• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Mee Goreng Sedap Resepi Bujang.

by shazylin
December 8, 2021Filed under:
  • resepi

Mee Goreng Sedap.

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Entri resepi pada hari ini ialah berkaitan dengan mee. Resepi yang boleh digunakan untuk sarapan pagi, minum petang atau teringin untuk masak pada waktu malam.

Terlintas untuk post entri ini , kebetulan singgah ke kedai membeli mee untuk di masak mee goreng sebagai sarapan pagi.

Minuman yang sesuai dengan mee goreng, sis prefer air kopi o panas, Memang masuk dan menusuk ke tekak.

Tanpa membuang masa, jom lihat perkongsian sis mengenai resepi mee goreng sedap untuk cubaan kalian memasak.

 

Resepi bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • 1 Bungkus mee kuning-tidak kisah brand apa.
  • 4 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • sedikit ikan bilis
  • 1 ketul ayam-bahagian dada, di potong dadu
  • 1 1/2 senduk cili kering
  • minyak masak
  • segenggam sayur taugeh
  • 3 batang sawi hijau pendek
  • sepotong sayur kobis
  • kicap
  • sos
  • secubit gula
  • garam
  • ajinomoto
  • air panas setengah cawan kecil

 

Penyediaan awalan:

  • Pertama, rendam mee kuning di dalam besen, bilaskan sehingga tiada minyak pada mee tersebut. kemudian, toskan.
  • Kedua, sawi dan kobis di potong. Kemudian satukan taugeh, serta sawi dan kobis yang telah di potong, rendam dengan air garam. Selepas iyu, bilaskan sayur tersebut serta toskan airnya.
  • Ketiga, tumbuk kasar bahan-bahan untuk menumis. Antaranya ialah 4 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih, belacan serta ikan bilis.
  • Isi ayam yang telah di potong, di cuci bersih, bilas serta toskan airnya.

 

Cara-cara memasak:

  • Panaskan minyak yang mencukupi di dalam kuali.
  • Masukkan bahan yang telah di tumbuk. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kering bersama dengan isi ayam. Masak cili sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sos cili, kicap, garam, ajinomoto serta sedikit gula. Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan air panas setengah cawan kecil. Kacau. 
  • Masukkan mee kuning yang telah di toskan bersam-sama dengan semua sayur. Kacau rata .
  • Masukkan kicap sehingga cukup rasa. Kemudian kacau lagi.
  • Biarkan mee masak dengan sepenuhnya, api hendaklah di jaga supaya mee tersebut tidak hangus.
  • Kecilkan api, kacau manja mee tersebit selama 2 minit. Kemudian boleh di hidangkan untuk sarapan bersama insan tersayang.
Tagged:
  • Mee Goreng Sedap
  • Resepi Bujang

Post navigation

Previous Post Siakap Masak Lemak Berapi.
Next Post Sambal Ikan Kembung Ala Kampung.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com