianya tidak mudah kedut. Pilihan cornskin bagi wanita adalah jenis shawl. Kerana ia merupakan tudung untuk travel dan tanpa di gosok.

 

 

TUDUNG Comocrepe

COMOCREPE

Material comocrepe amat terkenal di kalangan pencipta baju kurung terutamanya. Ini kerana, ia terkenal dengan istilah kain anti kedut serta anti renyuk dan paling penting kain sejuk serta mudah di gosok. Kebanyakkan pengeluar tudung masa kini menggunakan material comocrepe kerana permintaan yang tinggi di kalangan wanita.

 

Kesimpulannya, apa-apa yang kita hendak pakai pertama sekali mestilah kena tengok pada kesuaian pada wajah kita serta pemilihan fesyen material yang terkini, supaya ianya sesuai dengan kita dan semestinya ingin cantik lebih dari orang lain.

Tagged:
  • Fesyen Tudung
  • Fesyen Tudung 2022
  • Fesyen Tudung Terkini
  • Fesyen Tudung Terkini 2022

Post navigation

Previous Post Bakso Ringkas Dan Pastinya Sedap.
Next Post Jenama Tudung 2022 Wajib Beli.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com